Showing posts with label tian chua. Show all posts
Showing posts with label tian chua. Show all posts
Wednesday, 1 May 2013
Kononnya Dakwat Kekal Boleh Di Pandam, Hanya Tian Chua Buat Laporan!!
Tinjauan Bernama mendapati dakwat yang dicalit di jari pengundi awal, masih kekal dan tidak hilang walaupun dibasuh beberapa kali dengan air.
Dakwat warna merah biji saga itu kekal dijari telunjuk sebelah kiri mereka setelah beberapa pengundi awal yang terdiri daripada anggota polis, diminta oleh pemberita dan jurugambar membasuh tangan mereka.
Permintaan itu dibuat oleh media ekoran terdapat dakwaan kononnya dakwat tersebut mudah hilang apabila jari yang sudah dicalit itu dibasuh dengan air.
Komandan Pusat Latihan Polis (Pulapol) SAC Zulkifli Mohamed pula ketika dihubungi petang ini berkata beliau tidak menerima aduan daripada 2,036 anggota polis yang mengundi awal hari ini berhubung dakwat kekal yang dicalit itu, hilang.
"Setakat ini, tangan saya beberapa kali dicuci, kesannya masih tidak hilang dan anggota (polis) saya pun sama," katanya.
Di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, seramai 3,963 anggota dan pegawai polis mengundi awal di dua pusat mengundi di sini hari ini.
Dalam pada itu, hanya Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang, di sini, hari ini berhubung dakwaan kononnya penggunaan dakwat kekal tidak kekal.
Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Ramli Mohamed Yusoof berkata kepada Bernama, polis tetap menerima sesiapa saja yang membuat aduan polis dan akan menyiasatnya.
Laporan polis itu dibuat susulan laporan sebuah portal yang mendakwa dakwat kekal yang sepatutnya tidak hilang sekurang-kurangnya tujuh hari selepas dicalitkan dijari, hilang menggunakan air dalam tempoh beberapa jam, oleh seorang anggota tentera.
Undi awal dijalankan hari ini melibatkan anggota tentera dan polis di seluruh negara dan penggunaan dakwat kekal, pertama kali digunakan pada pilihan raya di negara ini, bertujuan mengelak pemilih mengundi lebih daripada sekali walaupun selama ini tidak terdapat satu kes pun pengundi berbuat demikian.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata memandangkan laporan sudah dibuat, SPR menyerahkan polis menjalankan siasatan. - Bernama
Tuesday, 12 March 2013
Seorang Anggota Keselamatan Terkorban #AL-FATIHAH
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin hari ini mengesahkan seorang anggota keselamatan terkorban manakala tiga pengganas mati dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu di sini, kira-kira jam 10.45 pagi tadi.
Hingga kini jumlah anggota keselamatan yang terkorban dalam Op Daulat ialah sembilan orang.
Sebelum ini seramai lapan anggota polis terkorban iaitu dua wira terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna pada 2 Mac.
Sementara itu, di Semporna, pihak berkuasa tempatan telah menahan enam individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas militan yang menceroboh Lahad Datu dalam Op Daulat di Kampung Bangau-Bangau di sini hari ini.
Saturday, 9 March 2013
Tian Chua Kalau Berani Datang lah Sabah.. Rakyat Sabah Menanti mu!!
Seorang wakil rakyat Sabah menggesa kerajaan negeri mengharamkan kemasukan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua ke negeri itu kerana mendakwa pencerobohan militan Filipina di Kampung Tanduo adalah sandiwara Umno.
Anggota Dewan Undangan Negeri Lahad Datu, Datuk Nasrun Datu Mansur berkata kenyataan Tian Chua itu adalah fitnah dan menggambarkan pemimpin pembangkang terbabit langsung tidak menghargai nyawa manusia.
"Kita tidak mahu dia bawa budaya songsang ke negeri ini dan kita berharap dia tidak dibenarkan pijak kaki di Sabah sampai bila-bila," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis terhadap Tian Chua di Balai Polis Lahad Datu, di sini hari ini.
Nasrun yang juga Ketua Umno Bahagian Silam, berkata rakyat pelbagai suku kaum di negara ini, khususnya di Sabah, harus menolak individu yang membawa budaya asing dan biadab.
Mengenai pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadikan lima daerah di pantai timur Sabah sebagai kawasan keselamatan khas, Nasrun berkata pengumuman itu amat dinantikan oleh penduduk Lahad Datu.
"Inilah jawapan yang kita tunggu-tunggu. Kawalan keselamatan ketat sangat perlu di sini kerana melibatkan kawasan pantai yang luas," katanya.
Semalam, Najib mengumumkan Lahad Datu, Tawau, Semporna, Sandakan dan Kudat sebagai Kawasan Keselamatan Khas dengan Lahad Datu sebagai pusat kawalan. - Bernama
Subscribe to:
Posts (Atom)


