Thursday 3 January 2013

Anwar Pengecut, Guna Rafizi - Deepak


KUALA LUMPUR, 3 Dis - Ahli perniagaan permaidani Deepak Jaikishan kecewa dengan tindakan Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan tidak berani tampil kehadapan membantunya walaupun beliau telah melakukan beberapa pendedahan sebelum ini. 

Deepak turut kecewa dengan sikap Anwar yang didakwa mempergunakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli untuk menyampaikan perkara itu."Saya sangat menghargai media yang menyokong saya tetapi saya tidak nampak perkara ini daripada pembangkang. 

"Saya telah memaklumkan minggu lalu hasrat agar Anwar tampil menyokong saya secara terbuka dan tidak menggunakan platform 'penafian' tidak pernah berjumpa dengan saya."Malangnya beliau tidak tampil kehadapan malahan menggunakan Rafizi sebagai orang tengah, dan saya tidak menghargai tindakan ini," katanya. 

Beliau turut berkata sekiranya Anwar jujur dan ikhlas, beliau tidak seharusnya meletakkan Rafizi sebagai perantara dan membiarkan Pengarah Strategi PKR itu melakukan pendedahan dokumen-dokumen bukan miliknya."Saya mahu Anwar berani tampil kehadapan," tegas Deepak. - KLPOS 

No comments:

Post a Comment