Showing posts with label mustafa ali. Show all posts
Showing posts with label mustafa ali. Show all posts

Saturday, 27 April 2013

Pemimpin PR Perlu Henti Polemik Hudud - Mustafa


Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menggesa pemimpin Pas dan DAP supaya tidak meneruskan pertikaian isu hudud dalam media kerana ia hanya  akan menjerumus mereka ke dalam perangkap Umno-Barisan Nasional (BN).

Kata beliau, isu hudud telah mencapai kata sepakat pada September 2011 dan perkara itu tidak perlu ditimbulkan sehingga boleh mencetus polemik khususnya menjelang 5 Mei.

"Ini adalah perangkap Umno yang biasa setiap kali pilihan raya, isu ini akan diapi-apikan Umno melalui media supaya akan ada percanggahan pendapat dan tujuannya untuk porak-perandakan Pakatan Rakyat.

"Semua pimimpin PR perlu hentikan isu polemik itu dalam media.

"Isu ini sudah selesai September 2011, kita ada buat kenyataan, kita akui DAP tak setuju dengan hudud, Islam tetap jadi dasar Pas, DAP hormatinya," kata beliau kepada pemberita di sini, hari ini.
Mustafa berkata demikian mengulas lanjut desakan Pengerusi DAP, Karpal Singh semalam yang mendesak Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyatakan pendirian berhubung isu hukum hudud dan konsep negara Islam yang ingin dilaksanakan Pas.

Perkara itu turut ditimbulkan semula oleh Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din pada Rabu lepas yang mengatakan DAP tiada masalah dalam isu pelaksanaan hudud selepas parti itu bersetuju menggunakan logo Pas.

Dalam pada itu, meskipun agama Islam itu menjadi dasar perjuangan Pas, namun ia bukan sebahagian daripada dasar bersama dalam agenda dan manifesto PR pada pilihan raya kali ini.

Malah Mustafa memberi jaminan bahawa isu hukum hudud itu tidak akan memecahbelahkan antara Pas dan DAP kerana masing-masing akur dan memahami terhadap perbezaan yang timbul.

"Memang kita ada perbezaan dengan DAP, kebersamaan kita lebih besar daripada perbezaan.

"Kita tentang korupsi, penyelewengan itulah isu besar kita, ia tak akan dipinggirkan tak kira kaum antara komponen PR.

"Tok Guru pun cakap hudud tak boleh dipaksa, begitu juga agama Islam pun tak boleh dipaksa, apatah lagi pula soal perundangan," katanya sambil mengulangi komitmen Pas untuk menentang Umno dan BN pada PRU13 ini.

Monday, 15 April 2013

Polis: Jangan Keluar Fatwa Mengelirukan!!!


Semua pihak dinasihat agar jangan mengeluarkan fatwa yang boleh mengelirukan orang ramai dan menyebabkan perbalahan antara masyarakat semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata jika ada pihak yang tidak mempedulikan nasihat itu, polis mempunyai cara untuk menguatkuasakan undang-undang terhadap pihak yang melampau itu.
"Ini kerana fatwa berkenaan akan dibincangkan di kedai-kedai kopi dan akan menyebabkan perbalahan yang diikuti dengan pergaduhan antara masyarakat bukan sahaja di Kelantan tetapi juga di tempat lain," katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan menghadapi PRU13 ini, di sini hari ini.
Khalid turut menasihatkan calon yang bertanding dan penyokong mereka supaya mematuhi nasihat pihak berkuasa khususnya sepanjang 15 hari tempoh berkempen.
"Kami akan beri kerjasama kepada pihak yang memohon permit untuk mengadakan kempen yang teratur, kami tidak mahu berlaku pertindihan kawasan ceramah yang boleh menimbulkan perbalahan pihak-pihak yang bertanding," katanya.
Beliau berkata 2,000 anggota polis ditambah di negeri ini dan polis mengesan 80 kawasan panas di 32 daripada 45 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Kelantan.
Sejak pembubaran Dewan Rakyat 3 April lepas, polis Kelantan menerima 39 laporan polis berkaitan pilihan raya termasuk merosakan bendera parti, bertengkar, mengugut dan mencederakan dengan senjata tajam, katanya.
Mengenai siasatan polis terhadap kes video seks yang dikaitkan dengan Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali, Khalid berkata polis menjalankan siasatan berkaitan kesalahan pengedaran dan memiliki video lucah.
"Tindakan boleh diambil terhadap sesiapa sahaja yang memiliki video lucah sama ada ia disimpan dalam telefon bimbit atau facebook, jika polis dapat mengesan, kami akan ambil tindakan," katanya sambil meminta sesiapa yang memiliki video lucah supaya segera menyerahkannya kepada polis. - Bernama

Sunday, 14 April 2013

Isu Video Sex : Hadi Awang Nafi Penglibatan Mustafa Ali


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini terus menafikan penglibatan Mustafa Ali dengan rakaman video seks yang kini tersebar di internet sebaliknya mendakwa ia hanyalah lakonan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu.

Abdul Hadi turut mendakwa, Setiausaha Agung Pas itu sudah uzur sehinggakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini menunaikan solat secara duduk.

Justeru beliau berkata, mereka yang menghasilkan rakaman tersebut sepatutnya
"menggunakan pelakon yang lebih muda" dan bukannya seperti yang dipaparkan dalam rakaman tersebut. - UTUSAN ONLINE

Saturday, 13 April 2013

Umno terdesak, sanggup guna taktik kotor - Mustafa Ali

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk
menjatuhkan beliau dari arena politik tanah air.
  
Ketika berucap pada satu majlis di markas Pas Kampung Molek di sini malam ini, beliau berkata, Umno bertanggungjawab terhadap fitnah melalui media.
  
"Ini adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah... saya adalah mangsa terbaharu fitnah Umno," katanya.
  
Mustafa berkata beliau menyerahkan kepada dua peguamnya, iaitu Asmuni Awi dan Hanifah Maidin, untuk membawa isu itu ke muka pengadilan.
  
Beliau turut menafikan telah meletak jawatan selepas isu penyebaran gambar dan DVD lucah yang dikaitkan dengan dirinya.


"Saya malas layan kat media ini sebab pelawok (penipu), ada pula antara blog yang kata bahawa saya letak jawatan sebagai Setiausaha Agung kerana isu video ini.
  
"Saya hidup lagi ni, (masih) Setiausaha Agung Pas lagi. Tidak jadi kudis gatal pun dengan perkara itu. Saya dah faham surat khabar," katanya.
  
Dalam pada itu, Mustafa cuba mengelak daripada berdepan pihak media selepas majlis selesai, sebaliknya berkata "sudah-sudah saya dah beritahu, saya tak nak cakap apa-apa, saya dah serah kepada peguam, itu saja dan tidak berbaloi kalau saya bagi komen."
  
Selepas itu, Mustafa masuk ke dalam kenderaannya dan beredar. - Bernama

Baca Artikel Penuh DISINI

Friday, 12 April 2013

Video Seks Mustapha Ali...Camnie ke Orang PAS??

Video memaparkan seorang Perempuan disyaki bukan warganegara bersama (melakukan hubungan seks) dengan Dato' Mustafa Ali. Durasi video tersebut hampir lebih kurang 11 minit 25 saat.

Klik Haprak News untuk artikel penuh berserta Video.