Thursday 12 September 2013

Jenice : Pemilihan Semula CEC Bercanggah Perlembagaan DAP


Kongres Khas Pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP perlu ditangguhkan kerana didakwa bercanggah dengan perlembagaan parti.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, Jenice Lee Ying Haa berkata, Pemilihan CEC partI tidak boleh dianjurkan dalam mana-mana majlis selain dari Kongres Kebangsaan parti.

"Sekiranya DAP tidak mengikut seperti yang termaktub dalam Perlembagaan parti, Pendaftar Pertubuhan (ROS) berkemungkinan besar akan sekali lagi mempersoal pemilihan terbaharu itu," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Utusan Malaysia hari ini.

Beliau juga mempersoalkan tindakan pimpinan DAP yang mengambil langkah secara drastik bagi menganjurkan Kongres Khas itu.

Katanya, tindakan sedemikian bakal mengundang risiko terhadap parti yang berhadapan dengan tindakan ROS.

"Mengapa perlu tergesa-gesa mengadakan pemilihan semula? Ikutlah seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Jika segelintir pemimpin DAP begitu lantang bersuara meminta semua pihak mematuhi undang-undang, mengapa tidak mereka sendiri?

"Dalam perlembagaan sudah tertulis perbezaan antara Kongres Kebangsaan dan Kongres Khas, pemilihan CEC tidak boleh dibuat atas platform Kongres Khas. Jangan biar ROS ambil tindakan lagi," ujarnya.

Jenice merujuk laporan laman portal Roketkini yang mendakwa, DAP akan mengadakan Kongres Khas 2013 di Hotel One World, First Avenue, Petaling Jaya, Selangor 29 September ini, mulai jam 10 pagi bagi memilih 20 anggota CEC.

BN korban subsidi rakyat demi IPP



Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli membidas tindakan kerajaan mengurangkan subsidi bahan api petrol dan diesel sebanyak RM3.3 bilion setahun yang disalurkan kepada kira-kira 28 juta rakyat Malaysia sedangkan subsidi kepada syarikat korporat khususnya penjana tenaga bebas tidak terjejas.

Beliau mendakwa kerajaan BN cuba menyembunyikan angka sebenar pemberian subsidi kepada rakyat sambil memberikan gambaran palsu untuk menutup pembayaran subsidi kepada penjana bebas terbabit.
 
"Kerajaan memberi gambaran seolah-olah keadaan ekonomi negara dalam keadaan yang sangat sesak.
 
"Ramai tidak tahu dan kita kadang kala terkeliru dengan propaganda yang dibuat BN, sebab itu banyak berlaku manipulasi yang sehingga kini belum lagi diterangkan kepada rakyat dengan baik," katanya pada Forum 20 Sen di Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya, di sini, malam tadi. 
 
Beliau berkata demikian mengulas langkah kerajaan pada 3 dan 5 September lalu yang menaikkan harga bahan api petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen serta RON97 sebanyak 15 sen seliter.
 
Selain itu katanya, subsidi yang diberikan kepada rakyat jauh lebih rendah berbanding subsidi yang diperuntukkan kepada syarikat korporat.
 
"Setiap tahun kerajaan akan memperuntukkan subsidi gas sebanyak RM8 bilion kepada penjana bebas, subsidi gas-RM5-RM6 bilion kepada industri dan RM4-RM5 bilion untuk pampasan konsesi tol yang berjumlah RM17-RM19 bilion.
 
"Belanja subsidi yang diberikan kepada syarikat-syarikat besar setiap tahun adalah tersembunyi dalam subsidi rakyat dan ia digunakan sebagai alasan untuk menaikkan harga minyak," katanya. 
 
Rafizi menegaskan sewajarnya kerajaan memotong peruntukan tersebut terlebih dahulu sebelum memotong subsidi minyak kepada rakyat.
 
Tambahnya pada 2009, jumlah subsidi petrol dan diesel hanyalah berjumlah RM9.9 bilion daripada RM20 bilion, manakala bakinya adalah untuk kegunaan LPG, gas dan elektrik oleh pihak industri.

Migrasi Belia Tidak Jejas Pembangunan Setempat

Masyarakat digesa agar tidak melihat penghijrahan belia sebagai menjejaskan pembangunan di kawasan pilihan mereka.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, migrasi belia itu dilakukan bagi mencari pekerjaan yang menjadi antara kunci utama dalam memajukan negara.

"Untuk bergerak ke hadapan sebagai negara maju, negara harus memastikan golongan belia yang perkasa berada di tengah-tengah usaha pembangunan.

"Ini juga satu cara memastikan belia memperoleh pendapatan tinggi yang akan meningkatkan taraf hidup mereka dan keluarga," katanya dalam ucapan pelancaran Dialog Antarabangsa Melaka ke-13 bertema 'Youth Migration: A Step From Heaven' (Migrasi Belia: Selangkah Sebelum Kesenangan) di sini hari ini.
Sumber

Sunday 1 September 2013

Lelaki Mengamuk Rampas Bendera Sang Saka Malaya!

Seorang lelaki telah bertindak merampas beberapa helai bendera 'Sang Saka Malaya' yang dikibarkan sekumpulan penyokong pembangkang di Dataran Merdeka malam tadi. Terbaik lah!! Biadap sangat nak tukar bendera Malaysia...