Sunday, 31 March 2013

Pilih Kerajaan Pertahan Hak Rakyat, Kedaulatan Negara - Muhyiddin



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat Malaysia agar membuat pilihan bijak dalam memilih sebuah kerajaan yang beramanah dan bertanggungjawab pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Beliau berkata rakyat Malaysia perlu memilih sebuah kerajaan yang mampu melaksana segala janji selain melindungi hak keselamatan, keamanan serta perpaduan supaya negara kekal aman dan maju.

"Kita perlu pilih sebuah parti yang kita yakin dapat pertahankan hak kita, kedaulatan kita, ekonomi kita, sosial dan perpaduan kita.

 "Jangan salah pilih. Kalau nak pilih, pilihlah yang reda-reda, baik-baik, pandai-pandai, bagus-bagus dan yang soleh," katanya pada program Himpunan Barisan 1Malaysia di sini hari ini.

 Muhyiddin berkata Malaysia kini di landasan yang betul di mana hala tuju telah diatur sebaik-baiknya oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk mentransformasi negara menjadi negara maju menjelang 2020.

Muhyiddin, yang juga Pengerusi Barisan Nasional Wilayah Persekutuan, berkata prestasi BN tetap terbukti walaupun ada sesetengah pihak yang cuba mempengaruhi pengundi dengan mengatakan parti komponen itu sudah tua dan perlu diubah.

"Pemimpin dalam parti bertukar. Tetapi parti tidak pernah tua. Kerajaan tidak pernah tua. Lagi tua, lagi bertenaga, lagi tua, lagi berpengalaman," katanya.

Justeru, beliau berkata tiada yang perlu diubah melainkan negeri yang kini diperintah pembangkang iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Sementara itu, mengulas pencerobohan oleh militan Filipina di Lahad Datu dan Semporna, Muhyiddin berkata insiden berkenaan adalah satu pengajaran kepada semua.

Katanya, rakyat jangan mengambil mudah soal keselamatan negara kerana dalam keadaan negara yang aman dan selamat, ada pihak musuh luar cuba menghancurkannya.

"Musuh di luar sana lihat Malaysia sebagai satu permata yang begitu bergemerlapan. Ada sahaja rasa iri hati yang mahu menakluki dan melakukan sesuatu yang tidak baik kepada kita.

"Tapi nasib baik kita ada barisan keselamatan hadapan, perwira kita yang sanggup mempertaruhkan nyawa untuk mempetahankan negara ini. Sebab itulah kita harus menghargai keamanan ini," katanya.

Pada majlis itu, sebanyak RM115,000 berjaya dikutip untuk disumbang kepada Tabung Wira Negara. 

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin serta Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan. - Bernama

Pakatan Sasar Menang 12 Kerusi Parlimen?? Apa Kata Anda??


Di sebalik kemungkinan pembubaran Parlimen tidak akan menjadi kenyataan dalam waktu terdekat ini, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, peluang bagi Pakatan Rakyat (PR) untuk menguasai 12 lagi kerusi Parlimen "kelihatan cerah."
Perikatan itu mahu menggunakan ruang yang ada untuk mengukuhkan kedudukan menjelang tarikh PRU13.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Kit Siang berkata, pihaknya meletakkan sasaran untuk memperoleh kemenangan di 12 kawasan untuk menang selesa dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Dua belas kerusi marginal yang secara realistik Pakatan boleh menang termasuklah Arau di Perlis; Alor Setar di Kedah; Kuala Nerus di Terengganu; Larut, Kuala Kangsar, Kampar dan Lumut di Perak, Bentong, Raub dan Jerantut di Pahang, Sabak Bernam dan Pandan di Selangor, Rembau di Negeri Sembilan dan Bukit Katil di Melaka," katanya.

Kerusi-kerusi lain termasuklah Dungun di Terengganu; Jerlun di Kedah; Padang Rengas, Tambun, Parit, Tapah, Pasir Salak dan Bagan Datoh di Perak; Temerloh di Pahang; Sepang di Selangor dan Jempol di Negeri Sembilan.

Sebelum ini Kit Siang yang akan bertanding di Gelang Patah kali ini ada mengatakan PR boleh menang sehingga 33 kerusi Parlimen, tambahan kepada 82 yang diperoleh lima tahun lalu.

Thursday, 28 March 2013

Najib Jumpa Pengerusi BN Negeri, Tingkat Spekulasi PRU13



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bertemu beberapa pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri di pejabatnya di Kompleks Perdana Putra di sini, meningkatkan lagi bahang spekulasi pilihan raya umum ke-13 semakin hampir.
  
Perjumpaan itu dipercayai membincangkan senarai calon BN yang akan bertanding di setiap negeri dan persiapan mutakhir mereka.
  
Kelihatan memasuki perkarangan kompleks itu ialah Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
  
Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar dan anggota Parlimen Sepang Datuk Seri Mohd Zin Mohamed yang juga Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN Selangor juga dilihat hadir.
  
Turut sama ialah Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
  
Bagaimanapun, tiada seorang pun daripada mereka yang hadir sedia berhenti untuk ditemu bual petugas media yang berkumpul menunggu mereka di hadapan pejabat Perdana Menteri di sini seawal 9.30 pagi.

Demam PRU13 semakin hangat apabila Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan terbubar secara automatik tengah malam tadi.
  
Esok, perdana menteri dijangka akan mengadakan perjumpaan dengan presiden parti-parti komponen BN.
  
BN terdiri daripada 13 parti komponen -- Umno, MCA, MIC, Gerakan, PPP, PBB, SUPP, PRS, SPDP, PBS, PBRS, UPKO dan LDP.
  
Tempoh lima tahun mandat Dewan Rakyat akan berakhir 30 April dan akan terbubar secara automatik jika tidak dilakukan lebih awal. - Bernama

Wan Azizah Sah tanding Dun Selangor!!!


Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan beliau akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

 Bagaimanapun, pucuk pimpinan parti belum memutuskan kawasan bagi beliau bertanding.

 Dr Wan Azizah berkata, beliau tidak menghadapi sebarang masalah untuk bertanding di Dun Selangor tetapi masih belum membuat keputusan kawasan yang sesuai.

 “Ya, saya akan bertanding di Dun Selangor tetapi saya rasa kita perlukan adakan satu perbincangan bagi menentukan kawasan mana yang sesuai untuk ditandingi.

 “Perbincangan ini perlu bagi memudahkan saya untuk menjalankan sesi kempen pilihan raya dan membolehkan fokus diberikan kepada kawasan tumpuan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Waris Wira Lahad Datu, di sini, hari ini.

 Dalam perkembangan sama Presiden PKR ini turut memaklumkan perkara ini pernah dibincangkan sebelum ini tetapi secara tidak formal.

 “Dun mana masih belum diputuskan, tetapi saya tidak kisah di kawasan mana,” katanya.

 Di Selangor terdapat 14 kerusi Dewan Undangan Negeri yang ditakluki PKR pada pilihan raya 2008 lalu dan tidak mustahil salah satu daripada kerusi itu akan menempatkan Dr Wan Azizah.
Sumber

Kepimpinan Nik Aziz Masih Lagi Relevan??? Apa Kata Anda?


Keputusan Pas Pusat membuktikan kepimpinan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih relevan untuk menerajui parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Sehubungan itu, Pas Kelantan akan terus memberikan sokongan kepada Nik Aziz disebabkan kepimpinannya yang berkaliber dan berkarisma selaras dengan kehendak rakyat negara ini.

Exconya, Wan Ubaidah Omar berkata, walaupun pelbagai tohmahan dilemparkan kepada Menteri Besar itu, namun semangat ditunjukkan penyokong lebih menguatkan lagi keazaman ulama tertinggi Pas tersebut.

 “Secara peribadi memang kita nak Tok Guru (gelaran bagi Nik Abdul Aziz) berehat, tetapi oleh sebab rakyat seluruh Malaysia masih mahukan kepimpinan, karisma dan barokah beliau, kita tidak boleh menghalang, tambahan pula keputusan dibuat kepimpinan tertinggi parti,” katanya kepada media di sini.

Menurutnya, spekulasi mendakwa Nik Aziz tidak mampu menjalankan tanggungjawab atas faktor usia dan kesihatan bukan satu alasan untuk menghalang pemimpin berkenaan berkhidmat kepada parti dan negeri.

“Insya-Allah sebab kalau bekas pengasas Pertubuhan Palestin Hamas, Allahyarham Sheikh Ahmad Yassin mampu mentadbir daripada kerusi roda, jadi tidak mustahil untuk Tok Guru melakukannya, tambahan beliau (Tok Guru) tak berkerusi roda lagi, dan kalau melibatkan urusan penting, kita ada timbalan dan pegawai- pegawai yang seharusnya boleh menjalankan tugas dan tanggungjawab itu,” katanya.

Beliau yang juga Adun Kijang berkata, jika tidak berkeupayaan, mungkin pimpinan tertinggi itu boleh bertindak sebagai pemikir, pengarah dan pembuat dasar-dasar yang boleh dilaksanakan pegawai-pegawai.
Sumber

Anggota Parlimen Silam cabar Anwar, Kit Siang bertanding di Sabah

Anggota Parlimen Silam Salleh Kalbi hari ini mencabar mana-mana pemimpin pembangkang termasuk Ketua  Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Veteran DAP Lim Kit Siang untuk bertanding di Sabah pada  pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Beliau berkata cabaran itu dibuat memandangkan terdapat pemimpin pembangkang sebelum ini mendakwa krisis pencerobohan di Kampung Tanduo di sini adalah sandiwara daripada kerajaan Barisan Nasional.

"Jika mereka berani, bertandinglah di sini. Rakyat Sabah tahu siapa yang memperjuangkan nasib mereka selama ini dan bukannya seperti pemimpin pembangkang yang turun padang hanya untuk meraih undi dan merayu simpati.

"Pengundi termasuk masyarakat Cina mahu pun yang bukan Islam sentiasa menyokong kepimpinan yang sedia ada ini. Atas dasar  itu, saya mencabar pembangkang untuk bertanding di Sabah. Kita tengok sama ada mereka ini berani atau hebat ke tidak," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Pada pilihan raya umum ke-12, Salleh menewaskan Dr Hashbullah Iman Chang @  Mohd Taha (PKR) dengan majoriti 9,792 undi.

Salleh juga berkata rakyat Sabah kini semakin benci dengan pembangkang ekoran kenyataan tidak bertanggungjawab  pemimpinnya berhubung insiden pencerobohan pengganas militan dari Selatan Filipina.

"Dari perjumpaan bersama badan bukan kerajaan, pertubuhan agama dan sesi sembang bersama pelbagai lapisan masyarakat, mereka semakin membenci pembangkang kerana kenyataan itu.

"Rakyat juga mahukan pemimpin yang mementingkan keselamatan dan keamanan masyarakat dan bukannya pemimpin yang suka  mempolitikkan sesuatu isu yang membabitkan nyawa dan menggugat ketenteraman awam," katanya.

Anggota Parlimen Batu dan Naib Presiden PKR Tian Chua pada 14 Mac lepas didakwa di mahkamah kerana menyebut perkataan menghasut dengan membuat empat kenyataan berhubung isu Lahad Datu.

Empat kenyataan itu ialah serangan tembak-menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk  mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat; insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan Umno; menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah; dan ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat  Sabah, terutama dari isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing.

Salleh juga berkata penjelasan termasuk aspek keselamatan kepada mereka yang terjejas dengan insiden itu telah diberikan oleh  pihaknya menerusi pelbagai aktiviti bersama masyarakat.

 "Kita yakinkan kepada mereka bahawa tahap keselamatan berada di paras terbaik dan semakin pulih memandangkan pasukan  keselamatan telah menumpaskan pengganas yang kini hanya tinggal saki-baki sahaja. Oleh itu pengundi tidak perlu takut dan bimbang," katanya.

Mengulas mengenai persiapan kempen dan jentera pilihan raya bagi kawasan Parlimen Silam dan kawasan Dewan Undangan  Negeri di bawahnya iaitu Lahad Datu, Kunak dan Tungku yang semuanya dimenangi BN, Salleh berkata pihaknya kini berada dalam keadaan siap siaga dan hanya menunggu semboyan dibunyikan.

Dalam pada itu, Salleh berkata beliau akan memberikan sokongan penuh kepada mana-mana calon yang diputuskan pucuk  pimpinan parti sekiranya beliau tidak lagi terpilih sebagai calon untuk kawasan parlimen itu. - Bernama

Wednesday, 27 March 2013

Lagi NGO Protes Kenyataan Biadap Tian Chua !! Apa Kata Anda?

Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menyifatkan kenyataan Naib Naib Presidennya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua boleh "membinasakan negara".

Pengarah Kebangsaan JMM, Hamdan Omar Salleh berkata, rakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang hadir di ibu Pejabat PKR buat kali kedua berhimpun secara aman mendesak Tian Chua agar tidak mengulangi lagi dan menjaga mulut yang celupar itu.

"Kami bersama rakan-rakan NGO yang lain mendesak supaya Tian Chua tidak mengulangi kenyataannya dan menjaga mulut yang celupar itu dari mengeluarkan kata-kata yang boleh membinasakan negara," katanya di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Demonstrasi tersebut bagi menyatakan bantahan sambil membawa kain rentang mengutuk kenyataan Tian Chua.


Pada sidang akhbar yang sama, Timbalan Presiden JMM Omar Saleh berkata, NGO yang berimpunan pada hari ini secara aman untuk mendesak Tian Chua meminta maaf dengan segera.

"Kita sebagai rakyat Malaysia di dalam NGO meminta Tian Chua untuk memohon maaf dengan segera daripada apa yang beliau cakapkan." katanya.

Tambahnya lagi, sebagai rakyat dalam NGO bertanggungjawab untuk memberi penjelasan sebenar kepada PKR.

"Sudah tentu balu-balu itu dalam kesedihan, kenapa nak bermain dengan sandiwara-sandiwara itu untuk apa?," ujarnya.

Sebelum ini, Tian Chua yang juga merupakan Ahli Parlimen Batu mengaitkan UMNO sebagai dalang konspirasi kejadian Lahad Datu, Sabah.

Beliau telah mengulangi kenyataan tersebut pada 22 Mac yang lalu pada ceramahnya di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.

Tuesday, 26 March 2013

Tawar Hati Dengan Pembangkang - Tun Mahathir


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu menerima hakikat bahawa ramai Melayu pernah tawar hati dengan pentadbiran parti itu.

Beliau berkata, itu adalah punca utama lima negeri dikuasai pembangkang pada pilihan raya umum (PRU) yang lepas namun sokongan itu semakin kembali apabila rakyat sudah menilai semula prestasi semasa kerajaan.

"Perkara itu (tawar hati) bermula pada tahun 2004 dan berlarutan hingga 2008. Tetapi, saya nampak kerajaan sedang cuba memperbaiki segala kelemahan.

"Cuba buat perbandingan di antara dua parti ini. Saya rasa rakyat boleh kenalpasti parti mana yang betul-betul bertanggungjawab dan pertahankan agama Islam," katanya ketika menjawab soalan penonton mengenai kepimpinan hari ini yang seakan-akan tidak mengangkat bangsa Melayu. Dr Mahathir berkata demikian pada forum negara Membina Peradaban Bangsa Melayu Berteraskan Tamadun Islam di bangunan Parlimen, semalam.

Selain Dr Mahathir, turut menjadi anggota panel pada forum anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) itu adalah bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad dan tokoh korporat, Tan Sri Muhammad Ali Hashim.

Beliau secara sinis berkata, pada PRU yang akan diadakan bila-bila masa rakyat tidak akan memberi mandat kepada pemimpin parti politik yang telah mengkafirkan tiga juta rakyat beragama Islam.

"Adakah orang yg sewenang-wenangnya mengatakan kafir itu patut perintah negara ini? Orang ini juga suatu ketika dahulu pernah membuat kenyataan bekerja dengan kafir, kita akan kafir.

"Hari ini, bukan sahaja mereka bekerjasama, malah hari jadi pun dirai di rumah orang kafir itu. Sampai ada yang mengatakan perlu langkah mayat (dia) dulu kalau nak serang (orang) kafir 'itu'.

Orang yang cakap tu tak pakai serban. Tak tahulah saya kalau ada orang Barisan Nasional (BN) macam tu," katanya.

Dr Mahathir turut mengakui bahawa Umno dan BN bukan parti paling sempurna dalam dunia tetapi pemimpin parti itu berusaha memperbaiki setiap kesilapan.

Dr Mahathir berkata, jika rakyat silap percaturan dalam memilih kerajaan pada PRU13, ia akan merosakkan agam dan negara.

"Saya pun tawar hati dengan yang ini (kerajaan), tapi saya lebih tawar hati dengan yang sebelah sana. Saya mengaku saya buat jahat.

Banyak tuduhan ke atas saya. Tapi bila timbang ada juga baiknya. Kerana itu saya menang lima kali pilihan raya," katanya.

Sementara itu ketika menjadi panel forum berkenaan, Dr Mahathir berkata, Orang Melayu hendaklah berpandu kepada al-Quran sebagai amalan hidup supaya tidak berpecah belah walaupun mempunyai fahaman politik berbeza.

Beliau berkata, al-Quran jelas menekankan peranan persaudaraan sesama sendiri, justeru orang Melayu perlu membina peradaban bangsa berteraskan tamadun Islam.

“Kalau di negara Arab, bukan semua orang Arab itu adalah Islam, ada yang menganut agama lain, tetapi di Malaysia, orang Melayu mestilah beragama Islam, jadi kita perlu membina tamadun yang berteraskan al-Quran dan hadis yang sahih.

“Selain itu, orang Melayu juga perlu berusaha menjadi bangsa yang maju dan kita perlu belajar daripada orang lain seperti Jepun, China atau Korea yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam,” katanya.

Dr Mahathir berkata, jika orang Melayu ingin membina tamadun bangsa yang berteraskan agama, fahaman tentang Islam perlu jelas supaya ia lebih menepati kehendak agama itu sendiri.

“Saya yakin kalau kita ikut kehendak agama Islam sebagai ad-din dalam kehidupan kita, orang Melayu akan menguasai sains, dapat mencipta alatan kita sendiri dan bukan sebagai pengguna semata-mata.

Apabila kita menjadi negara maju, ia akan menjadi sebahagian daripada tamadun kita,” katanya.
Sumber

Sunday, 24 March 2013

Papagomo Dedah Video Kedua Anwar bersama Lelaki Lembut!! Apa Kata Anda?

    

Harap rakyat malaysia dapat menilai sendiri apakah pemimpin sebegini wajar kita sokong untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia?  Tak sabar nak tunggu video seterusnya...Apa yang pasti kemesraan Anwar Ibrahim dengan lelaki lembut berdua duaan didalam bilik hotel pastinya boleh memberikan anda semua satu jawapan berhubung isu yang selama ini dileparkan keatas Anwar Ibrahim iaitu Anwar Ibrahim pengamal Seks Luar Tabii. 
Hanya dalam mimpi lah!! kikikiki ;p

Sabah diceroboh: 4 Mayat Rakyat Asing Ditemui, Seorang Askar Cedera



Empat mayat dipercayai rakyat asing ditemui di dalam sebuah rumah di Kampung Tanjung Batu selepas pasukan keselamatan bertempur dengan pengganas militan semasa operasi penggeledahan di kampung itu, hari ini.
Pertempuran pada pukul 9.15 pagi itu turut menyebabkan seorang anggota tentera cedera di paha kanan akibat terkena tembakan musuh, kata Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
Beliau berkata, insiden itu berlaku selepas pasukan keselamatan menjejaki dua musuh yang memasuki sebuah rumah berhampiran dan berlaku tembak menembak sehingga mencederakan anggota itu.
"Berlaku beberapa minit pertempuran di situ, dan semasa pertempuran pasukan keselamatan mendapati seorang musuh telah lari dari rumah itu menghala ke sebuah rumah di sebelah sebelum bertindak membakar rumah berkenaan.
"Pasukan keselamatan kemudiannya melepaskan tembakan bagi membersihkan rumah yang mula-mula dimasuki dua pengganas itu sebelum memasukinya dan menjumpai empat orang mati ditembak," katanya pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16 di sini hari ini.
Zulkifeli berkata, mayat itu terdiri daripada seorang lelaki dan wanita dewasa serta seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan. Tiada pengenalan diri ditemui.
Beliau berkata, hasil penggeledahan, pasukan keselamatan menemui seorang lagi kanak-kanak lelaki yang cedera, juga tiada pengenalan diri dan dia diterbangkan ke Hospital Sandakan untuk rawatan.
Pasukan keselamatan turut menemui sejumlah bekalan makanan yang dipercayai dikumpul di rumah berkenaan, katanya.
Zulkifeli berkata, kesemua mayat itu dibawa keluar dari lokasi pertempuran, menjadikan jumlah keseluruhan mayat yang dikeluarkan sehingga kini 42.
Beliau berkata, militan pengganas yang semakin terdesak kini bergerak dalam kumpulan kecil dan mengaplikasikan 'Small Unit Tactic', iaitu cuba mendatangkan seberapa banyak mungkin kecederaan kepada pasukan keselamatan yang menjejaki pergerakan mereka.
"Daripada pertempuran yang dialami, kami dapati Modus Operandi musuh ialah apabila bertempur mereka akan membawa pasukan keselamatan ke satu kawasan di mana penembak tepat mereka dapat melepaskan tembakan.
"Selepas bertempur di situ, mereka kemudiannya berundur dan memasuki kawasan rumah yang telah dikenal pasti untuk bertahan dan bertempur semula sebelum bertindak membakar rumah itu dan rumah berdekatan sekiranya tidak lagi mampu bertahan," katanya.
Beliau berkata, taktik melengahkan pergerakan anggota keselamatan itu diteruskan dengan militan berundur ke kawasan paya berdekatan yang telah dikenal pasti sebelum menggempur pasukan keselamatan yang menghampirinya.
Zulkifeli yang yakin semua penembak tepat musuh berjaya ditembak mati dalam pertempuran sebelum 20 Mac, berkata taktik yang diguna musuh sekarang ini memerlukan pasukan keselamatan lebih berhati-hati.
"Sejak pertempuran pada 20 Mac pasukan keselamatan tidak lagi mendapat tentangan daripada penembak tepat musuh dan kami yakin kumpulan 'sniper' pengganas telah dapat ditewaskan kerana kebelakangan ini tidak ada lagi ancaman daripada kumpulan penembak tepat itu," katanya. - Bernama

Friday, 22 March 2013

Anwar Lari Ke Perak Sebab Takut Kerusi Permatang Pauh Kalah!!


Kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau mungkin bertanding di Perak pada pilihan raya umum ke-13 ini menunjukkan keyakinan beliau terhadap pengaruhnya di kawasan Permatang Pauh semakin berkurangan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia negara bebas dan "Anwar boleh pergi ke mana saja yang dia mahu, tetapi untuk menang, satu cerita lain."

"Maksud saya jika beliau mahu lari daripada Permatang Pauh, tak mengapa. Ini jelas menunjukkan keyakinan beliau terhadap (mengekalkan) kerusi Parlimen Permatang Pauh semakin hari semakin berkurangan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada persidangan ulung Persekutuan Perusahaan Islam Sedunia yang juga Forum Ekonomi Islam Sedunia di sini, hari ini.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu baru-baru ini berkata beliau mungkin bertanding di kawasan parlimen Perak pada pilihan raya akan datang, semasa ditanya sama ada beliau akan mempertahan kerusi parlimen Permatang Pauh.- Bernama

Breaking News!! PapaGomo Dipukul Di Segambut!!


Blogger yang dikenali sebagai PapaGomo dikhabarkan telah dipukul individu yang tidak dikenali selepas Utusan Malaysia mendedahkan wajah seorang individu yang disyaki pengedali blog PapaGomo. Berkemungkinan besar, kejadian tersebut  ada kaitan dengan pendedahan video Anwar Ibrahim oleh pengendali blog PapaGomo semalam. 


Kejadian insiden berdarah ini telah berlaku di sekitar Segambut yang telah mengakibatkan berlaku pendarahan di kepala dan beliau sekarang mendapat rawatan di HKL. Semoga blogger yang dikenali sebagai PapaGomo selamat & dilindungi Allah SWT. 
Sumber

Wednesday, 20 March 2013

"Cabaran Papa Gomo" - Anwar Serah Kepada Peguam


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan 'cabaran' Papa Gomo yang memberi beliau tempoh 48 jam supaya menarik balik saman terhadapnya jika tidak mahu lebih banyak pendedahan dibuat.

"Saya serahkan perkara itu kepada peguam saya untuk uruskannya," kata beliau ringkas pada sidang media di sini, hari ini.

Papa Gomo membuat kenyataan beliau enggan menarik balik tuduhan dan membuat permohonan maaf walaupun bakal berhadapan saman berjumlah RM100 juta, sebaliknya mahu mendedahkan lebih banyak video  membabitkan Anwar.

Menerusi sebuah entri di blognya semalam, Papa Gomo berkata, beliau ingin mengikut jejak langkah idolanya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang enggan memohon maaf apabila menggelarkan Anwar sebagai homoseksual.

"Saya nak menyatakan bahawa saya memohon maaf kepada Datuk Seri kerana saya tidak ada pilihan lain selain daripada terus mendedahkan kegiatan tak bermoral Datuk Seri agar rakyat mengetahui kebenarannya," tulis blogger pro-Umno berkenaan.

Anwar memulakan proses perundangan ekoran pendedahan gambar dan video lelaki mirip pemimpin utama pembangkang itu, semalam.

Ketua Umum PKR itu memberi masa 48 jam supaya Papa Gomo menarik balik tuduhan dan memohon maaf terhadapnya.

Namun Papa Gomo dilihat bertegas dengan pendedahannya itu dan menegaskan apa yang dilakukannya hanyalah untuk menyedarkan masyarakat bahawa Anwar tidak layak menjadi pemimpin.


Sumber

Tuesday, 19 March 2013

Anwar Saman Papa Gomo RM 100 Juta!!


Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman RM 100 juta kepada Blogger Pro-UMNO 'Papa Gomo' berikutan menyiarkan gambar skandal seks mirip Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Anwar melalui peguamnya yang juga merupakan Naib Presiden PKR N Surendran, memberi tempoh 48 jam kepada Papa Gomo untuk mengemukakan permohonan maaf bermula hari ini dan membayar RM 100 juta sebagai kos ganti rugi.

"Tuntutan sejumlah ganti rugi tersebut berikutan hubungan rapat bloger tersebut dengan UMNO dan UMNO akan membantu beliau," kata N Surendran hari ini.

Pada sabtu lepas, Papa Gomo melalui blognya www.papagomo.com menyiarkan sebuah gambar seorang lelaki tanpa pakaian di dalam sebuah bilik serta meletakkan pautan kepada sebuah blog lain bertajuk 'Aksi si Raja Goyang' yang menyiarkan 13 gambar yang dipercayai mirip gambar yang sebelumnya.





Berikut permohonan maaf yang dibuat oleh Papa Gomo :


Salam sejahtera kepada Dato Sri Anwar Bin Ibrahim Ketua Umum Pakatan Rakyat. Saya dengan ini memohon maaf diatas ketelanjuran saya yang menyebarkan gambar gambar berbentuk separa lucah kepada rakyat. Saya benar benar memohon maaf diatas kebiadapan saya ini yang mencerca Dato Sri dan melabelkan Dato Sri sebagai pengamal Homoseksual. 

Dengan permohonaan Maaf ini saya harap agar Dato Sri dapat balik menarik saman RM 100 juta yang difailkan keatas saya kerana saya orang susah, tidak ada duit sebanyak itu untuk membayar saman Dato Sri. Lagipun saya terpaksa menanggung 5 orang adik adik saya yang masih lagi bersekolah manakala ibu saya tidak sihat dan bapa saya pula tidak berkerja. 

Klik Sini untuk artikel penuh.

Video : ANWAR, YES or NO??

Rafizi cuba jatuhkan saya - Shahrizat


Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini tiada anggota keluarganya yang berbincang dengan beliau mengenai pembelian dua unit kondominium.

Oleh itu, kata Shahrizat, beliau tidak tahu menahu tentang pembelian dua unit kondominium 'One Menerung' menggunakan dana National Feedlot Corporation (NFCorp).
"Ya, mereka (anggota keluarga) tidak berbincang dengan saya," katanya ketika disoal balas peguam Ranjit Singh dalam kes samannya terhadap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin dan pengarah strategik parti itu, Rafizi Ramli.

Ketika disoal selanjutnya oleh Ranjit yang mewakili Mohd Rafizi, sama ada beliau tahu tentang sebuah syarikat yang dikenali dengan nama National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd (NMLC), telah membeli kedua-dua unit itu, Shahrizat menjawab: "Saya tidak tahu".

Ketua Pergerakan Wanita Umno itu berkata beliau menyedari tentang dakwaan berkaitan NFCorp apabila syarikat itu menjadi isu.
Shahrizat tidak bersetuju dengan cadangan Ranjit bahawa kenyataan Mohd Rafizi berhubung isu NFCorp adalah sebagai respons kepada kenyataan yang dibuat perdana menteri dan menteri pertanian dan industri asas tani di Parlimen pada 2011.

"Tidak, saya tidak bersetuju. Beliau (Mohd Rafizi) cuba menjatuhkan saya sebagai Ketua Wanita BN kerana beliau takut kepada kekuatan Wanita BN," katanya, dan menambah kenyataan Mohd Rafizi berhubung isu NFCorp seringkali menyebut mengenai keluarganya.

Pada 19 Jan tahun lepas, Shahrizat memfailkan saman fitnah terhadap Zuraida dan Mohd Rafizi berhubung dakwaan kenyataan fitnah yang dibuat oleh kedua-dua mereka mengenai isu NFCorp.

Beliau menuntut RM100 juta dalam ganti rugi am, teladan dan teruk daripada kedua-dua defendan.

Beliau turut memohon injunksi bagi menghalang defendan daripada mengeluarkan kenyataan sama ada secara lisan atau dengan cara penerbitan terhadap beliau berhubung sebarang perkara berkaitan NFCorp atau syarikat bersekutunya.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera bersambung. - Bernama

Anggaran Pengganas kurang 50 orang, boleh tumpas dalam waktu terdekat #Lahad Datu


Pasukan keselamatan akan terus memburu saki-baki pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu dan yakin dapat menumpaskan mereka dalam tempoh terdekat.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pasukan keselamatan percaya jumlah militan yang berkubu di Kampung Tanjung Batu kini kurang daripada 50 orang.
Beliau berkata pasukan keselamatan juga tidak menghiraukan pengumuman Jamalul Kiram yang disiar media Filipina bahawa kumpulan pengganas itu akan melancarkan perang gerila ke atas Malaysia.
"Jamalul Kiram boleh cakap apa saja. Kami akan tentang mereka habis-habisan," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.
Hamza berkata dua pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan dan kumpulan pengganas pada hari ke-14 Operasi Daulat iaitu pada 8.05 pagi dan 9.45 pagi.
Menjawab pertanyaan wartawan stesen televisyen Filipina GMA 7 mengenai pasukan keselamatan mengambil kesempatan ke atas pengganas setelah Jamalul Kiram mengumumkan gencatan senjata, Hamza berkata pengganas terlebih dahulu menyerang dan membunuh dua anggota polis serta mencederakan tiga lagi dalam pertempuran di Kampung Tanduo, dekat sini 1 Mac lepas.
"Kami tidak akan hormati kata Jamalul Kiram kerana pengikutnya menembak mati dua anggota polis, sedangkan sehari sebelum itu beliau umum gencatan senjata," katanya.
Hamza turut memberitahu bahawa Malaysia dan Filipina sedang berunding berhubung tuntutan mayat 28 pengganas yang ditembak mati dalam insiden pencerobohan itu.
Sementara itu, Ahmad Zaki berkata 12 kereta kebal berantai jenis Adnan milik tentera darat tiba di Felda Sahabat untuk membantu mengukuhkan pertahanan dan membanteras pengganas di Kampung Tanjung Batu.
"Kereta perisai itu juga bertujuan untuk memberi perlindungan yang lebih efektif kepada pasukan keselamatan dalam menggeledah kawasan dan mendominasi kawasan," katanya.
Di KUALA LUMPUR, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata pasukan keselamatan yakin operasi pembersihan di Kampung Tanjung Batu akan selesai dalam masa dua atau tiga hari lagi sebelum penduduk dibenar pulang ke rumah masing-masing.
"Operasi di Sungai Nyamuk dan Kampung Tanduo telah selesai dan kini dalam peringkat menentukan kerosakan yang dialami penduduk kampung," katanya kepada pemberita di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.
Mengenai tempoh Operasi Daulat, Zulkifeli berkata pasukan keselamatan tidak dapat memberi jangka waktu bila operasi itu akan berakhir. - Bernama

Monday, 18 March 2013

Najib Persoal Agenda Pas Berhubung 'Syahid Dunia'



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempersoal agenda di sebalik Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib menyifatkan  anggota dan pegawai keselamatan dalam insiden pencerobohan dan tembakan di Lahad Datu, Sabah sebagai 'syahid dunia'.
Beliau berkata kenyataan Harun pada Sabtu lepas di Kuala Terengganu itu amat bertentangan dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (Jawatankuasa Fatwa) yang bersidang pada 6 Mac.
Perdana menteri berkata Jawatankausa Fatwa telah menyatakan anggota keselamatan yang terkorban dalam isu pencerobohan di Sabah tergolong dalam 'syahid akhirat' kerana terkorban dalam mempertahan keselamatan nyawa, harta, keluarga, maruah dan kedaulatan negara.
“Yang kita rasa kesal, tentang mati syahid pun nak dipolitikkan. Nak bercanggah pula dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa. Apakah agenda sebenar pihak pembangkang? Seorang dalam kalangan pemimpin pembangkang yang mulut celupar mendakwa itu sebuah sandiwara kerajaan pimpinan Umno.
“Ini bukan masanya untuk kita menjadikan soal begitu serius yang melibatkan kedaulatan negara, nyawa pasukan keselamatan, maruah negara sebagai bahan politik untuk ditendang ke sana sini mengikut nafsu politik masing-masing,” katanya pada majlis penyerahan surat tawaran menunaikan fardu haji kepada calon program khas haji 1434H/2013 tajaan Yayasan 1MDB di sini hari ini.
Najib juga menyeru setiap rakyat Malaysia supaya menunjukkan kesetiaan kepada negara.
Sementara itu,  Najib berkata kerajaan mengamalkan konsep wasatiyyah dalam mencari penyelesaian apabila berdepan dengan isu pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini.
Pertama, beliau berkata kerajaan tidak bertindak terburu-buru kerana mahu mengelak berlakunya pertumpahan darah.
“Kalau boleh selesai dengan baik, lebih-lebih lagi antara orang Islam dengan orang Islam, meskipun mereka ceroboh masuk ke negara kita dengan senjata tetapi kita memberi peluang kepada mereka demi tidak ingin melihat ada orang yang terkorban dan akhirnya pertumpahan darah pasti akan berlaku.
“Sebaliknya apabila peluang ini diberikan tidak dibalas dan kita pula puak yg diperangi oleh mereka dan kita dianiaya oleh mereka, maka pada masa itu wajib kita tentang mereka.
“Ini selaras dengan hukum-hukum dalam Islam setelah kita memberi peluang  untuk mencari jalan kedamaian tetapi pihak yang berkenaan mengisytiharkan perang terhadap kita. Maka, wajib bagi kita mempertahan nyawa, harta, tanah dan negara kita.
“Ini prisnip Islam yang tidak boleh dipersoalkan oleh sesiapa pun,” katanya. - Bernama

Sunday, 17 March 2013

Gambar Aksi Asmara Dana Lelaki VS Lelaki...Apa Kata Anwar??



Pelakonnya jelas mirip macam Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan seorang lelaki tidak dikenali. Lokasinya sebuah bilik hotel. Dimana tak diketahui setakat ini.

Itu baru Part 1 seperti ditulis oleh tukang dedah di blog  http://rajagoyang360.blogspot.com


Nampak macam ada Part 2 dan Part 3.Lojik akal dapat duga video penuh yang dirakam melalui kamera tersembunyi mesti ada.

Dulu masa video yang disahkan oleh pakar luar negara 99.9 peratus tulin ramai yang kata 'cukup kenal wajah pelakon' dalam aksi dengan China Doll. Sumber

Apa Kata Anwar?


Layak Ke Anwar Ibrahim Jadi Perdana Menteri Kalau CAMNIE Perangainnya??

Seorang lagi pengganas ditembak mati di Lahad Datu


Seorang lagi pengganas Sulu dari selatan Filipina ditembak mati oleh pasukan keselamatan dalam Operasi Daulat di Kampung Tanjung Batu di sini hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan musuh yang terbunuh kepada 62 orang.
  
Panglima Medan Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim berkata dua pertempuran berlaku hari ini iaitu pada 9.55 pagi dan 10.15 pagi apabila pasukan keselamatan bertembung sekumpulan musuh di kawasan itu.
  
"Pada 10.15 pagi kita sekali lagi bertembung dengan musuh dan salah seorang daripada mereka berjaya dibunuh manakala tiga yang lain melarikan diri," katanya dalam sidang media bersama Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib di markas operasi Felda Sahabat 16, pada kira-kira 11 pagi, di sini.
  
Zulkiple berkata tiga lagi musuh itu dipercayai masih berada di kawasan Tanjung Batu dan pasukan keselamatan sedang giat menjejaki mereka.
  
"Mayat musuh yang dibunuh itu hanya akan dikeluarkan apabila keadaan benar-benar selamat," katanya.

Beliau berkata operasi pembersihan masih giat dijalankan di Kampung Tanduo dan Tanjung Labian, sebelum penduduk dibenarkan untuk kembali ke kampung masing-masing dalam tempoh terdekat.
  
Pasukan keselamatan juga sedang giat memeriksa dan menggeledah rumah-rumah di kawasan operasi bagi memastikan tiada musuh berlindung di kediaman penduduk, kata Zulkiple.
  
Dalam pada itu Hamza berkata, musuh kini dipercayai bergerak dalam kumpulan kecil di sekitar Kampung Tanjung Batu.
  
Beliau berkata orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada pasukan keselamatan bagi memudahkan usaha menjejaki saki-baki kumpulan militan tersebut dan tidak memasuki kawasan zon merah demi keselamatan.  - Bernama

Friday, 15 March 2013

PI Bala Meninggal Dunia!!


Penyiasat Persendirian (PI) P Balasubramaniam yang menyiasat kejadian pembunuhan model Mongolia Altantya Shaariibuu dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 2.30 petang tadi akibat serangan jantung.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat n Surendran dan Ahli Parlimen Subang R Sivarasa mengesahkan kejadian tersebut.

"Saya dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh. Saya tidak mempunyai maklumat lengkap lagi," kata Sivarasa.

Bala difahamkan meninggal dunia ketika dikerjakan ke Hospital Sungai Buloh selepas tiba-tiba mengadu mengalami kesukaran bernafas di rumahnya di Rawang, Selangor.

Bala pada dalam akuan sumpah kepada mahkamah telah mengaitkan penglibatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan pembunuhan Altantuya.
Sumber

Thursday, 14 March 2013

Kecoh : Penyokong PKR Halang Polis Tahan Tian Chua!!



Kes Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang juga Naib Presiden PKR hari ini kecoh apabila sebilangan penyokong Tian Chua bertindak menghalang pihak polis daripada membawa Tian Chua ke pejabat polis di Kompleks Mahkamah Jalan Duta bagi tujuan penahanan sementara sebelum didakwa atas akta hasutan.
 
Kira-kira 15 orang penyokong ahli parlimen itu dilihat bertindak membuat kepungan dan salah seorang daripadanya memarahi pegawai Polis yang hadir bagi mengiringi Tian Chua.
 
Turut menghalang Tian Chua daripada dibawa pihak Polis adalah peguamnya, Lathefa Koya, N. Surendran dan Eric Paulsen.
 
Seorang pegawai ASP Wong Chee Mean, dari jabatan siasatan jenayah Johor Selatan menjelaskan,bahawa mereka tidak berniat untuk menggari dan menahan Chua di dalam lokap, tetapi hanya untuk mengiringi Tian Chua ke bilik polis di kompleks tersebut.

Tuesday, 12 March 2013

Seorang Anggota Keselamatan Terkorban #AL-FATIHAH



Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin hari ini mengesahkan seorang anggota keselamatan terkorban manakala tiga pengganas mati dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu di sini, kira-kira jam 10.45 pagi tadi.

Hingga kini jumlah anggota keselamatan yang terkorban dalam Op Daulat ialah sembilan orang.

Sebelum ini seramai lapan anggota polis terkorban iaitu dua wira terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna pada 2 Mac.

Sementara itu, di Semporna, pihak berkuasa tempatan telah menahan enam individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas militan yang menceroboh Lahad Datu dalam Op Daulat di Kampung Bangau-Bangau di sini hari ini.

Monday, 11 March 2013

BLOGGER PR Pertikai Soalan Sumpah Laknat Dari Wartawan!!

Blogger PRTulang Besi pertikai soalan sumpah laknat yang diajukan dari Wartawan kepada bapa Saiful Bukhari,Azlan Lazim. Dalam video di bawah, kelihatan blogger cacai Anwar Ibrahim tiba-tiba 'PANAS' dengan soalan tersebut.  


 

MELAYU BODOH!! antara perkataan yang ditujukan kepada Wartawan tersebut!
Tak Wartawan lah kalau tak tanya soalan. Wartawan cuma mahu mendapat penjelasan!!  itu saja!!

Saturday, 9 March 2013

Lahad Datu : Seorang Militan Ditembak, Jumlah Kematian 53 Orang


Seorang lagi penceroboh militan Sulu maut ditembak pada 8 pagi tadi di Kampung Tanjung Batu dekat sini, menjadikan jumlah keseluruhan kematian 53 orang.
   
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata penceroboh itu ditembak mati pasukan keselamatan selepas bertindak keluar daripada kepungan pihak berkuasa seorang diri.
   
Selain itu, beliau berkata 79 orang yang ditahan di beberapa kawasan di pantai timur Sabah kini disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) bagi mengesahkan penglibatan mereka dengan kumpulan penceroboh berkenaan.
   
"Mereka ditahan kerana dipercayai terbabit dengan pencerobohan bersenjata yang menjadikan Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu sebagai kubu sejak 12 Feb lepas," katanya pada sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di markas operasi Op Daulat, Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.
   
Sejak pencerobohan itu lapan anggota polis terkorban, dua daripadanya gugur dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna sehari kemudian.
   
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meninjau markas Op Daulat di Felda Sahabat pada Khamis berkata Malaysia menolak sebarang tawaran gencatan senjata dan menegaskan satu-satunya pilihan bagi penceroboh itu ialah meletak senjata dan menyerah diri tanpa syarat.