Showing posts with label Anwar. Show all posts
Showing posts with label Anwar. Show all posts

Thursday, 2 May 2013

Saya Maafkan Mahathir, Tidak Tun Daim - Anwar

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, beliau sedia memaafkan Tun Dr Mahathir Mohamad, bukannya bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.

"Tuan Daim kata lapan tahun Anwar jadi Timbalan Menteri Kewangan, hari-hari dia beri nasihat," kata Anwar ketika menyampaikan perutusan Hari Pekerja di sini, hari ini. Kedua-dua Anwar dan Daim merupakan anggota Kabinet era Dr Mahathir."

Daim pernah menjadi Menteri Kewangan dua kali. Dalam satu wawancara bersama Berita Harian, Tun Daim memberitahu, sewaktu Anwar menjawat jawatan Timbalan Menteri Kewangan, beliau sering meminta khidmat daripada beliau.

Menurut Daim, Anwar hanyalah graduan berkelulusan pengajian Melayu.
"Anwar sering ke rumah saya untuk meminta nasihat mengenai perkara berkaitan Kementerian Kewangan.

"Beliau juga sering membawa saya ke rumahnya untuk makan tengah hari. Ibu saudaranya memasakkan saya lauk kegemaran saya," katanya ketika diwawancara akhbar itu.

Namun menurut Anwar hari ini "kalau aku dengar nasihat hang Tun Daim, aku pun sudah jadi bilionair macam hang," katanya.

Menurut Anwar lagi, jika kerajaan Pakatan Rakyat (PR) berjaya menumbangkan parti pemerintah, Daim akan menerima natijah setimpal daripada perbuatannya itu.

"Saya hendak beritahu tuan-tuan, kita ambil alih kerajaan, semua harta yang diambil secara haram, harta rakyat, wang rakyat, kita pulangkan semula kepada rakyat.

"Tapi Mahathir saya maafkan, ganggu dia buat apa... jangan... jangan.

"Saya biasa duduk dalam penjara, siapa hendak jaga dia," ujar Anwar lagi.

Namun menurut Anwar, kedua-dua pemimpin itu mula turun berkempen di Putrajaya kerana ketakutan mereka terhadap Pakatan Rakyat.

"Bila Datuk Husam turun, Tun Daim terpaksa datang ke Putrajaya. Maknanya begitu pentingnya Husam.

"Kalau dia tak bertanding, Mahathir dan Daim tak akan turun," tambah beliau.

Walau bagaimanapun katanya, beliau tidak mahu mengambil pendekatan menyerang Dr Mahathir secara peribadi bersangkutan kekayaan yang dimilikinya.

"Saya tak nak serang dia (Mahathir) macam mana yang dia buat. Apa lagi yang saya tak buat.
"... Yahudi sudah, Amerika sudah, Al-Qaeda sudah, Arab sudah, Turki sudah, Sulu pula sekarang ini.

"Jadi kalau kita hendak layan... isunya apa? Isunya saya ulang apa Husam kata, dia takut!," ujar Anwar.

Mengambil pendekatan mahu terus melangkah ke hadapan, Anwar berkata kepada Dr Mahathir "tetapi monopoli kontrak Petronas anak kamu mesti ditamatkan serta-merta".
 Sumber

Tuesday, 30 April 2013

Bukan Mudah Turun Harga Barang, Anwar Sembang!!

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bukan suatu perkara yang mudah bagi kerajaan untuk menurunkan harga barang di negara ini.

Beliau yang sebelum ini sering berucap dalam setiap ceramah dengan janji penurunan harga barangan terpaksa mengakui hakikat kesukaran mengawal mahupun menurunkan harga barang.

Katanya ini berdasarkan pengalamannya yang pernah menjadi Menteri Kewangan selama lapan tahun.

"Saya (pernah jadi) Menteri Kewangan (selama) lapan tahun, saya tahu bila nak turun harga barang pening kepala nak fikir..." katanya pada ceramah perdana pakatan pembangkang di tapak pasar malam di Ampang Jajar dekat sini malam Selasa.

Dalam pada itu, Anwar menunjukkan yang beliau yakin untuk mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya umum ke-13, Ahad ini dan pakatan pembangkang mengambil alih kepimpinan kerajaan pusat.

Beliau sekali lagi berkongsi angan-angan dengan hadirin yang hadir dengan berkata: "Insya-Allah, kita menang pilihan raya 5 hari bulan, malam (5 Mei), 6 hari bulan (6 Mei) pagi Insya-Allah kita tubuh kerajaan baharu pakatan rakyat.

"7 hari bulan (7 Mei) Insya-Allah kita turunkan harga minyak seluruh negara. Minggu depan, dekat dah ni. Saya pun pening kepala bila nak umum ni... pening, bukan senang".

Kawasan Parlimen Permatang Pauh menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Anwar, calon BN Datuk Dr Mazlan Ismail dan calon bebas Dr Abdullah Zawawi Samsudin.

Wednesday, 24 April 2013

Isu Pas Dakwa Calon PKR 'tangkap muat' Selesai - Anwar


Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata isu Pas mendakwa beberapa calon PKR sebagai "calon tangkap muat" sudah selesai.

"Kita telah selesai isu itu (calon) dengan baik. Alhamdulillah sedikit pun tak ada masalah," katanya kepada pemberita selepas berucap pada ceramah PKR di Sungai Udang di sini  petang ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang ada calon PKR yang terlibat dengan penjualan pil kuda serta menjulang  gambar tokoh berfahaman komunis.

PKR bertanding di tiga kawasan Parlimen dan tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri di Melaka pada pilihan raya umum ke-13. - Bernama

Sunday, 21 April 2013

Anwar pertahan Chegubard tanding di Sg Acheh


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakannya meletakkan Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai 'Chegubard' sebagai calon Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Acheh walaupun tindakan itu mendapat tentangan Pas.

Katanya pertembungan calon PKR dan Pas di kerusi Dun itu adalah disebabkan salah faham kedua-dua parti ketika mencalonkan wakil masing-masing.

"Bagi kita (tempoh) dua tiga hari untuk selesaikan perkara ini," beliau berkata dalam ceramahnya di hadapan penyokong pakatan pembangkang di Kampung Tok Keramat, dekat sini malam tadi.

Dun Sungai Acheh bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calonBarisan Nasional (BN) Datuk Mahmud Zakaria, calon PKR Chegubard dan Mohd Yusni Mat Piah dari Pas.

Pada PRU 2008, Mahmud memenangi kawasan Dun berkenaan dengan majoriti 250 undi mengalahkan calon PKR Dr Azhar Ahmad. - Bernama

Saturday, 20 April 2013

Anwar Akan Tampil Individu Mirip Beliau?? Apa lagi Mahu Putar???

Desas-desus Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menampilkan individu iras rupa beliau bagi menutup segala dakwaan negatif ke atas beliau dilihat benar.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) SD Johari Yasin berkata, individu tersebut dikatakan akan 'turun' bersama Anwar di sebuah Madrasah di Permatang Pauh malam ini mengesahkan lagi maklumat yang diterima pihak tertentu dan dakwaan tersebut bukanlah dakwaan melulu.

"Anwar mahu membina satu persepsi dalam kalangan rakyat yang video seks yang dikaitkan dengan dirinya itu tidak benar. Sebab itu beliau membawa lelaki Thailand ini untuk menafikan individu dalam video tersebut adalah beliau (Anwar)," katanya kepada pemberita baru-baru ini.

SD Johari sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan akhbar bagi mendesak Anwar Ibrahim mengesahkan dakwaan sama ada individu tersebut akan mengaku terlibat dalam kegiatan 'liwat' yang dikaitkan oleh Ketua Pembangkang itu sebelum ini.

Jelasnya lagi, lelaki mirip Anwar itu dikatakan akan dibawa masuk melalui Bukit Kayu Hitam dari negara asalnya, Thailand.

Dalam pada itu pada tarikh 17 Mac 2013, Awang Selamat menerusi Analisis Mingguan, Utusan Malaysia menyatakan wujudnya gerakan mencari individu iras wajah dan tubuh tokoh pembangkang di Thailand.

Jelas Awang pencarian tersebut antara lain bertujuan bagi memujuk inidivdu tersebut untuk mengaku terlibat dalam perlakuan yang pernah menggemparkan arena politik negara sebelum ini.

Sumber

Thursday, 18 April 2013

Anwar Ketakutan kerana Manifesto Jing-Gay Papagomo!!


41 Manifesto Jing-Gay Papa Gomo yang dilancarkan pada malam tadi :-

1. Tidak akan meliwat Azizan Abu Bakar, tidak akan meliwat Saiful Bukhari & tidak akan meliwat adik angkat Anwar iaitu Sukma Darmawan Sastimatmadja.

2. Tidak akan melanggani pelacur dan tidak akan jadi pelaku dalam video chinadoll.

3. Akan memastikan jam Omega saya tidak akan dikebas oleh mana-mana pelacur.

4. Tidak akan beraksi sama sekali dalam paparan Raja Goyang yang memaparkan seks songsang.

5. Tidak akan beromen dan menggoda mana-mana lelaki seperti paparan dalam Papa Homo.

6. Tidak akan terlibat menjual, menggadai serta memperalatkan Kalimah ALLAH untuk meraih undi bangsa lain.

7. Tidak akan meletakkan ISLAM setaraf dengan agama lain.

8. Tidak akan menyokong amalam LGBT & seks bebas.

9. Tidak akan memperbodohkan rakyat Permatang Pauh.

10. Tidak akan berbohong bahawa saya akan menjadi Perdana Menteri pada 16 September.

11. Akan bersumpah laknat untuk membersihkan nama saya sekiranya saya dituduh meliwat mana-mana lelaki.

12. Tidak akan berselindung dengan menjual nama Sheikh Yusof Al-Qardawi bagi membenarkan segala perlakuan keji jika saya melakukannya.

13. Tidak akan melakukan persetubuhan haram dengan isteri Setiausaha Sulit saya sehingga melahirkan anak luar nikah.

14. Berjanji akan menolak sebarang usaha membawa lari anak dara orang dengan cara kahwin lari.

15. Jika saya menubuhkan parti politik, saya tidak akan melantik isteri saya sebagai Presiden yang bodoh umpama boneka.

16. Saya juga berjanji akan mendamaikan Presiden PKR dengan Shamsidar Taharin dan Fareez yang dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan Anwar.

17. Jika saya menubuhkan parti politik, saya akan melantik diri saya sebagai Ketua Umum parti dan jawatan ini tidak boleh dicabar oleh sesiapa sehingga saya meninggal dunia.

18. Saya tidak akan berlakon berpura-pura sakit dihadapan penyokong saya.

19. Saya juga tidak akan memakai pendakap leher dalam keadaan kononnya pinggang & tulang belakang saya sakit.

20. Tidak akan mengadakan rundingan dengan mana-mana kumpulan pemisah seperti di Selatan Thai & kumpulan Misuari di Filipina bagi tujuan menghuru-harakan Negara.

21. Seandainya saya menubuhkan parti politik, saya tidak akan membenarkan Timbalan Presiden saya menderhaka terhadap ibunya sehingga digelar YB Tanggang.

22. Saya juga tidak akan meliwat otak dan pemikiran Ahli Majlis Pimpinan parti saya.

23. Saya tidak akan memelihara ‘anak ikan’ bagi memuaskan nafsu serakah saya. Jika pun saya ada menyimpan ‘anak ikan’, ‘anak ikan’ itu tidak akan saya lantik menjadi Pengarah Strategi parti saya.

24. Saya tidak akan menjadikan mahasiswa sebagai alat dan perkakas untuk memuaskan nafsu serakah saya.

25. Saya tidak akan membenarkan Tmbalan Presiden parti saya makan ‘aiskrim’ dalam jamban sehingga digelar YB Jamban.

26. Saya akan menghadiahkan rakyat Negara ini manifesto parti pembangkang untuk dijadikan tisu jamban kerana manifesto pembangkang bukan suatu janji sebaliknya hanya gula-gula untuk menipu rakyat.

27. Saya tidak membelai Timbalan Presiden saya yang kemaruk mahu jadi Menteri Besar Selangor.

28. Saya tidak akan membenarkan mana-mana Ulama’dalam parti saya untuk memberi kaunseling kepada isteri orang dalam bilik hotel pada jam 1.00 pagi.

29. Saya akan menampar mulut anak saya jika dia menyatakan Melayu bebas memilih agama.

30. Tidak akan membenarkan Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani beronani (lima pukul satu) di hadapan skrin facebook.

31. Tidak akan mempertahankan mana-mana Adun yang berkhalwat dalam keretapi di Kelantan.

32. Tidak akan mempertahankan pemimpin utama PAS yang berkhalwat dalam bilik 121 Hotel Perdana.

33. Tidak akan mempertahankan orang kuat PAS yang berzina.

34. Tidak akan membenarkan Naib Presiden saya menggigit Polis seperti anjing menggigit, memaki hamun Polis & menghina pasukan keselamatan Negara yang menyatakan bahawa pencerobohan di Lahad Datu adalah satu sandiwara.

35. Tidak akan menjadikan SetiausahaAgong saya sebagai barua tegar saya.

36. Tidak akan memilih pengampu serta kroni-kroni saya sebagai calon dalam pilihanraya.

37. Tidak akan membayar mana-mana pihak untuk memberikan kenyataan bagi membela diri saya.

38. Tidak akan memperbodohkan PAS dan memperkudakan DAP untuk kepentingan saya menjadi Perdana Menteri menawan Putrajaya.

39. Sekiranya saya menang, saya akan menghapuskan semua bentuk bayaran bil elektrik, bil air, cukai jalan, cukai pendapatan di semua sector persendirian dan perniagaan. Petrol & diesel akan diturunkan pada kadar 50 sen seliter. Semua bentuk tol akan dihapuskan sebelum ayam berkokok.

40. Sistem pendidikan yang ada sekarang ini dimansuhkan dan digantikan pendidikan ala Sri Lanka yang jauh lebih murah.

41. Setiap rakyat Malaysia akan diberi kereta percuma (Proton Saga sebuah untuk setiap seorang rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas).

Monday, 8 April 2013

Papa Gomo VS Papa Homo Di Permatang Pauh


Blogger Papa Gomo menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas menetang Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh.

Papa Gomo yang diwakili Presiden Pertubuhan Nadi Rakyat, Mohamad Rafi Awang Kechik mengumumkan kesediaan beliau untuk bertanding di Permatang Pauh atau mana-mana kerusi yang ditandingi Anwar.

"Keputusan untuk bertanding itu dibuat kerana dia benar-benar serius meminta agar Anwar berundur secara terhormat daripada arena politik negara ekoran pelbagai isu moral yang didakwa membelenggu pemimpin itu," kata Rafi kepada pemberita di Bangunan Yayasan Selangor Kg. Baru di sini, hari ini.

KENYATAAN PENUH PAPA GOMO

Assalammuakaikum dan selamat sejahtera kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya penduduk di Permatang Pauh Pulau Pinang.

Saya telah pun mengambil borang calon SPR bagi melayakkan diri saya bertanding di Parlimen Permatang Pauh pada PRU13 ini melalui wakil saya Saudara Rafi Awang Kecik yang juga merupakan Presiden Nadi Rakyat Malaysia.

Saya mengumumkan untuk bertanding pada pilihanraya ini menentang Dato Sri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh bagi menunjukkan kepada Dato Sri Anwar Ibrahim yang saya benar benar serius untuk meminta beliau berundur secara terhormat dari arena politik negara.

Sebelum ini saya telah pun memberikan amaran agar beliau berundur bagi mengelakkan video-video aksi homoseks beliau dipaparkan kepada umum. Namun Dato Sri Anwar masih degil dan mahu mengheret pekara ini dengan lebih besar lagi.

Tun Dr Mahthir pernah memberikan Dato Sri Anwar Ibrahim nasihat untuk berundur secara terhormat sewaktu beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keewangan. Tun Dr Mahathir memberikan Dato Sri Anwar Ibrahim peluang untuk tidak diaibkan. Jadi saya juga telah melaksanakan apa yang idola saya Tun Mahathir  lakukan dengan memberikan Amaran dan nasihat untuk Dato Sri Anwar Ibrahim berundur secara terhormat sebelum diaibkan dengan lebih dasyat lagi.

Saya mahu bertanding kerana saya mahu menyatakan kebenaran sebagai satu bukti nyata yang saya bukanlah menfitnah. Saya tampil masuk gelanggang bagi menyampaikan perkhabaran kepada dunia saya mahu rakyat sedar betapa rendah dan jijik moral Dato Sri Anwar Ibrahim yang mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Didalam pilihanraya ini lah medan terbaik untuk saya mendedahkan segala galanya yang mana dibantu dengan rakan rakan seperjuangan yang lain seperti Dato Eskay, Dato Nallakarupan, Ezam Mohd Nor, Ng Lum Yong, Zahid Mat Arip, Yb Zulkifli Nordin, Anuar Shaari, Hamizun, dan ramai lagi bekas bekas orang kanan Anwar Ibrahim yang kenal bentuk tubuh Dato Sri Anwar Ibrahim.

Kalah sudah pasti buat saya tetapi saya akan pastikan pengundi Permatang Pauh kenal dengan lebih dekat siapa Dato Sri Anwar Ibrahim ini apatah lagi dengan bukti yang ada ditangan saya.

Nantikan saya pada hari penamaan calon di Permatang Pauh. Misi Selamatkan Negara akan dilaksanakan saya dengan dibantu seluruh jentera NGO Nadi Rakyat yang diketuai Presidennya Saudara Rafi Awang Kecik.
Sumber




Friday, 5 April 2013

Anwar Takut Kalah, Bergelut dalam Pemilihan Kerusi!!!



Pakatan rakyat dilihat masih bergelut untuk mendapat kata sepakat dalam menentukan calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Penangguhan tersebut ekoran Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal mengumumkan lokasi pilihan beliau yang dikatakan ingin bertanding di Perak pada pilihan raya kali ini.

Beliau yang dijadualkan untuk mengumumkan perkara tersebut pada ceramahnya di Gerik semalam memberi alasan perkara tersebut masih dalam rundingan.

Perbincangan di saat-saat akhir antara parti komponen PR ekoran DAP dan PAS tidak sebulat suara dengan nama-nama calon yang ditetapkan.

Sebaliknya beliau hanya mengumumkan tiga nama calon di tiga kerusi Parlimen Perak iaitu di  Laksamana (B) Imran Abdul Hamid di Lumut,  bekas Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub di Pasir Salak dan  Ketua Angkatan Muda Keadilan Perak Meor Ahmad Isharra Ishak di Padang Rengas. Sumber

Sunday, 24 March 2013

Papagomo Dedah Video Kedua Anwar bersama Lelaki Lembut!! Apa Kata Anda?

    

Harap rakyat malaysia dapat menilai sendiri apakah pemimpin sebegini wajar kita sokong untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia?  Tak sabar nak tunggu video seterusnya...Apa yang pasti kemesraan Anwar Ibrahim dengan lelaki lembut berdua duaan didalam bilik hotel pastinya boleh memberikan anda semua satu jawapan berhubung isu yang selama ini dileparkan keatas Anwar Ibrahim iaitu Anwar Ibrahim pengamal Seks Luar Tabii. 
Hanya dalam mimpi lah!! kikikiki ;p

Friday, 8 March 2013

Jangan Ingat Ada Duit Boleh Beli Maruah Orang!!!?


Anwar Ibrahim (mesti) bertaubat dan jangan pergunakan keluarganya demi kerakusan kuasa nak menjadi Perdana Menteri. Bertaubat dari terus meliwat anak muda dan saya sendiri minta Anwar Ibrahim jangan gunakan wang ringgit bagi membeli keluarga saya - Saiful Bukhari

KENYATAAN PENUH SAIFUL BUKHARI AZLAN

1. Saya berasa amat sedih dan dukacita dengan berita mengenai bapa saya. Saya sedih kerana bapa saya telah menjadi mangsa kerakusan politik makhluk bernama Anwar bin Ibrahim.

2. Demi Allah, Agama Bangsa dan Negara tercinta, Saya ingin tegaskan bahawa saya tidak sama sekali akan berganjak dengan dakwaan saya. Saya akan terus Istiqamah dan berpegang teguh pada dakwaan saya, segala keterangan saya di Mahkamah, juga sumpah laknat yang telah saya lafazkan, sehingga ke akhir hayat.

3. Kepada Anwar bin Ibrahim, bertaubatlah. Telah 5tahun saya bertahan, dan berdiri teguh walaupun sukar. Saya pasti Allah akan balas apa yang saudara lakukan. Sungguh terdesak dan jijik sekali.

4. Saya juga memberi amaran kepada Anwar Ibrahim, walaupun terdesak, jangan membabitkan bapa saya untuk memutarbelitkan keadaan dalam mencapai matlamat beliau.

4. Saya percaya isu ini sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian isu "pengkhianat negara" yang sedang beliau hadapi.

5. Walau apapun berlaku, saya yakin KEPADA ALLAH SWT..yang benar tetap benar. Kebenaran tidak dapat dihapuskan walau apa sekalipun.

6. Saya akan terus berdoa agar Allah bukakan hati bapa saya untuk kembali pada jalan Allah, kebenaran, pertahankan anak kandungnya yg menjadi mangsa.

7. Sebagai seorang anak, kasih sayang dan hormat kepada seorang ayah akan kekal hingga ke akhir hayat.

8. Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya menyeru agar tidak terpedaya dengan permainan jijik Anwar Ibrahim ini.

9. Kedaulatan Negara kini sedang diancam musuh, ditambah pengkhianat musuh dalam selimut membantu, sudah ramai perwira kita yang telah terkorban, marilah sama-sama kita doa dan pertahankan.
Sumber


Friday, 1 March 2013

Perisikan Filipina awasi tiga kumpulan subahat tuntutan Sultan Sulu



Menurut sumber perisikan kerajaan Filipina, sama ada waris kesultanan Sulu bertindak sendiri untuk menuntut Sabah atau telah dihasut oleh kuasa luar untuk berbuat demikian, ia perkara yang pasti. Hakikatnya, ia merupakan rancangan di luar keupayaan pihak waris sultan itu.

Menurut sumber tersebut, sememangnya menjadi dasar kerajaan Filipina tidak membangkitkan isu berhubung Sabah.

Tetapi nampaknya sekarang "sesetengah orang" mahu menonjolkan isu berkenaan.

Persoalannya mengapa sekarang? Mengapa pada waktu ini? Itulah yang ingin diketahui oleh pihak perisikan kerajaan.

Sumber-sumber konsisten menyebut tiga kumpulan yang muncul itu telah mengambil kesempatan daripada keputusan kerabat kesultanan Kiram untuk meneruskan tuntutan mereka ke atas Sabah.

"Mereka adalah pihak yang mahu menumpang cita-cita serta tuntutan kesultanan Kiram, berpaksikan kepentingan peribadi tertentu,” kata salah satu sumber.

Sumber lain pula menambah: "Terdapat banyak yang di rasa boleh dimanfaatkan daripada isu ini, bukan sahaja di Filipina, tetapi juga di Malaysia."

Semua ini "faktor luaran," seperti mana sumber-sumber yang diperoleh oleh akhbar ini (Philippine Daily Inquirer) menyifatkan – mereka yang terdiri daripada gabungan kumpulan anti pentadbiran Aquino dan pihak pembangkang politik Malaysia.

“Kerabat kesultanan Kiram telah merancang tuntutan mereka seawal tahun lepas, dan seterusnya bertindak untuk menceroboh di Lahad Datu setelah dipengaruhi kumpulan berkenaan.

"Mereka dikatakan mempengaruhi kerabat kesultanan Kiram supaya menuntut bayaran imbuhan ‘sewa’ yang lebih ke atas Sabah, dan sekiranya Malaysia bersetuju, mereka akan turut memperoleh habuan.

Kumpulan anti-Aquino hanya sekadar ingin memalukan Presiden Aquino, dan sehubungan itu menggunakan proses perdamaian sebagai penyebab kebangkitan sentimen di pihak kerabat kesultanan Kiram.

“Kesemua pihak yang tidak menyukai P-Noy (nama yang sering digunakan terhadap Presiden Aquino oleh rakyat Filipina), telah bergabung tenaga. Ini dilihat sebagai satu cara untuk benar-benar menguji bagaimana pentadbiran beliau memberikan reaksi (terhadap isu seperti ini). Apa jua yang akan berlaku di Malaysia, ia akan memberikan kesan kepada pihak kita,” kata satu sumber.

"Dalam erti kata lain, sesiapa yang mahu mengganggu proses perdamaian atau keuntungan di pihak Presiden Aquino kini setidak-tidaknya telah memperoleh kemenangan," tambah sumber itu lagi.

Kumpulan ketiga didakwa sebagai kumpulan pembangkang politik Malaysia, yang sedang bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum yang mungkin akan dipanggil sebelum Jun.

Pegawai perisikan tersebut berkata bahawa salah seorang  ahli politik pembangkang Malaysia yang bersekutu dengan Anwar Ibrahim akan bertanding di Sabah.

"Yang jelas, ahli politik ini adalah salah seorang yang berbincang dengan kerabat kesultanan Kiram. Beliau dikatakan memberi sokongan pembangkang kepada kerabat kesultanan Kiram bagi merealisasikan tuntutan ke atas  Sabah, " kata sumber itu.

Mesyuarat November

Sumber itu juga percaya pada mesyuarat mereka November tahun lepas bahawa kerabat kesultanan Kiram telah memutuskan untuk "menuntut Sabah atau sekurang-kurangnya meminta pampasan yang setimpal dengan nilai tanah hari ini, selain supaya keluarga diraja diberikan pengiktirafan yang sewajarnya oleh Malaysia "

Menurut sumber berkenaan, oleh kerana mereka berketurunan Tausug maka mereka terus keras hati, dan berdegil untuk terus menuntut dikembalikan Sabah, walaupun hingga terpaksa ingkar terhadap Presiden Aquino, kata salah satu sumber.

"Ini adalah pendirian terakhir Sultan Jamalul. Sebagai orang Tausug, mereka sudah sebulat hati memutuskan tindakan untuk meneruskan tuntutan mereka. Hakikatnya pada mereka, ini perkara hidup atau mati demi menjaga kehormatan dan berpegang kepada,” sumber yang merupakan seorang pegawai tentera memberitahu Inquirer.

Bagaimana pun, menurut seorang lagi pentadbir keselamatan yang membuat analisis perkembangan sejak tiga minggu lalu, kerabat kesultanan Kiram nampaknya resah sejak kebelakangan ini.

"Mereka keliru. Kerajaan berharap kita boleh membeli lebih banyak masa, mencari satu cara penyelesaian diplomatik,” tambah sumber itu dengan  merujuk kepada usaha kerajaan untuk membantu menyelesaikan kebuntuan antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata yang diketuai oleh adik Sultan Jamalul, Agbimuddin Kiram, di Kampung Tanduao, yang telah memasuki minggu ketiga.

Perpaduan Kiram

Sumber The Inquirer diperoleh dari pertubuhan diplomatik dan pertahanan. Mereka meminta supaya dirahsiakan nama mereka kerana tidak dibenarkan bercakap dengan wartawan mengenai analisis perkembangan “penghijrahan pulang kesultanan Kiram ke Sabah.”

Sumber itu berkata kerabat kesultanan Kiram memutuskan untuk bersatu kerana mereka merasakan diri dikecualikan daripada rundingan damai antara pentadbiran Aquino dan Barisan Pembebasan Islam Moro, yang berakhir dengan perjanjian damai awal Oktober lepas.

Menarik perhatian kerajaan 

"Pihak Kiram ingin mendapatkan perhatian kerajaan Filipina," kata sumber itu.

"Selama bertahun-tahun, kerabat kesultanan merasakan mereka dieksploitasi dalam politik. Sultan Jamalul didorong untuk bertanding jawatan senator pada 2010, tetapi tewas. Selepas itu pula surat mereka kepada Presiden Aquino (pada 2010 sebelum beliau memegang jawatan) hilang, "kata sumber itu.

Tambah sumber itu lagi, Kiram dan pengikutnya "merancang untuk pergi ke Lahad Datu" pada akhir Januari tahun ini.

"Pada Februari, satu kumpulan kecil pengikut Kiram berlepas ke Lahad Datu, diikuti oleh Raja Muda Agbimuddin," kata sumber itu.

Anggaran 70 senjata api kini di tangan kumpulan yang bertahan di Kampung Tanduao dimiliki oleh penduduk di Lahad Datu, orang Tausug dan Bajau yang memiliki kad pengenalan Malaysia, kata sumber itu.

Pasukan keselamatan Malaysia telah mengepung kumpulan Agbimuddin,  tetapi tidak bertindak, malahan melanjutkan tempoh untuk kumpulan Agbimuddin meninggalkan Lahad Datu selama tiga kali, sementara lanjutan tempoh keempat diminta oleh kerajaan Filipina sendiri.

Malaysia Berhati-hati

Menurut sumber yang diperoleh Inquirer, kebuntuan terus berlaku kerana pihak Malaysia begitu berhati-hati berurusan dengan kumpulan Agbimmudin.

"Mereka semua umat Islam dan mereka tahu jika berlaku keganasan, ia akan berlanjutan selama-lamanya. Terdapat 800,000 Filipina di Sabah. Ia akan menjadi satu masalah yang besar di Sabah jika keganasan meletus. Pasukan keselamatan Malaysia mungkin akhirnya terpaksa menghadapi pertentangan dengan gerila atau Rido (antara rumpun), " kata sumber itu, menggunakan istilah Islam untuk perang saudara.
sumber : INQUIRER NEWS

Saturday, 26 January 2013

Lawatan Najib Ke Bumi Gaza Kurang Bijak - Anwar


Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat ke bumi Gaza Rabu lalu disifatkan "kurang bijak" oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana gagal untuk mengiktiraf pergerakkan Fatah dan pemimpinnya Mahmoud Abbas.

Ketua pembangkang itu turut membandingkan kesilapan Perdana Menteri terhadap Fatah dengan Presiden Mesir, Mohammaed Morsi dan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdorgan yang mengiktiraf kedua-dua Hamas dan Fatah.

“Najib sememangnya kurang bijak oleh kerana beliau sepatutnya menghubungi kedua-duanya,” katanya kepada pemberita merujuk kepada Abbas dan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh.



Wednesday, 23 January 2013

Isu Kalimah Allah - PR Kekal Keputusan 8 Jan


Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan, perikatan pembangkang itu tetap dengan pendirian yang diputuskan oleh Majlis Pimpinan Presiden 8 Januari lalu bersabit isu penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu.

Meskipun begitu kata Anwar, pihaknya tidak menolak untuk mengadakan sebarang perbincangan susulan berikutan keputusan Majlis Syura Pas.

"Boleh, kenapa tak boleh bincang. Tapi setakat ini tidak timbul. Setakat ini, ini pendirian Pakatan Rakyat berdasarkan kenyataan yang dibentangkan oleh Hadi Awang dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang lalu (8 Januari)," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Awal minggu lalu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa semua pihak termasuk pimpinan PR menerima keputusan Majlis Syura bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

Nik Aziz berkata, perkara itu tidak perlu ditimbulkan semula setelah Majlis Syura menetapkan larangan penggunaan kalimah yang eksklusif bagi orang Islam itu diterjemahkan mana-mana kitab agama bukan Islam kerana salah dari segi maknanya.

Majlis Syura membuat keputusannya pada mesyuarat 13 Januari.


Sumber

Thursday, 8 November 2012

Ahmad Maslan dakwa Izzah ‘jurucerita’ Anwar

Datuk Ahmad Maslan menyifatkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah sebagai "jurucerita" kepada bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dikenali sebagai orang yang menyokong fahaman pluralisme.

Ahmad yang ditemui Sinar Harian Online ditanya berhubung kontroversi terbaru yang melibatkan Ahli Parlimen Lembah Pantai, yang merupakan anak kepada ketua pembangkang Parlimen Malaysia itu. 
“Jadi anak dia...jurucerita lah,"kata Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno.
Nurul Izzah semalam mengarahkan dua peguamnya untuk mengambil tindakan ke atas dua akhbar dan beberapa blog berkaitan isu kebebasan beragama yang disifatkan beliau sebagai berbaur fitnah. 
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkemungkinan memanggil Nurul Izzah berhubung kenyataannya yang menyebut rakyat tidak harus dipaksa mengamalkan ajaran tertentu termasuk kepada orang Melayu.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata, "daripada laporan kenyataan itu memang sah dia menyebut itu dan setakat ini saya tidak mendengar penafian dia menyebut perenggan itu.
“Perenggan yang dia sebut itu mempunyai implikasi yang cukup besar dan sehingga dia menafi bahawa perenggan itu dia tidak sebut, pada saat dan ketika ini, saya mengatakan bahawa beliau telah tersalah sebut sesuatu yang sungguh dahsyat,"kata Ahmad lagi. 
Ahmad menasihati pemimpin PKR itu agar peka bahawa "di Malaysia ini, orang Melayu adalah orang yang beragama Islam mengikut Perlembagaan. Kalau dia bukan beragama Islam, dia bukan Melayu. Ini pelik, hanya (negara) kita sahaja yang mengaitkan bangsa dengan agama.Negara lain tidak ada. 
“Negara kita unik, dia kena faham ini. Orang Arab ada yang Kristian. Tetapi orang Melayu di Malaysia, selagi dia hendak dipanggil Melayu, tak boleh Kristian,” katanya.
“Tidak ada paksaan dalam beragama, ayat itu kalau kita hendak memaksa orang bukan Islam, masuk Islam memang tidak boleh. Tetapi kalau orang itu sudah Islam, dia kena amalkan ajaran Islam,” jelasnya lagi.
Justeru ujar Ahmad, pihak pembangkang tidak seharusnya meletakkan beban kesalahan ke atas media apabila mereka sendiri mengeluarkan kenyataan itu sama ada ia benar atau tersalah sebut. 
Media tidak akan bertindak memanipulasi isu sebesar ini tanpa sebarang bukti apatah lagi untuk entiti yang sering berhadapan dengan kes saman, mereka ini pastinya lebih berhati-hati, kata Ahmadyang juga Ketua Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional.
“Dalam kes Nurul Izzah ini, saya yakin akhbar-akhbar yang melapor itu sudah mendapat maklumat yang sahih,” tambah Ahli Parlimen Pontian ini.

Wednesday, 7 November 2012

Tanding di Pekan Jika Benar Anwar Anak Jantan!


Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di kawasan Parlimen Pekan pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

"Saya cabar Anwar menentang Najib di Pekan, kita nak tengok setakat mana kemampuan dan keberanian beliau membohongi rakyat Pahang dengan pelbagai isu fitnah," katanya.

Dipetik menerusi laman web Umno Cheras, Syed Ali berkata, sepatutnya Anwar sendiri yang mencabar Najib jika beliau benar-benar 'anak jantan' dan bukannya mencadangkan pemimpin pembangkang lain.

Semalam, Anwar mencabar Najib menentang penyandang kerusi Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul hadi Awang yang juga merangkap Presiden Pas.

"Jika Anwar anak jantan dan bukannya pengecut, saya cabar beliau bertanding sama ada di kerusi Parlimen Pekan atau pun di Marang (Terengganu)," ujarnya.

Monday, 5 November 2012

#ALAHAII KESIAN!!! Hanya 5Ribu Hadir Himpunan Kebangkitan Rakyat..Kata 50Ribu?

Jom kita layan video dibawah



Pakatan sekali lagi menabur janji menipu rakyat Malaysia. Janji 2008 pon belum ditunaikan... lagi mahu berjanji dengan RAKYAT!!