Monday 24 December 2012

Pendirian DAP - Tidak Wajar Sekat Guna Kalimah Allah.


DAP menggesa Kerajaan Persekutuan yang diketuai Barisan Nasional (BN) membenarkan perkataan ALLAH digunakan dalam semua Bible berbahasa Melayu seperti yang dibenarkan di Sabah dan Sarawak.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, gesaan ini dibuat kerana kerajaan sering melaungkan bahawa mereka mesra rakyat yang membawa keamanan, kemakmuran berlandaskan prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi serta integriti.

 Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media sempena sambutan Hari Krismas hari ini yang disambut oleh penganut agama Kristian seluruh dunia.

 “Selain membenarkan perkataan ALLAH seperti yang digunakan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan ribuan tahun di negara Timur Tengah, BN juga harus menghentikan taktik menakutkan pengundi Melayu dengan mendakwa negara Kristian akan tertubuh di negara ini.
-  Sumber

1 comment:

  1. YB Lim Guan Eng,sya minta kpd beliau tunjuk kan bukti menggunakan bible tertua menggunakan perkataan ALLAH.Sedangkan Al Quran tertua masih tersimpan dan boleh dibuktikan penggunaannya perkataan ALLAH.Bible tertua menggunakan bahasa hebrew,ELLAHIM yg bermaksud ILLAHI(Bahasa Arab) dan bahasa melayu bermaksud TUHANKU............Kristian Ortodox di Arab masih menggunakan ELLAHIM/ILLAHI sebagai tuhan mereka.memang kufur bg ahli kitab yg suka2 mengubah ayat2 TUHAN....

    ReplyDelete