Monday 28 January 2013

Langgar Peraturan : Nasharudin Dipecat??


Keputusan Majlis Syura Ulama' PAS Pusat untuk menggugurkan jawatan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dari jawatan anggota badan tersebut hanya diketahui oleh beliau melalui media.

Menurut Nasharudin, keputusan Majlis Syura itu hanya diketahui melalui laporan media dan tiada saluran rasmi daripada parti yang diperolehi.

"Sehingga saat saya mengirimkan khidmat pesanan ringkas (SMS) ini, saya masih belum menerima sebarang surat menyatakan mengenai perlucutan jawatan tersebut," katanya menerusi SMS di sini hari ini.

Semalam, Majlis Syura Ulama Pas mengumumkan perlucutan Nasharuddin kerana berdasarkan rekod Nasharuddin yang telah melanggar beberapa peraturan jawatankuasa berkenaan.

Sumber

Saturday 26 January 2013

Lawatan Najib Ke Bumi Gaza Kurang Bijak - Anwar


Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat ke bumi Gaza Rabu lalu disifatkan "kurang bijak" oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana gagal untuk mengiktiraf pergerakkan Fatah dan pemimpinnya Mahmoud Abbas.

Ketua pembangkang itu turut membandingkan kesilapan Perdana Menteri terhadap Fatah dengan Presiden Mesir, Mohammaed Morsi dan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdorgan yang mengiktiraf kedua-dua Hamas dan Fatah.

“Najib sememangnya kurang bijak oleh kerana beliau sepatutnya menghubungi kedua-duanya,” katanya kepada pemberita merujuk kepada Abbas dan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh.



Friday 25 January 2013

Zahid Tuntut Ganti Rugi... Saman Rafizi!!!


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berhubung satu artikel di dalam laman blog.

Ahmad Zahid memfailkan writ saman tersebut menerusi Tetuan Majid Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Mengikut pernyataan tuntutan, Ahmad Zahid mendakwa Rafizi menerbitkan artikel fitnah itu di laman blog miliknya iaitu RafiziRamli dotcom.

Ahmad Zahid mendakwa artikel itu adalah tidak benar, palsu dan ditulis dengan niat jahat bagi memberi gambaran negatif berkenaan diri dan pekerjaannya untuk dibaca orang awam.

Katanya, Rafizi mengetahui kesan langsung penerbitan artikel tersebut yang membolehkan ia diterbit semula oleh pihak media termasuk media di laman internet.

Ahmad Zahid turut mendakwa perkataan yang terkandung dalam artikel tersebut membawa maksud bahawa beliau tidak kompeten untuk menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan, menyalah guna kuasa, tidak bertanggungjawap, menyalah guna wang rakyat dan pecah amanah.

Beliau mendakwa tujuan sebenar Rafizi berbuat demikian adalah untuk melupuskan keyakinan orang awam dan gabungan Barian Nasional terhadapnya terutama dalam pilihan raya umum akan datang. 

Ahmad Zahid menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teladan, penarikan penuh segala kata-kata fitnah serta meminta maaf dalam format yang diberikan Ahmad Zahid dan diiklankan dalam empat surat khabar tempatan, empat bahasa selama dua hari.

sumber

Thursday 24 January 2013

Isu PM Ke Gaza - KJ Bidas Kenyataan Nasrudin!!


Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan tidak sepatutnya memperlekeh lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza bagi memberi sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin membebaskan negara mereka daripada Israel.

 Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, Nasrudin sebenarnya iri hati kerana lawatan Perdana Menteri mendapat sambutan luar biasa rakyat Palestin dan pemimpin Hamas.

 Beliau berkata Nasrudin sepatutnya mengetepikan kepentingan politik dengan memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri kerana lawatan itu menunjukkan rakyat negara ini sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin.

 "Sikapnya itu amat tidak matang apabila mencampurkan soal politik dalam negara dengan perjuangan kemanusiaan bagi membebaskan bumi Palestin dan rakyatnya yang dizalimi Israel sejak puluhan tahun lalu," katanya.

Sumber

Wednesday 23 January 2013

Isu Kalimah Allah - PR Kekal Keputusan 8 Jan


Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan, perikatan pembangkang itu tetap dengan pendirian yang diputuskan oleh Majlis Pimpinan Presiden 8 Januari lalu bersabit isu penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu.

Meskipun begitu kata Anwar, pihaknya tidak menolak untuk mengadakan sebarang perbincangan susulan berikutan keputusan Majlis Syura Pas.

"Boleh, kenapa tak boleh bincang. Tapi setakat ini tidak timbul. Setakat ini, ini pendirian Pakatan Rakyat berdasarkan kenyataan yang dibentangkan oleh Hadi Awang dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang lalu (8 Januari)," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Awal minggu lalu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa semua pihak termasuk pimpinan PR menerima keputusan Majlis Syura bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

Nik Aziz berkata, perkara itu tidak perlu ditimbulkan semula setelah Majlis Syura menetapkan larangan penggunaan kalimah yang eksklusif bagi orang Islam itu diterjemahkan mana-mana kitab agama bukan Islam kerana salah dari segi maknanya.

Majlis Syura membuat keputusannya pada mesyuarat 13 Januari.


Sumber

Friday 18 January 2013

Akhirnya Rosmah Mengaku Beli Cincin RM24 Juta?


Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menafikan bahawa beliau memiliki cincin seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak pembangkang.

 Menurut Rosmah, beliau mengakui bahawa cincin tersebut masuk ke dalam negara ini, tetapi bukan untuk dirinya tetapi bertujuan untuk pameran.

 "Saya berani bersumpah, cincin itu tidak ada di tangan saya langsung...memang (cincin) masuk tetapi untuk dipamerkan kepada orang yang berduit.

 "Saya tahu,dia (pembangkang) punya program utama adalah untuk menghentam saya. Tapi saya hanya berserah pada Allah.

 

Monday 14 January 2013

Solat Pelbagai Arah....Apa Teruk #KL112 nie!!!

Apa nak jadi peserta #KL112 ni??? Solat pon salah kiblat....


Ni jadinya Kalau Ketua tak betol.... Peserta pon turut serta tak betol!! 
APA PON TAK BOLEH!!


JOM LAYAN VIDEO PULAK!!

Wednesday 9 January 2013

PAS Sudah Tiada Persefahaman Lagi...



Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib tegas dengan pendiriannya sebelum ini bahawa penggunaan kalimah Allah khusus untuk orang Islam dan penganut agama lain tidak berhak untuk menggunakannya.
Penegasan itu sekaligus bercanggah dengan pendirian pakatan pembangkang pada Selasa seperti diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam tetapi tidak wajar disalahguna oleh pihak lain terhadap masyarakat Islam sehingga menimbulkan kekeliruan.
Namun demikian menurut Harun pula, penggunakan kalimah Allah merupakan soal akidah umat Islam yang perlu dipertahankan dan penganut agama lain termasuk Kristian harus dilarang sama sekali daripada menggunakan kalimah itu dalam apa jua keadaan.
"Bukan Islam tak boleh guna (kalimah Allah) sebab mereka tak percaya kepada Allah. Perkataan 'God' dalam Bible bermaksud Tuhan. Kalau mereka kata mereka juga percaya kepada kewujudan Allah, maka dengan sendirinya mereka tak boleh menggunakan Bible, kena guna al-Quran.
"Kalau mereka percaya kepada kewujudan Allah, maka berimanlah kepada Allah. Mengapa masih menganut Kristian," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.
Selain itu menurut Harun, penggunaan kalimah Allah dalam Bible dikuatiri akan merosakkan akidah generasi akan datang.
"Sekarang mungkin tak timbul masalah, tapi masa depan macam mana? Kalau Kristian pun pakai kalimah Allah iaitu nama tuhan orang Islam...ia akan menimbulkan kecelaruan. Ini sangat bahaya," tegasnya.
Menerusi sidang media khas pakatan pembangkang pada Selasa, Abdul Hadi berkata Pakatan Rakyat mempertahankan keputusan dua tahun lalu untuk membenarkan kalimah itu digunakan penganut agama lain.
Katanya, Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah itu dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal seperti dalam al-Quran.
Sementara itu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membuat ketetapan bahawa kalimah Allah yang khusus untuk umat Islam tidak boleh digunakan di negeri itu oleh mana-mana agama bukan Islam.
Polemik penggunaan kalimah Allah muncul semula apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam perutusan Krismas pada 24 Disember lalu menggesa kerajaan membenarkan penggunaan kalimah itu dalam Bible bahasa Melayu memandangkan ia dibenarkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu.

Thursday 3 January 2013

Anwar Pengecut, Guna Rafizi - Deepak


KUALA LUMPUR, 3 Dis - Ahli perniagaan permaidani Deepak Jaikishan kecewa dengan tindakan Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan tidak berani tampil kehadapan membantunya walaupun beliau telah melakukan beberapa pendedahan sebelum ini. 

Deepak turut kecewa dengan sikap Anwar yang didakwa mempergunakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli untuk menyampaikan perkara itu."Saya sangat menghargai media yang menyokong saya tetapi saya tidak nampak perkara ini daripada pembangkang. 

"Saya telah memaklumkan minggu lalu hasrat agar Anwar tampil menyokong saya secara terbuka dan tidak menggunakan platform 'penafian' tidak pernah berjumpa dengan saya."Malangnya beliau tidak tampil kehadapan malahan menggunakan Rafizi sebagai orang tengah, dan saya tidak menghargai tindakan ini," katanya. 

Beliau turut berkata sekiranya Anwar jujur dan ikhlas, beliau tidak seharusnya meletakkan Rafizi sebagai perantara dan membiarkan Pengarah Strategi PKR itu melakukan pendedahan dokumen-dokumen bukan miliknya."Saya mahu Anwar berani tampil kehadapan," tegas Deepak. - KLPOS