Showing posts with label PRU13. Show all posts
Showing posts with label PRU13. Show all posts

Thursday, 18 April 2013

Khalid Ibrahim Terkejut Bila Billlboard Majlis Daerah Sabak Bernam Ada Unsur Promosi Calon BN???



Sebelum ini, blog Jawa Bernam melaporkan bahawa billboard milik Majlis Daerah Sabak Bernam di atas asalnya berwajah Sultan Selangor. Demi kempen PRU13, wajah Sultan telah digantikan dengan wajah MB Selangor TS Khalid Ibrahim.

Kemungkinan besar, sekali lagi Khalid Ibrahim akan mengarahkan MDSB membuat pindaan terhadap billboard berkenaan.

Alasan yang bakal diberikan oleh Khalid ialah moto PBT berkenaan 'Beriman Dan Budiman' yang terpampang di billboard berkenaan punya unsur promosi dan menyokong calon BN DUN Sungai Panjang.

Siapakah calon BN Sungai Panjang yang terletak dalam pentadbiran MDSB?

Calon berkenaan ialah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi (foto bawah).


Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Teguh



Kepada calon yang dicalonkan itu kita ucapkan tahniah. Kita yakin pemilihan itu amat tepat, walaupun ada 'soksek' di sana-sini. Sebagai manusia susah untuk dipuaskan segalanya.

Mungkin juga ada yang mahu melihat kejutan dalam Pilhan Raya Umum ke-13 ini, namun tidak ada kejutan. Mungkin ada yang mahu melihat Ummi Hafilda melawan abangnya melawan abangnya Azmin Ali atay Ezam Mohd. Nor menentang bekas bosnya Anwar Ibrahim di Permatang Pauh, tapi ia tidak terjadi

Namun sama ada strategi pemilihan calon itu betul atau tudak, kita tunggu dan lihat. Sama ada pengundi mahu mengundi mereka, juga kita tunggu dan lihat.

Apa pun kita percaya percaturan undi kali ini masih menjadi penentuan mutlak. Jika calon yang dipilih itu terbaik sekali pun, tetapi jika pengundi tidak mahu memberi, maka akan kalahlah calon itu. Jika pengundi enggan memberi kemenangan kepada sesuatu parti itu, maka kalahlah parti itu.

Corak pemikiran orang Melayu kini sudah berubah, Jika selama inimereka berpecah kepada beberapa bahagian, kini mereka mulai sudah bertaut semula. Tapi benarkah mereka sudah bertaut? Benarkah orang Melayu sudah kembali bersatu. Atau jurang itu semakin besar?




Terdapat pula dalam kalangan bangsa kita yang lahir di tengah kemakmuran dan tidak pernah tahu ataupun tidak mahu mengambil tahu betapa sukar dan peritnya perjalanan yang perlu kita lalui untuk sampai ke tahap ini.

Akibatnya, rasa syukur dan terima kasih tidak wujud. Yang wujud cuma rasa tidak puas hati yang disogok dengan aliran pemikiran Barat yang mahukan kebebasan mutlak tanpa memikirkan akibatnya kepada adat ream dan agama kita.

Maka hilanglah jati diri dan terhakislah kesedaran politik yang secara langsung membawa kepada terhakisnya kuasa politik itu sendiri.

Melayu kini bukan seperti Melayu pada tahun-tahun kepada perjuangan untuk menuntut hak, keseimbangan dan kesaksamaan antara kaum. Alhamdullilah kini kita telah mempunyai sebuah instituasi seperti UiTM hasil daripada perjuangan orang terdahulu.

Tanpa mereka, tanpa perjuangan mereka itu, mungkin perjuangan atau struggles itu akan terus berlaku sehingga ke hari ini.

Namun, suasananya kini sidah berbeza. Melayu kini, menurut Tun Dr. Mahathir ialah "ramai yang tidak sedar kedudukan mereka terancam dan kerana itu tidak perlu kepada perpaduan melahan ada yang menyokong perpecahan".

Kata-kata itu bukan kosong. Ia amat bererti kepada kita semua hari ini. Angka-angka statistik tidak pernah berbohong. Keputusan PRU-12 pada 2008 adalah realiti dan kenyataan. Penganalisis politik menyifatkan penolakan orang orang Melayu khususnya sebagai satu Tsunami Politik yang cukup hebat dalam sejarah politik tanah air.

Orang Melayu telah menolak kerajaan semasa yang mendukung  mereka selama ini. Sama ada mereka menolaknya disebabkan oleh faktor-faktor semasa ataupun tidak, ia bukan satu persoalan, tetapi hakikatnya mereka telah menolaknya.

Orang Melayu pula dalam masa yang sama terlalu ego dengan pegangan dan fahaman masing-masing. Melayu UMNO, Melayu PAS, Melayu PKR dan segelintir Melayu. DAP terlalu taksub dengan ideologi kemelayuan, keislaman, keadilan dan kesaksamaan mereka.

Kesimpulannya, sama ada kita suka atau tidak, proses kematangan politik Malaysia sedang berjalan.

PRU-13 ini, yang disifatkan oleh permerhati politik sebagai mother of all elections akan menjadi sati lagi penyaksian, testimoni dan keterangan kepada satu lagi persimpangan, untuk orang melayu.Sumber

BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH!!!
AYUH, PERTAHANKAN BARISAN NASIONAL AGAR TERUS MENTADBIR KERAJAAN!!!

Wednesday, 17 April 2013

Umno guna 'khadam NGO' menang PRU - Hadi


Abdul Hadi Awang

Di sebalik demam Pilihan Raya Umum ke-13 menghampiri hari penamaan calon, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa Umno, yang menurutnya "sangat gelabah" dengan perkembangan mutakhir, sedang menggunakan khadam kalangan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menarik undi Melayu Islam di kawasan-kawasan bukan Islam.

Kata beliau, tindakan pendek politik seumapam itu hanya berjaya untuk memenangkan MCA, MIC, Gerakan atau Umno yang sedang  bergelumang dengan kemungkarannya.

Hadi merujuk kepada NGO Islam seperti Isma yang bertanding atas nama Berjasa dan meletakkan calon-calon yang ditandingi bukan Islam.

Penamaan calon akan berlangsung Sabtu ini.

"Sekiranya kita memahami demografi pengundi dan politiknya, dicampurkan dengan faktor jumlah kerusi yang sangat kecil ini, maka mereka ini perlu faham bahawa tindakan bertanding ini tidak akan membolehkan mereka untuk menegakkan negara atau menjadi pembangkang.

"Tindakan mereka ini hanya berjaya menjadi khadam menyelamat kemungkaran yang sedang berakar umbi," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Hadi menambah, ada kalangan media Melayu Islam mengambil pendekatan menakutkan orang bukan Islam dengan undang-undang syariat seperti hudud dan lain–lain tanpa penjelasan hikmat, proses kehakiman dan caranya yang adil.

Malah, kata beliau, ada juga yang mengambil pendekatan semangat perkauman dan agama untuk memecahkan Pakatan Rakyat dengan sikap sangat bersimpati terhadap Pas, pada hal merekalah tangan yang menzalimi penyokong Pas selama ini.

"Dalam masa ini, wujud satu lagi golongan yang mendakwa ingin menarik undi Melayu Islam di atas nama Islam, tetapi tujuannya nyata untuk memenangkan BN bukannya memenangkan Islam.

"Mereka hanyalah sekadar khadam kepada BN Umno atau askar upahan dan sebagainya. Hakikatnya mereka hanya bertanding di sejumlah kecil kerusi sahaja, dan kawasannyanya hanya sekangkang kera yang tidak boleh bertanam dan membina rumah," kata beliau lagi.

Hadi berkata, NGO sedemikian bertanding bukan bertujuan untuk menang dan mendokong suara Islam dengan berani dan tegas, tetapi untuk memberi kemenangan kepada kebatilan yang telah berlalu lebih daripada lima puluh tahun, bermakna sejak belum mereka dilahirkan ke dunia.

Kata beliau, "kalau kail hanya sejengkal, jangan memancing di lautan yang dalam."

"Politik dalam Islam adalah amanah besar,  perlu dipelajari dan difahami kalau mahu berpolitik berlandaskan Islam dan matlamatnya.

"Ketahuilah bahawa politik Islam itu ada hukum dan feqahnya, seperti juga feqah sembahyang, haji dan zakat," kata beliau lagi.

Sehubungan itu Hadi yang akan bertanding mempertahankan kerusi Marang berkata, "marilah kita sama-sama bandingkan dengan amanat (bekas Perdana Menteri) Tun (Dr) Mahathir Mohamad, 'lebih baik berkawan dengan syaitan yang dikenali daripada berkawan dengan malaikat yang kita tidak kenali."

Justeru beliau bertanya, "bolehkah berkawan dengan parti yang politiknya dipisahkan daripada Islam?"

"Adapun orang yang bukan Islam pula, terdapat juga di kalangan mereka yang diizinkan oleh ALLAH untuk kita bekerjasama dengan mereka, di atas sifat dakwah dan kemanusiaan sejagat yang diwajibkan ke atas masyarakat madani dengan syarat-syarat yang dinyatakan oleh ALLAH dan Rasulnya SAW bagi menegakkan adil terhadap semua.

"Fahamilah feqah politik Rasulullah SAW sebelum tegaknya negara bersama dengan sahabatnya yang setia dan ikhlas bersama Islam, dan bersama bukan Islam seperti Abu Tholib, Mut’im bin ‘Adi dan lain-lain yang belum Islam dan tidak bermusuh atau tidak keras kerana masih ada sifat–sifat kemanusiaan.

"Rasulullah SAW mengizinkan Abu Bakar RA menggunakan khidmat seorang bukan Islam ketika berhijrah yang sangat memerlukan ciri keselamatan, seterusnya bertahaluf dengan kalangan bukan Islam ketika menegakkan negara di Madinah," kata beliau lagi.

Barisan Nasional yang memerintah sejak pilihan raya umum pertama telah mengumumkan calonnya semalam dan beberapa nama hari ini.
Pas, komponen PR, telah mengumumkan beberapa nama sebelum ini dan dijangka mengumumkan senarai penuh hari ini atau esok.

Sumber

Wednesday, 3 April 2013

3 April : Parlimen Dibubar....


Parlimen dibubar berkuat kuasa hari ini, sekali gus membuka laluan bagi Pilihan Raya Umum ke-13 yang dinanti oleh seluruh negara sejak dua tahun lalu.
Pembubaran diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet.
"Pembubaran ini membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 sejak negara merdeka," kata beliau dalam pengumuman khas yang dibuat dari Pejabat Perdana Menteri dan disiarkan secara langsung menerusi televisyen jam 11.30 pagi.
Pengumuman ini dibuat ketika Najib genap empat tahun menjadi perdana menteri.
Mandat kerajaan pusat akan berakhir pada 28 April ini. PRU12 diadakan pada 8 Mac 2008.
Ini kali pertama pilihan raya umum diadakan selepas genap lima tahun selepas satu-satu pilihan raya umum.
Dalam ucapannya, Najib yang diiringi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau telah menghadap dan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk membubarkan Parlimen Ke-12 hari ini.
Barisan anggota jemaah menteri juga hadir pada majlis pengumuman khas itu.
Najib turut menasihati semua kerajaan negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) masing-masing kecuali Negeri Sembilan dan Sarawak, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak.
Dun Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan. Sarawak pula telah mengadakan pilihan raya umum negeri pada April 2011.
Berikutan pengumuman pembubaran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat untuk menetapkan tarikh hari penamaan calon dan pengundian, lapor Bernama.
Selepas pilihan raya umum ke-12, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan, ekoran kematian dan peletakan jawatan, iaitu enam bagi kerusi parlimen dan 10 kerusi Dun, yang menyaksikan masing-masing lapan kerusi dimenangi BN dan pembangkang.
Pilihan raya kecil Parlimen ialah bagi kerusi Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Hulu Selangor, Sibu dan Batu Sapi manakala pilihan
raya kecil Dun ialah di Bukit Selambau, Batang Ai, Manek Urai, Permatang Pasir, Penanti, Bagan Pinang, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau.
Jumlah pilihan raya kecil berkenaan antara yang terbanyak dalam sejarah pilihan raya negara selepas penggal 1995 hingga 1999 menyaksikan 17 pilihan raya kecil diadakan.
Selepas ucapan khas yang mengambil masa kira-kira 15 minit, Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) bersalam dengan anggota jemaah menteri yang mengenakan tali leher warna merah.