Saturday, 4 May 2013

Umcedel: 'Jurang BN-PR amat rapat, apa pun boleh berlaku'

 PRU13
Melewati hari terakhir kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) mendapati sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) hanya berbeza tiga hingga lima peratus.

Bagaimanapun menurut Pengarahnya, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, kecenderungan rakyat masih memihak kepada PR.

"Kita melihat berdasarkan kepada dua indikator iaitu ceramah PR yang jauh lebih baik mendapat sambutan dan kesesakan trafik ke utara dan timur tanah air bermula semalam.

"Ia hampir menyamai tsunami politik 2008," jelas beliau kepada Sinar Harian Online.

Menurut Redzuan, jika dibandingkan 2008, perbezaan sokongan ketika itu hanya satu peratus di mana akhirnya pembangkang berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN.

"Jadi maknanya, kalau sekarang tiga hingga lima peratus, maksudnya, kedua-dua parti ada peluang.

"Dalam angka itu macam-macam boleh berlaku. Tetapi kedua-dua parti mempunyai peluang yang hampir sama," ujar beliau.

"BN juga cukup yakin mereka akan menang," tambah beliau.

Beza sokongan pada PRU 2008 ialah BN mendapat 50 peratus manakala PR 49 pratus.

Jelas Redzuan lagi, sehingga tengah malam ini, 'final swings' boleh berlaku dan ia akan memberi kelebihan kepada mana-mana parti politik.

"Sebab itu, saya katakan kalau malam ini cuaca tidak elok, ia satu bonus kepada BN.

"Ini ialah perang psikologi," ujar beliau sambil menambah, faktor pengundi hantu dan pemberian wang turut akan mempengaruhi pengundi di saat akhir.

Pada PRU lalu, di malam terakhir kempen lautan manusia memenuhi siri kempen perikatan pembangkang yang kemudiannya menyaksikan beberapa negeri jatuh ke tangan PR.
Sumber

Panas : Sahabat Lama Anwar Ibrahim Dedah Sikap Sebenar Anwar!!!


Friday, 3 May 2013

Rosmah Mansor - Itu Bukan Cincin Saya!!


Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menafikan bahawa beliau memiliki cincin mewah dan perbuatan pihak tidak bertanggungjawab itu bertujuan menimbulkan kebencian rakyat terhadap pemimpin.
 
Rosmah sekali lagi menjelaskan bahawa cincin tersebut dibawa masuk selama tiga hari untuk dilihat oleh bakal besannya yang berada di Malaysia ketika itu.
 
"Itu (cincin) bukan saya punya. Dia (besan) kenal orang tu sebab dia good customer (pelanggan yang baik) jadi dialah yang tengok dan cincin tu terpaksa di alamatkan ke Seri Perdana.
 
"Bila cincin tu masuk ditunjuknya borang Kastam, tapi bila cincin keluar tak tunjuk borang cincin keluar. Tapi kami mempunyai semua bukti kami tidak pernah memilikinya dan ia hanya untuk dilihat dan bukan untuk dibeli," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan replika cek mesin hemodialisis kepada Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian semalam, lapor Bernama.
 
Rosmah sebelum ini pernah bersumpah bahawa beliau tidak memiliki cincin mewah bertatahkan berlian yang mencecah jutaan ringgit. [VIDEO DI SINI]
 
Anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Rosmah, Nooriyana Najwa bertunang dengan Daniyar Nazarbayev, warga Kazakhstan pada 2011.

PAS Minta Ahli Akur Dengan Keputusan.


Pas tidak menafikan terdapat beberapa protes dilakukan ahli dan penyokongnya terhadap parti itu, tetapi ia hanya melibatkan beberapa perkara yang menyentuh mengenai kerjasama Pas dan DAP.

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas telah turun padang berjumpa dengan mereka dan menjelaskan isu-isu yang dipertikaikan dan menyebarkan risalah mengenai kerjasama Pas dan DAP.

Bagaimanapun katanya, isu pemilihan calon yang tidak disenangi oleh akar umbi, tidak disentuh seperti mana di Pahang, calon dikekalkan.

"Memang ada berlaku pertindihan kerusi tetapi Pas mengambil pendekatan pertukaran tiga Dun di Terengganu diserahkan kepada Pas dan di Dun Kota Damansara, Selangor diserahkan kepada PKR.

"Walaupun terdapat calon Pas di kawasan itu, penjelasan daripada Pakatan Rakyat (PR) ialah kita menyokong kepada calon PSM yang bertanding atas tiket PKR, Dr Mohd Nasir Hashim," katanya semalam. Sumber

Tun M: Dakwaan Hanya Melayu Dapat Nikmat Tidak Benar


Dakwaan pakatan rakyat bahawa hanya kaum Melayu mendapat nikmat daripada limpahan pembangunan negara yang diterajui Barisan Nasional (BN) adalah tidak benar, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad.
Beliau berkata bagi meraih undi, DAP melemparkan kenyataan itu yang berunsur fitnah agar Cina di negara ini benci kepada orang Melayu.
"Ini adalah tidak benar kalau DAP berkata hanya orang Melayu yang mendapat nikmat. Kaum Cina dan India tidak dapat. Ini satu fitnah. DAP matanya buta, tak nampak bangunan pencakar langit, adakah ia milik Melayu sahaja?
"Kaum Cina pun ada perniagaan besar-besaran seperti Tan Sri Vincent Tan, sama juga dengan kaum India iaitu Datuk Seri Tony Fernandes yang memiliki 100 kapal terbang," katanya pada Wacana Khas Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Dataran Lapang Simpang malam tadi.
Dr Mahathir, yang berucap di depan kira-kira 5,000 orang, berkata sejak negara merdeka pada 1957, ahli perniagaan berbilang kaum diberi peluang berniaga tanpa sekatan sehingga ada yang mampu memperluas perniagaan mereka ke luar negara.
Beliau berkata pengkongsian kuasa di kalangan parti komponen BN membawa kepada keamanan negara, yang membolehkan pembangunan dilaksanakan.
"BN, yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India, telah bersetuju semua kaum mendapat nikmat. Inilah BN yang memerintah negara selama 56 tahun sejak merdeka.
"Negara bukan sahaja aman tetapi maju, rakyat hidup lebih selesa dan bahagia daripada dahulu," katanya.
Dr Mahathir berkata persefahaman antara parti komponen BN terbukti apabila calon pilihan raya daripada kaum India mendapat sokongan orang Cina serta Melayu, dan sebaliknya.
"Di Malaysia, tiada kawasan pilihan raya di mana jumlah pengundi India melebihi 20 peratus. Kalau ikut perkiraan, calon kaum India tidak akan menang tetapi calon MIC mendapat sokongan daripada orang Melayu dan Cina," katanya.
Beliau juga berkata BN patut diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-13 bagi memastikan keamanan negara terpelihara dan pembangunan diteruskan. - Bernama