Thursday 28 February 2013

Siapa Arah Bunuh Altantuya : BALA GAGAL KEMUKA BUKTI ... Sebarkan FAKTA Ini




Mengapa P.Balasubramaniam masih lagi GAGAL MENGEMUKAKAN BUKTI mengaitkan DS Najib dalam isu pembunuhan Altantuya

A) Kenyataan Balasubramaniam A/L Perumal (Bala) dalam siasatan kes kematian Altantuya –

i) Telah beri percakapan kepada pihak polis. Polis tidak memasukkan ceritanya berkenaan Najib. Percakapannya kepada polis tidak nyatakan apa – apa berkenaan Najib.

ii) Percakapan telah dibaca semula dan diterangkan. Beliau diberitahu hak untuk membuat pindaan atau tambahan. Beliau telah mengakui benar dan menandatangani pernyataan tersebut. (Sebagai bekas anggota polis, beliau tahu hak beliau untuk menyatakan segala keterangan dengan benar dan mengubah percakapan jika ada)

iii) Balasubramaniam telah memberi keterangan sebagai saksi dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Beliau tidak langsung memberi keterangan berkaitan penglibatan Datuk Seri Najib. Beliau telah disoalbalas oleh peguambela dan tidak terdapat sebarang keterangan berkaitan perkara tersebut.

iv) Dalam keterangan Bala di Mahkamah dalam kes pembunuhan Altantuya, isu RM50,000.00 diminta oleh Altantuya bersama 3 tiket kapalterbang ke Mongolia sebagai syarat Altantuya tidak membuat laporan polis terhadap Razak Baginda.

v) DPP tidak tanya sebab Bala tak sebut apa – apa berkenaan Najib. Bala telah berkhidmat sebagai anggota polis selama 17 tahun dan jawatan terakhir adalah di Cawangan Khas.


B) Perakuan Bersumpah (SD) Balasubramaniam -

i) SD1 dibuat pada 3/7/2008.
ii) SD2 dibuat pada 4/7/2008.




C) Kenyataan Suresh A/L Subramaniam –


i) Pada bulan Mei 2008 beliau berjumpa dengan Bala di sebuah PubBulldog di Hartamas. Di sana beliau telah diperkenalkan dengan beberapa orang termasuk Ahli Parlimen Sivarasa dan peguam Amrick Singh Sidhu. Mereka membincangkan kes Altantuya dan bertanya sama ada beliau tahu tentang kes tersebut.



Suresh menyatakan beliau tidak terlibat dalam ke situ. Mereka meminta Suresh untuk membuat Pernyataan Bersumpah (SD)untuk mengaitkan Timbalan Perdana Menteri dengan Razak Baginda dalam kes Altantuya. Suresh menyatakan beliau tidak berminat dengan cadangan mereka.



ii) Pada 2/7/2008, Bala meminta bantuan Suresh untuk menghantarnya ke Corus Hotel di hadapan KLCC. Dalam perjalanan telah singgah di DUO Residency yang mana Bala mengambil satu envelope yang ditinggalkan oleh peguam Amrick Singh. Bala memaklumkan “something big is going on tomorrow”. Suresh telah menonton berita dan mendapati Balasubramaniam telah membuat pengakuan bersumpah melibatkan Timbalan Perdana Menteri yang mana semasa tersebut Dato Seri Anwar Ibrahim berada di sebelah Bala.

iii) Selepas itu, Bala menghubungi Suresh menyatakan beliau takut dan telah pergi bersama ke pejabat Amrick Singh di Ampang. Amrick Singh memujuk Bala agar jangan takut dan meminta pembantu Bala bernama Suras Kumar juga membuat Penyataan Bersumpah bagi mengaitkan TPM dengan Altantuya dan Razak Baginda. Suras enggan walaupun Amrick Singh menyatakan akan membincangkan bayaran kepada Suras kemudiannya.

iv) Bala telah memaklumkan kepada Suresh bahawa pihak Amrick Singh dan PKR telah menjanjikan RM700,000 dan peluang perniagaan kepada Balasubramaniam bagi membuat Penyataan Bersumpah tersebut. Bala juga menyatakan beliau bersetuju memberi Penyataan Bersumpah tersebut kerana marahkan pihak polis yang telah menangkap beliausemasa siasatan kes Altantuya dan menyebabkan pendapatannya hilang.

v) Berkaitan RM50,000 Suresh dimaklumkan oleh Bala bahawa Altantuya mengugut untuk mendapatkan jumlah wang tersebut, jika tidak Altantuya akan mencolek anak Razak Baginda.


D) Kenyataan Suras Kumar (Pembantu Bala dalam tugas sebagai penyiasat persendirian) -

i) RM50,000.00 – Altantuya sendiri memaklumkan kepada beliau bahawa Altantuya memerlukan wang itu untuk merawat anak dan emaknya serta membayar hutang.

ii) Sepanjang bertugas dengan Bala, beliau tidak pernah dimaklumkan apa –apa tentang penglibatan Datuk Seri Najib.


E) Kenyataan Abdul Razak bin Abdullah (Razak Baginda) -


Dalam penyataannya kepada pihak polis, beliau menafikan dan menyatakan tidak memberitahu Bala sepertimana dalam SD1 mengenai penglibatan Datuk Seri Najib.


F) Penyataan Bersumpah Kedua -

i) Menurut Bala, dalam siasatan peguam Arulampalam yang menyediakan Penyataan Bersumpah (SD2) tetapi disangkal oleh peguam tersebut. Bala menyatakan bahawa dia bertemu dengan peguam Arulampalam pada 3/7/2008 di Lotus dan peguam tersebut yang membawa ke Hotel Prince pada 4/7/2008. Manakala peguam tersebut menyatakan dia bertemu kali pertama dengan Bala di Prince Hotel atas permintaan Bala dan di situ, Bala menunjukkan SD2 tersebut dan Bala memberitahu dia bahawa dia membuat atas paksaan (duress), oleh kerana itu Bala hendak menarik balik SD1.

ii) Menurut Bala lagi, beliau membuat SD2 kerana marahkan pihak PKR mengadakan kenyataan akhbar sepanjang penyataan SD1 bagi mempolitikkan perkara tersebut. Sebaliknya Peguam Amrick Singh Sindhu dan peguam Sivarasa menyatakan bahawa Bala sendiri bersetuju membuat kenyataan akhbar tersebut.


G) Perjumpaan di The Curve –

i) Dalam kenyaaan Bala, beliau menyatakan terdapat 6 orang hadir dalam perjumpaan tersebut iaitu Bala, Suresh, Deepak, Dhanesh, Datuk Nazim dan isteri Datuk Nazim.

ii) Suresh menafikan ada perjumpaan di The Curve pada malam3/7/2008.

iii) Dhanesh Jaikishan A/L Jaikishan Rewathand menafikan ada hadirperjumpaan tersebut.

iv) Deepak menafikan ada perjumpaan tersebut.

v) Datuk Nazim juga menafikan berlakunya perjumpaan tersebut.


H) Keterangan Pegawai – 

Pegawai polis yang menjalankan soal siasat ke atas Bala dalam kes Pembunuhan Altantuya. Mereka menafikan bahawa Bala ada menyatakan penglibatan Datuk Seri Najib dalam kes berkaitan Altantuya.



Fakta-fakta di atas adalah penyebab mengapa P.Balasubramaniam sehingga kini GAGAL MENGEMUKAKAN SEBARANG BUKTI. 

Rakyat perlu mengetahui dengan jelas setelah lama menghilangkan diri, P.Balasubramaniam muncul di saat-saat akhir sebelum berlangsungnya pilihanraya umum.

Ini bukan andaian namun hakikat sebenar permainan politik licik Anwar Ibrahim dan PKR untuk menjatuhkan DS Najib sejak beliau memangku jawatan Timbalan Perdana Menteri lagi. SUMBER 

BUKTI Balasubramaniam GAGAL kemukakan bukti. SINI

Monday 25 February 2013

Muhyiddin cabar Hadi keluar fatwa BR1M haram


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mencabar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sama ada berani mengeluarkan fatwa mengharamkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno turut mencabar pemimpin tertinggi Pas itu mengeluarkan satu lagi fatwa bahawa mereka yang menerima BR1M juga haram.
   
"Jika mereka tidak haramkan ini bermakna apa yang dilakukan oleh kerajaan ini adalah kerja amal dan untuk membantu rakyat supaya lebih sejahtera, bahagia, dan boleh gunakan bantuan itu untuk menguruskan keperluan keluarga mereka," katanya.  - Bernama

Saturday 23 February 2013

Penduduk Bangkit Cabar Khalid & Azmin!!


Warga Lembah Keramat mencabar Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Othman Omar untuk mengadakan pertemuan dengan penduduk setempat.

Pengerusi Badan Bertindak Projek Datum Jelatek Saleh Samad mendesak kepimpinan tertinggi Selangor dan pihak PKNS untuk bersemuka dengan penduduk bagi menyelesaikan kemelut projek Datum Jelatek yang mendatangkan kemarahan penduduk



"Kami cabar mereka (Menteri Besar Selangor, Azmin Ali, Othman) datang ke kawasan ini.

"Jika dia tidak datang maknanya dia tidak berani. Datang untuk bersemuka dengan kita, jangan jadi seperti kebudak-budakkan," katanya kepada pemberita selepas Himpunan Bantah Datum Jelatek 1.0 di sini hari ini.


Friday 22 February 2013

Najib yakin calon BN diterima rakyat


Datuk Seri Najib Tun Razak yakin rakyat akan menerima sesiapa sahaja yang menjadi calon Barisan nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti kerana rakyat percaya kepada dasar transformasi kerajaan yang baik.
"Saya melihat sambutan rakyat sangat menggalakkan kerana mereka sudah yakin bahawa dasar transformasi yang dibawa oleh BN boleh menguntungkan rakyat dan menjamin masa depan yang jauh lebih baik," kata perdana menteri yang juga pengerusi BN, pada sidang media selepas perjumpaan dengan pemimpin BN negeri dan Majlis Tertinggi komponen BN Sarawak di sini hari ini.

Najib, yang mengakhiri lawatan kerja tiga hari ke Sarawak, berkata BN harus mengambil kira penerimaan calon dalam kalangan rakyat atas faktor itu.

"Saya sudah sedikit sebanyak memutuskan tentang senarai calon. Tunggu dan lihat bila tiba waktunya nanti," katanya.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak akan terburu-buru dalam menentukan sama ada 'calon terus' BN akan dinamakan untuk bertanding di mana-mana 31 kawasan parlimen Sarawak.
Dengan sokongan kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang juga pengerusi BN Sarawak, Najib percaya BN boleh membawa perubahan yang lebih besar kepada Sarawak dan memastikan rakyat mendapat dan menikmati perubahan itu.
Mengenai persiapan BN negeri menghadapi PRU-13, perdana menteri berkata pada keseluruhannya BN Sarawak telah melakukan usaha yang membawa kepada tahap persiapan yang baik bagi jenteranya.
Beliau berkata pemimpin BN juga bersemangat tinggi untuk melakukan yang terbaik dengan membawa kemenangan yang besar kepada BN pada kali ini.
"Penerimaan calon pun kita kena ambil kira supaya rakyat senang hati dengan calon yang diletak oleh BN," katanya.

Sumber

Thursday 21 February 2013

Kemelut Datum Jelatek 1 : Pembinaan Lebuhraya Bakal Singkir Penduduk Setempat

 

Pembangunan pesat meningkatkan lagi penambahan jumlah kenderaan di sesebuah kawasan lebih-lebih lagi untuk sebuah pembangunan perumahan strata atau perumahan bertingkat yang melebihi dua puluh tingkat akan meningkatkan lagi permasalahan ini.

 Kapasiti parkir kereta selalunya disediakan oleh pihak pemaju bergantung kepada status pembangunan serta keperluan penghuni sesebuah pembangunan. Jumlah yang diperuntukkan adalah bergantung kepada jenis rumah, dan permintaan daripada individu itu sendiri.

 Pembangunan Datum Jelatek di Lembah Keramat memperuntukkan empat blok berketinggian sehingga 39 tingkat menempatkan 674 unit kediaman pelbagai saiz, termasuk empat tingkat podium tapak penjualan, unit pejabat kelas A, dewan, skybar, dan restoran makanan mewah.

 Lot-lot parkir diletakkan di tingkat bawah tanah setinggi tiga tingkat. Setiap unit rumah diberikan antara satu hingga empat lot parkir bergantung kepada saiz dan harga sesebuah rumah yang bermula dari RM 699 888 hingga RM 11 593 888.

 Sebagai contoh, unit rumah jenis studio berkeluasan 538 kaki persegi dengan harga RM 699 888 diperuntukkan 1 lot parkir begitu juga bagi unit rumah jenis 1 bilik tidur atau 1+bilik belajar berkeluasan 743 hingga 1 168 kaki persegi setiap satu.

 Bagi unit rumah dua dan tiga bilik tidur pula akan memperoleh dua atau tiga lot parkir kereta dengan harga rumah bermula dari RM 1 656 888 hinga 4 688 888


Menurut perangkaan, sekiranya setiap lot parkir ini di isi penuh, sejumlah lebih dari 3 000 unit kereta akan menghuni setiap lot parkir. Tidak termasuk bagi sesebuah keluarga yang memiliki kenderaan melebihi dari jumlah tersebut dan melepasi kuota yang dibenarkan oleh pihak pemaju.

Perangkaan ini mungkin tidak terlalu besar memandangkan bangunan ini mungkin mampu untuk menampung jumlah kenderaan dengan menyediakan lot parkir tambahan sebagai back-up plan.

Tetapi ianya cukup besar bagi penduduk Lembah Keramat yang padat dan seringkali menghadapi kesukaran dalam menempuhi kesesakan lalu lintas lebih-lebih lagi pada waktu puncak.

Melihat kepada struktur jalan di kawasan sekitar tapak projek tersebut, Jalan Enggang yang menyediakan jalan dua hala, satu lorong bagi setiap hala digunakan penduduk Lembah Keramat setiap hari di tambah dengan penempatan penduduk sekitar yang turut menggunakan jalan tersebut sebagai laluan utama untuk ke Pusat Bandar.

Jalan dua lorong sehala yang menghubungkan terus ke Lebuhraya Bertingkat Ampang - Kuala Lumpur (AKLEH) sentiasa sibuk dengan kenderaan pada kebanyakan masa.

Tapak projek berkeuasan 5.5 hektar itu jelas tidak mampu untuk menampung keluasan jalan raya sebesar yang dijangka, tambahan pula kawasan penduduk yang mampat menyukarkan lagi pembinaan lebuhraya tersebut.

Penduduk setempat bimbang sekiranya Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menggunakan tapak kediaman mereka sebagai lokasi tambahan untuk mendirikan lebuhraya bagi menampung aliran trafik yang bakal bertambah sekiranya projek itu diteruskan.

Dakwa penduduk, kawasan yang pasti akan dirobohkan bagi tujuan itu adalah Jalan Enggang, bangunan berdekatan Bengkel MARA serta lot-lot bunglow disekitarnya. Kawasan yang majoritinya adalah kaum melayu bumiputra membantah sekeras-kerasnya sekiranya rumah mereka di robohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan lebuh raya.

Namun, sekiranya pihak PKNS tetap juga ingin meneruskan pojek tersebut, maka penduduk terpaksa akur dengan perintah pihak berkuasa yang tampak lebih mementingkan pelaburan daripada kebajikan dan tanggungjawab kepada masyarakat.

Sumber :- KLPOS






Tuesday 19 February 2013

Muhyiddin: Dasar BN kuat banding Pakatan

Barisan Nasional (BN) memiliki dasar kepimpinan yang kuat untuk terus menerajui negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 Beliau berkata, keadaan itu jauh berbeza berbanding Pakatan Rakyat (PR) yang dilihat sering bertelagah mengenai sesuatu isu.


Mengambil contoh konflik perebutan kerusi di Johor antara PKR dan DAP pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Muhyiddin yang juga Pengerusi BN Johor mengaggap perkembangan terbaru itu menunjukkan pembangkang tidak mempunyai hala tuju dan paduan yang sama.

 “Perkara ini sudah lama berlaku, menggelegak dalam diam, kalau soal kerusi pun tak selesai, nanti bila timbul benda (masalah) lain, bergaduh pula.

 “Jadi ini jelas, mereka tidak memberi gambaran sebagai parti pembangkang dengan baik, hala tuju dan dasar mereka tiada paduan yang sama,” katanya pada sidang media program Himpunan Rakyat 1Malaysia di Dataran Pusat Kegiatan kemas, di sini, hari ini.

 Terdahulu, Muhyiddin menyampaikan replika kunci unit kedai kepada sembilan peniaga di Pasar Awam Sungai Siput di bawah projek Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan membabitkan kos RM938,000.

 Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Pengerusi BN Sungai Siput, Datuk Seri Samy Vellu dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk K Devamany dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe.

 Mengulas lanjut, Muhyiddin menganggap, kemasukan bekas Naib Presiden MCA, Datuk Dr Chua Jui Meng sebagai Ketua PKR Johor masih belum berupaya untuk menggugat kedudukan Johor sebagai kubu kuat Umno dan BN.

 Katanya, pergolakan yang berlaku dalam kepimpinan PR menyebabkan keyakinan rakyat semakin goyah. “Dia (Jui Meng) orang PKR, tetapi rakyat tidak berapa yakin dengannya, apatah lagi keyakinan rakyat kepada pimpinan itu semakin goyah.

 “Johor tempat sejarah Umno bermula, kedudukan kita kini semakin kuat hasil sokongan rakan kompenan lain dan kita cukup yakin dapat mempertahankan kedudukan di Johor,” katanya.

 Laporan media menyebut, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa campur tangan bagi menyelesaikan kemelut perebutan kerusi di negeri Johor. Desakan itu berikutan rasa tidak yakin pimpinan DAP terhadap kepimpinan PKR negeri dibawah pimpinan Jui Meng.

 PR di Johor sebelum ini dikatakan tidak berdepan sebarang masalah dalam menyelesaikan masalah kerusi sehinggalah bekas Menteri Menteri Kesihatan itu menyertai mereka pada 2009.

 Sumber daripada Sinar Harian.

Friday 15 February 2013

Datum Jelatek ... Khalid Ibrahim BAKAL GANTUNG DIRI!!

 

 Datum Jelatek adalah antara projek mega Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang telah dirancang sejak tahun 2010.

Pembangunan itu akan melibatkan kawasan tapak flat kos rendah seluas 2.4 hektar milik PKNS.


 Dalam satu sidang akhbar yang diadakan pada 9 Februari 2010 , Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Pengerusi PKNS pada ketika itu berkata pembangunan itu akan tetap menempatkan semula penghuni asal flat di samping para pembeli baru untuk mendiami apartment mewah. Dalam sidang akhbar itu juga, Khalid berkata 90% daripada 650 penghuni di empat blok flat yang akan dirobohkan bersetuju untuk projek itu dilaksanakan. 

 Walau bagaimanapun jumlah pampasan yang akan diberikan hanya diumumkan pada Mac 2010. 

 Pada 4 October 2012, Datum Jelatek telah dilancarkan di Marina Bay Sands, Singapura dan dibuka untuk pembelian. Rujukan dari laman web untuk jualan unit-unit di Datum Jelatek menunjukkan unit termurah yang ditawarkan untuk Bumiputera berharga SGD 301,924 iaitu lebih kurang RM 754,810 dengan mengambilkiran kadar tukaran wang pada RM 2.5 untuk SGD 1. 

 Manakala harga paling tinggi ialah SGD 3,739,611 iaitu lebih kurang RM 9,349,027 . Pelancaran Datum Jelatek yang dibuat di Singapura dilihat seperti usaha untuk menarik pembeli-pembeli dari negara jiran itu. 

  Sumber

Tuesday 12 February 2013

Layak ke Anwar Jadi PM?


Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh sekali lagi menegaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

 Beliau menyifatkan dakwaan kononnya Majlis Syura Pas menolak Anwar bagi menduduki jawatan berkenaan sebagai satu spekulasi.

 "Pilihan DAP adalah Anwar Ibrahim dan saya fikir pilihan ini akhirnya akan disokong Pas dan PKR kerana Anwar Ibrahim paling layak," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
SUMBER