Showing posts with label hadi awang. Show all posts
Showing posts with label hadi awang. Show all posts

Tuesday, 23 April 2013

Kerajaan BN Jaga Kebajikan Rakyat - Hadi

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara selama ini menjaga kebajikan kepada rakyat.

Katanya, kerajaan memerintah melaksanakan pelbagai program berteraskan kebajikan seperti membina masjid, membantu golongan miskin, membina stadium dan sebagainya.

“Kita tidak nafikan apa yang dilakukan kerajaan BN untuk kebajikan rakyat,” katanya berucap di hadapan kira-kira 700 penyokong yang hadir pada ceramah umum di Kerteh, malam tadi.

Bagaimanapun, katanya pemerintahan BN juga tidak lepas daripada salah dan silap.

“Tak kan ‘tadok silap dan saloh’ selama 50 tahun BN memerintah dan Yang Maha Suci adalah Allah Taala tetapi kita sebagai manusia tetap ada salah dan silapnya,” katanya.

Hadi berkata, sesiapa sahaja yang menjadi kerajaan akan bertanggungjawab membina pelbagai kemudahan dan prasarana untuk rakyat begitu juga dengan PAS.

Sementara itu, beliau meminta semua penyokong parti itu supaya menerima duit yang diberikan kerajaan kerana wang pemberian itu adalah hak rakyat.

Wednesday, 17 April 2013

Umno guna 'khadam NGO' menang PRU - Hadi


Abdul Hadi Awang

Di sebalik demam Pilihan Raya Umum ke-13 menghampiri hari penamaan calon, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa Umno, yang menurutnya "sangat gelabah" dengan perkembangan mutakhir, sedang menggunakan khadam kalangan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menarik undi Melayu Islam di kawasan-kawasan bukan Islam.

Kata beliau, tindakan pendek politik seumapam itu hanya berjaya untuk memenangkan MCA, MIC, Gerakan atau Umno yang sedang  bergelumang dengan kemungkarannya.

Hadi merujuk kepada NGO Islam seperti Isma yang bertanding atas nama Berjasa dan meletakkan calon-calon yang ditandingi bukan Islam.

Penamaan calon akan berlangsung Sabtu ini.

"Sekiranya kita memahami demografi pengundi dan politiknya, dicampurkan dengan faktor jumlah kerusi yang sangat kecil ini, maka mereka ini perlu faham bahawa tindakan bertanding ini tidak akan membolehkan mereka untuk menegakkan negara atau menjadi pembangkang.

"Tindakan mereka ini hanya berjaya menjadi khadam menyelamat kemungkaran yang sedang berakar umbi," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Hadi menambah, ada kalangan media Melayu Islam mengambil pendekatan menakutkan orang bukan Islam dengan undang-undang syariat seperti hudud dan lain–lain tanpa penjelasan hikmat, proses kehakiman dan caranya yang adil.

Malah, kata beliau, ada juga yang mengambil pendekatan semangat perkauman dan agama untuk memecahkan Pakatan Rakyat dengan sikap sangat bersimpati terhadap Pas, pada hal merekalah tangan yang menzalimi penyokong Pas selama ini.

"Dalam masa ini, wujud satu lagi golongan yang mendakwa ingin menarik undi Melayu Islam di atas nama Islam, tetapi tujuannya nyata untuk memenangkan BN bukannya memenangkan Islam.

"Mereka hanyalah sekadar khadam kepada BN Umno atau askar upahan dan sebagainya. Hakikatnya mereka hanya bertanding di sejumlah kecil kerusi sahaja, dan kawasannyanya hanya sekangkang kera yang tidak boleh bertanam dan membina rumah," kata beliau lagi.

Hadi berkata, NGO sedemikian bertanding bukan bertujuan untuk menang dan mendokong suara Islam dengan berani dan tegas, tetapi untuk memberi kemenangan kepada kebatilan yang telah berlalu lebih daripada lima puluh tahun, bermakna sejak belum mereka dilahirkan ke dunia.

Kata beliau, "kalau kail hanya sejengkal, jangan memancing di lautan yang dalam."

"Politik dalam Islam adalah amanah besar,  perlu dipelajari dan difahami kalau mahu berpolitik berlandaskan Islam dan matlamatnya.

"Ketahuilah bahawa politik Islam itu ada hukum dan feqahnya, seperti juga feqah sembahyang, haji dan zakat," kata beliau lagi.

Sehubungan itu Hadi yang akan bertanding mempertahankan kerusi Marang berkata, "marilah kita sama-sama bandingkan dengan amanat (bekas Perdana Menteri) Tun (Dr) Mahathir Mohamad, 'lebih baik berkawan dengan syaitan yang dikenali daripada berkawan dengan malaikat yang kita tidak kenali."

Justeru beliau bertanya, "bolehkah berkawan dengan parti yang politiknya dipisahkan daripada Islam?"

"Adapun orang yang bukan Islam pula, terdapat juga di kalangan mereka yang diizinkan oleh ALLAH untuk kita bekerjasama dengan mereka, di atas sifat dakwah dan kemanusiaan sejagat yang diwajibkan ke atas masyarakat madani dengan syarat-syarat yang dinyatakan oleh ALLAH dan Rasulnya SAW bagi menegakkan adil terhadap semua.

"Fahamilah feqah politik Rasulullah SAW sebelum tegaknya negara bersama dengan sahabatnya yang setia dan ikhlas bersama Islam, dan bersama bukan Islam seperti Abu Tholib, Mut’im bin ‘Adi dan lain-lain yang belum Islam dan tidak bermusuh atau tidak keras kerana masih ada sifat–sifat kemanusiaan.

"Rasulullah SAW mengizinkan Abu Bakar RA menggunakan khidmat seorang bukan Islam ketika berhijrah yang sangat memerlukan ciri keselamatan, seterusnya bertahaluf dengan kalangan bukan Islam ketika menegakkan negara di Madinah," kata beliau lagi.

Barisan Nasional yang memerintah sejak pilihan raya umum pertama telah mengumumkan calonnya semalam dan beberapa nama hari ini.
Pas, komponen PR, telah mengumumkan beberapa nama sebelum ini dan dijangka mengumumkan senarai penuh hari ini atau esok.

Sumber

Sunday, 14 April 2013

Isu Video Sex : Hadi Awang Nafi Penglibatan Mustafa Ali


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini terus menafikan penglibatan Mustafa Ali dengan rakaman video seks yang kini tersebar di internet sebaliknya mendakwa ia hanyalah lakonan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu.

Abdul Hadi turut mendakwa, Setiausaha Agung Pas itu sudah uzur sehinggakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini menunaikan solat secara duduk.

Justeru beliau berkata, mereka yang menghasilkan rakaman tersebut sepatutnya
"menggunakan pelakon yang lebih muda" dan bukannya seperti yang dipaparkan dalam rakaman tersebut. - UTUSAN ONLINE

Pas Umum Calon di Sabah - Hadi Awang


Pas nampaknya enggan menunggu keputusan pemimpin pakatan rakyat dalam menamakan calon yang akan bertanding di Sabah pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini.
  
Ketika Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim belum memuktamadkan senarai calon parti itu di Sabah berikutan pertindihan permintaan untuk beberapa kerusi tertentu di kalangan pakatan pembangkang, Pas hari ini mengumumkan akan bertanding di dua kawasan parlimen dan sembilan kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun).
  
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu mempertaruhkan bekas Pesuruhjaya Pas negeri Hamzah Abdullah di Parlimen Batu Sapi manakala Ketua Pemuda Kalabakan Usman Madeali bagi Parlimen Kalabakan.
  
Beliau mengumumkan nama-nama calon parti itu di Sabah selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan beberapa calon di Pejabat Perhubungan Pas di sini.
  
Anwar pada sidang akhbarnya di Kota Kinabalu semalam berkata: "Keputusan mengenai pemilihan calon diputuskan oleh pemimpin-pemimpin parti pakatan pembangkang di negeri ini".

Pakatan pembangkang di negeri ini dianggotai PKR, DAP, Pas dan dua pertubuhan bukan kerajaan iaitu Angkatan Perubahan Sabah (APS) pimpinan Datuk Wilfred Bumburing dan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang diterajui Datuk Seri Lajim Ukin.
  
Pada pilihan raya lepas, Pas tidak meletakkan calon bagi kerusi Parlimen, manakala dua calon yang diturunkan untuk kerusi Dun iaitu Sukau dan Merotai tewas.
  
Abdul Hadi berkata Pas akan meletakkan dua calon wanita untuk kerusi Dun iaitu Danseh Queck@Karman (Pitas) dan Fatmawati Mohd Yusuf (Tanjung Batu) manakala tujuh lagi ialah calon lelaki iaitu Awang Laiman Ikin@ Aban (Tampasuk), Hamid Ismail (Tanjung Aru), Ahdah Sulaiman (Sukau), Kasman Karate (Kunak), Hasai Tudai (Bugaya), Ahmad Dullah (Merotai) dan Daud Jalaluddin (Sebatik).
  
Sementara itu, Lajim pada sidang akhbar di sini hari ini berkata PPS diperuntukkan sekurang-kurangnya empat kawasan Parlimen dan 14 kerusi Dun, dan calon parti itu akan bertanding atas tiket PKR.
  
"Bagaimanapun, kemungkinan dua daripada calon dari PPS akan menggunakan lambang Pas iaitu mungkin di Bugaya dan Sukau," kata Lajim sambil membayangkan beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Beaufort dan DUN Klias.

Lajim berkata senarai penuh calon Parlimen akan diumum oleh Anwar manakala calon-calon DUN khususnya PKR akan diumum selewat-lewatnya Selasa.
  
Di JERANTUT, Pahang, Pas negeri itu mengemukakan dua muka baharu dan mengekalkan seorang muka lama sebagai calonnya di kawasan Parlimen Jerantut.
  
Ahli Majlis Syura Pas Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu akan menamakan calon muda Yohanis Ahmad, 35, di Dun Pulau Tawar, Zakuan Ahmad Badaruddin, 34, di Dun Tahan dan mengekalkan Dr Hamzah Jaafar, 48, di kawasan Parlimen Jerantut. - Bernama