Monday 24 December 2012

Pendirian DAP - Tidak Wajar Sekat Guna Kalimah Allah.


DAP menggesa Kerajaan Persekutuan yang diketuai Barisan Nasional (BN) membenarkan perkataan ALLAH digunakan dalam semua Bible berbahasa Melayu seperti yang dibenarkan di Sabah dan Sarawak.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, gesaan ini dibuat kerana kerajaan sering melaungkan bahawa mereka mesra rakyat yang membawa keamanan, kemakmuran berlandaskan prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi serta integriti.

 Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media sempena sambutan Hari Krismas hari ini yang disambut oleh penganut agama Kristian seluruh dunia.

 “Selain membenarkan perkataan ALLAH seperti yang digunakan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan ribuan tahun di negara Timur Tengah, BN juga harus menghentikan taktik menakutkan pengundi Melayu dengan mendakwa negara Kristian akan tertubuh di negara ini.
-  Sumber

Saturday 22 December 2012

Aksi Porno Speaker Dun! apa nak jadi???



Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak khususnya wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) gempar menerima sampul surat mengandungi dan cakera padat video (VCD) didakwa memaparkan Speakar Dun, Datuk R Ganesan bersama seorang wanita dalam aksi yang mengaibkan.

Adun Tronoh, V. Sivakumar berkata, sampul berkenaan turut mengandungi helaian kertas bertarikh 27 Julai 2012 yang memaparkan laman portal berita berhubung isu skandal seks MIC melibatkan Ganesan.

Menurutnya, sampul surat berkenaan turut diterima Adun Buntong, A. Sivasubramaniam dan ia turut mengandungi VCD serta helaian laman portal yang memaparkan isu skandal seks yang sama.

“Kami agak terkejut setelah menerima sampul surat yang berisi kandungan sedemikian. Apatah lagi, ia diterima ketika sidang dewan sedang berjalan.

“Bagaimanapun, demi menjada nama baik Dewan yang mulia ini kami daripada pihak pembangkang mengambil keputusan untuk menyerahkan sampul berkenaan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media hari ini.

Sivakumar dan beberapa barisan pimpinan PR Negeri kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh berhubung perkara berkenaan selepas itu.

Dalam pada itu, Ganesan menafikan terlibat dalam aksi yang didakwa dipaparkan dalam VCD itu.

Katanya, dakwaan itu bertujuan mengaibkan kedudukan beliau sebagai Speaker Dun.


sumber : sinar harian

Friday 30 November 2012

UCAPAN NAJIB : PAKATAN RAKYAT SEPERTI CACING KEPANASAN!!!

Video penuh ucapan dasar presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak begitu lantang mengesa rakyat malaysia untuk terus mempertahankan maruah negara daripada DILACURKAN oleh pakatan rakyat.

 

Thursday 15 November 2012

Anwar Sambut Awal Muharram Di Kuil Hindu....



Sewajarnya rakyat Malaysia yang memegang pelbagai penganut Agama menyelar tindakan seorang Pemimpin No. 1 Pembangkang bernama Anwar Ibrahim. Semakin lama semakin liar menyalahgunakan Agama sesuka hatinya demi tarikan sokongan peribadi merampas Putrajaya.

Lihat sahaja gambar tertera di atas. Apa yang cuba diperlakukan Pemimpin ini? Adakah masyarakat Hindu sanggup membenarkan Anwar menghina agama tersebut dengan menjalani aktiviti agama melibatkan seorang individu yang beragama Islam?

Dan tidakkah ianya turut jelas bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri? Mana pemimpin2 Islam dari PAS dan PKR yang sanggup bersubahat dengan beliau, yang didakwa bakal Perdana Menteri Malaysia? 

Beriya2 mahu mempamerkan diri jaguh rakyat jelata mengutuk amalan rasuah? Memang salah seseorang itu merasuah. Akan tetapi adakah tingkah laku Anwar ini lebih terpuji dari amalan rasuah? Dengan tuduhan tanpa bukti terus ditanam persepsi jahat sedemikian rupa. Adakah tindakan Anwar ini tidak berdosa di sisi Agama melainkan rasuah semata2?

Jangan cuba kaburi mata rakyat. Kelak kamu memakan diri Anwar. 'SYABAS' buat PAS. Teruskan subahat kamu itu. Kalau disebabkan tingkah laku ini menyebabkan Anwar berjaya menawan Putrajaya, ianya satu sejarah paling menghinakan yang bakal tercatat dalam sebuah Negara di Malaysia.

Tiada sejarah paling mulia tercatat dalam Negara melainkan perjuangan UMNO pada akhirnya, berjaya merealisasi kemerdekaan Negara. Dengan cara dan pendekatan yang bermaruah di sisi Agama dan Negara.

Wednesday 14 November 2012

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor Semakin Kalut - Mak Lampir Zuraida Diarah Jalankan Tugas Pengerusi MAIS!



Dalam ceramahnya di Taman Dagang Fasa 1, Ampang, Ketua Wanita PKR merangkap Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin memberitahu hadirin seolah-olah beliau ialah Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Daerah Gombak.

Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa dalam memantapkan organisasinya, MAIS telah melakukan decentralisation dengan mewujudkan MAIS peringkat daerah. MAIS peringkat daerah dipengerusikan  oleh Orang Besar Daerah, dan Pegawai Daerah sebagai Timbalan Pengerusi, sementara Pegawai Agama Islam Daerah pula secara automatik duduk sebagai Setiausaha MAIS Daerah.

Dibawah Seksyen 103, Enakmen No. 1 Pentadbiran Agama Islam Selangor dengan jelas memperuntukkan:-

"Dalam pelaksanaan tugas-tugas mereka, Pegawai Masjid hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan Majlis."

Istilah 'Majlis' dalam klausa di atas adalah ditafsirkan sebagai Majlis Agama Islam Selangor (rujuk kepada Sekysen 2, enakmen berkenaan).

Tonton dan amati video di bawah, yang memaparkan keangkuhan Zuraida yang takbur, seolah-olah beliau lebih berkuasa dari Orang Besar Daerah yang merupakan Pengerusi MAIS Daerah.



Sumber

Thursday 8 November 2012

Ahmad Maslan dakwa Izzah ‘jurucerita’ Anwar

Datuk Ahmad Maslan menyifatkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah sebagai "jurucerita" kepada bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dikenali sebagai orang yang menyokong fahaman pluralisme.

Ahmad yang ditemui Sinar Harian Online ditanya berhubung kontroversi terbaru yang melibatkan Ahli Parlimen Lembah Pantai, yang merupakan anak kepada ketua pembangkang Parlimen Malaysia itu. 
“Jadi anak dia...jurucerita lah,"kata Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno.
Nurul Izzah semalam mengarahkan dua peguamnya untuk mengambil tindakan ke atas dua akhbar dan beberapa blog berkaitan isu kebebasan beragama yang disifatkan beliau sebagai berbaur fitnah. 
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkemungkinan memanggil Nurul Izzah berhubung kenyataannya yang menyebut rakyat tidak harus dipaksa mengamalkan ajaran tertentu termasuk kepada orang Melayu.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata, "daripada laporan kenyataan itu memang sah dia menyebut itu dan setakat ini saya tidak mendengar penafian dia menyebut perenggan itu.
“Perenggan yang dia sebut itu mempunyai implikasi yang cukup besar dan sehingga dia menafi bahawa perenggan itu dia tidak sebut, pada saat dan ketika ini, saya mengatakan bahawa beliau telah tersalah sebut sesuatu yang sungguh dahsyat,"kata Ahmad lagi. 
Ahmad menasihati pemimpin PKR itu agar peka bahawa "di Malaysia ini, orang Melayu adalah orang yang beragama Islam mengikut Perlembagaan. Kalau dia bukan beragama Islam, dia bukan Melayu. Ini pelik, hanya (negara) kita sahaja yang mengaitkan bangsa dengan agama.Negara lain tidak ada. 
“Negara kita unik, dia kena faham ini. Orang Arab ada yang Kristian. Tetapi orang Melayu di Malaysia, selagi dia hendak dipanggil Melayu, tak boleh Kristian,” katanya.
“Tidak ada paksaan dalam beragama, ayat itu kalau kita hendak memaksa orang bukan Islam, masuk Islam memang tidak boleh. Tetapi kalau orang itu sudah Islam, dia kena amalkan ajaran Islam,” jelasnya lagi.
Justeru ujar Ahmad, pihak pembangkang tidak seharusnya meletakkan beban kesalahan ke atas media apabila mereka sendiri mengeluarkan kenyataan itu sama ada ia benar atau tersalah sebut. 
Media tidak akan bertindak memanipulasi isu sebesar ini tanpa sebarang bukti apatah lagi untuk entiti yang sering berhadapan dengan kes saman, mereka ini pastinya lebih berhati-hati, kata Ahmadyang juga Ketua Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional.
“Dalam kes Nurul Izzah ini, saya yakin akhbar-akhbar yang melapor itu sudah mendapat maklumat yang sahih,” tambah Ahli Parlimen Pontian ini.

Wednesday 7 November 2012

Tanding di Pekan Jika Benar Anwar Anak Jantan!


Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di kawasan Parlimen Pekan pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

"Saya cabar Anwar menentang Najib di Pekan, kita nak tengok setakat mana kemampuan dan keberanian beliau membohongi rakyat Pahang dengan pelbagai isu fitnah," katanya.

Dipetik menerusi laman web Umno Cheras, Syed Ali berkata, sepatutnya Anwar sendiri yang mencabar Najib jika beliau benar-benar 'anak jantan' dan bukannya mencadangkan pemimpin pembangkang lain.

Semalam, Anwar mencabar Najib menentang penyandang kerusi Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul hadi Awang yang juga merangkap Presiden Pas.

"Jika Anwar anak jantan dan bukannya pengecut, saya cabar beliau bertanding sama ada di kerusi Parlimen Pekan atau pun di Marang (Terengganu)," ujarnya.

Tuesday 6 November 2012

Zul Nordin Cabar PAS Bidas Nurul Izzah!



Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin mencabar PAS menentang pandangan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar di sebuah laman portal berbahasa Inggeris mengenai hak kebabasan memilih agama yang tidak terhad kepada orang bukan Islam sahaja sebaliknya hak itu juga diberikan kepada orang melayu yang beragama Islam dalam kenyataannya baru-baru ini.

Bekas Pemimpin PKR itu mempersoal pendirian PAS yang dahulu menentang penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) ketika beliau mengetuai bantahan cadangan penubuhan IFC satu masa dahulu.

"Disini saya ingin mengambil kesempatan iaitu mempersoal dimana pendirian PAS kerana semasa IFC dicadangkan dahulu oleh Majlis Peguam dan badan bukan kerajaan (NGO), PAS mengambil sikap yang sangat keras termasuk saya yang mengetuai bantahan itu sehingga ahli PAS yang menyokong penubuhan itu diheret ke makhamah lalu dijatuhkan hukuman.

"Adakah pendirian PAS sama iaitu menentang IFC sekarang bermakna mereka (PAS) mestilah menentang apa yang dicadangkan oleh Nurul Izzah," katanya kepada pemberita.



Monday 5 November 2012

#ALAHAII KESIAN!!! Hanya 5Ribu Hadir Himpunan Kebangkitan Rakyat..Kata 50Ribu?

Jom kita layan video dibawah



Pakatan sekali lagi menabur janji menipu rakyat Malaysia. Janji 2008 pon belum ditunaikan... lagi mahu berjanji dengan RAKYAT!!

Sunday 4 November 2012

#ISUSELANGOR - 40 Keluarga Tagih 'Sokongan' Anwar, Azmin & Nurul Izzah Untuk Selamatkan Kediaman Mereka?


Hampir 40 buah keluarga di Kampung Sepakat Jaya, Batu Caves dekat sini menarik nafas lega apabila PejabatTanah Daerah Gombak (PTDG) menangguhkan kerja-kerja merobohkan rumah 'setinggan' mereka yang dijadualkan semalam.

Biarpun operasi meroboh itu ditangguh, penduduk pada mulanya gusar dengan kehadiran jentolak yang akan digunakan untuk merobohkan rumah mereka serta anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Namun, setelah rundingan hampir dua jam dilakukan antara wakil penduduk dan wakil PTDG, operasi tersebut ditangguhkan pada pukul 12 tengahari sebelum kesemuanya bersurai. Wakil penduduk, Ibrahim Ahmad, 60 berkata, mereka pernah melakukan permohonan secara berkelompok pada 2007 kepada PTDG untuk meneroka kawasan itu bagi membina penempatan.

Namun, ujarnya, permohonan tersebut ditolak sebelum mereka bertindak meneruskan pembinaan rumah pada 2009 setelah mendapat 'sokongan' daripada pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Nurul Izzah Anwar.

"Ketika ini sudah 27 daripada 40 keluarga membina rumah di kawasan seluas 1.2 hektar ini, tetapi baru-baru ini penduduk menerima notis daripada PTDG agar mengosongkan kawasan ini dalam tempoh lima hari.

"Alasan mereka adalah kami menceroboh tanah kerajaan, tetapi penduduk juga telah membayar cukai tanah kepada PTDG berjumlah RM46,000 sejak tahun lalu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ibrahim Ahmad (tiga dari kanan) dan beberapa wakil penduduk lain berbincang dengan seorang pegawai dari PTDG (berbaju putih bertopi) mengenai operasi merobohkan rumah di Kampung Sepakat Jaya, Batu Caves, Selangor semalam.

Difahamkan, kawasan tersebut telah dirancang untuk dijadikan kawasan Kompleks Pelancongan Gua Damai yang telah digazetkan oleh kerajaan PKR Selangor.

Seorang lagi penduduk, Ahmad Bakar, 63 berkata, rumah yang baru dibinanya di kawasan itu menelan kos sehingga RM120,000 selepas permohonan untuk tinggal di perumahan kos rendah di Selayang Mulia tidak diluluskan beberapa tahun lalu.

"Semua wang simpanan saya dan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) digunakan untuk membina rumah ini serta sedikit bantuan pemberian anak-anak, sekiranya dirobohkan di mana lagi kami mahu tinggal," katanya.

Sementara itu, Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, sokongan Anwar, Azmin dan Nurul Izzah itu menimbulkan keraguan banyak pihak kerana ia bercanggah dengan tindakan PTDG yang berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

"Saya melihat perkara ini seperti ada yang tidak kena. Jadi Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu bertanggungjawab kerana PTDG hanya akan bertindak mengikut arahan (kerajaan negeri)," katanya ketika hadir bagi menyatakan sokongan kepada penduduk terlibat.

Pegawai Daerah - Tanah bukan milik kerajaan negeri

Tanah di Kampung Sepakat Jaya, Batu Caves yang diceroboh penduduk adalah tanah yang digazetkan sebagai rizab Batu Caves sejak 1930 dan bukannya milik kerajaan negeri.

Pegawai Daerah Pejabat Tanah Daerah Gombak (PTDG), Nor Hisham Dahlan berkata, surat sokongan pemimpin boleh dipertimbangkan sekiranya tanah yang terlibat milik kerajaan negeri.

"Namun, dalam hal ini tanah tersebut telah digazetkan dan tidak boleh dikeluarkan geran. Penduduk pernah diberi penerangan tahun lalu dan diminta menghentikan projek yang baru bermula itu.

"Kami menerima permohonan pada 2007 dan ditolak setahun kemudian, tetapi surat sokongan pemimpin dijadikan alasan untuk mereka meneruskan pembinaan rumah di situ," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, penceroboh yang ingkar dengan arahan itu boleh didakwa mengikut Notis 425, Akta Kanun Tanah Negara yang memperuntukkan denda RM10,000 atau setahun penjara.

Mengulas mengenai cukai tanah yang didakwa telah dibayar oleh penduduk, Nor Hisham berkata, bayaran itu berkemungkinan caj terhadap borang permohonan tanah yang telah dibuat.

"Kami tidak menerima sebarang premium setakat ini dan kami juga tiada cadangan untuk membayar pampasan kepada penduduk memandangkan tanah tersebut diceroboh," katanya.

Ujar beliau, arahan penangguhan kerja-kerja meroboh akan berkuat kuasa sehingga tempoh yang akan ditetapkan dan pihaknya akan mengadakan satu lagi pertemuan untuk mencari penyelesaian.

Sumber Oyabun

Saturday 3 November 2012

Najib Dalam BAHAYA!!!! Ceramah Anwar Di Seremban....


Perhimpunan yang sepatutnya menghimpunkan puluhan ribuan rakyat CINA -MELAYU - INDIA hanya menampakkan MELAYU...MELAYU ....MELAYU SAHAJA! mana Cina ? mana india? kata Himpunan Rakyat?!
Hanya sembahyang di Petronas? Pemilik petronas ini adalah orang UMNO. Alhamdulillah , Inilah UMNO yang selalu dituduh pembangkang sebagai sial dan sebagainya.. Akhirnya Penyokong PAS terpaksalah tumpang surau PETRONAS!! Penganjur tak sediakan tEmpat sembahyang! 



APA LAH YANG DEPA TERUJA SANGAT DENGAN ANWAR AL JUBURI....
Buncit pon tak tahu nak kata apa!!





Tiada Paparan Visual Nedim Nazri Aziz - Apa Cete ni Rafizi??

Sumber

Friday 2 November 2012

Rosmah Tiada Kena Mengena dalam isu Model IFF Tidak Tutup Aurat !!!


Pengasas dan Pengerusi Festival Fesyen Islam (IFF), Datuk Raja Rezza Shah menafikan bahawa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dengan isu gambar yang disebarkan oleh beberapa blog pembangkang berhubung seorang model yang mengenakan pakaian yang tidak menutup aurat. Menurut Raja Rezza, Datin Seri Rosmah merupakan penaung kepada IFF, namun beliau tidak tahu mengenai aktiviti yang dilakukan olehnya sebagai pengasas dan pengerusi IFF.

 "Beliau hanya penaung..tetapi bukan dia yang tetapkan A to Z...dia tidak tahu apa yang saya buat dan bukan semua 'function' yang diadakan dia hadir," ujarnya.

 Tambahnya, Rosmah sering mengingatkan beliau agar pelaksanaan IFF ini memberikan kebaikan kepada masyarakat. "Beliau sering tekankan...make sure it can help people, make sure it can give benefit to people..and please be carefull," katanya kepada KLPOS ketika di temui di kediamannya di Ulu Klang, semalam.

 Beliau berkata demikian ketika menjawab mengenai spekulasi blog pembangkang yang menyebarkan gambar dari sebuah akhbar harian yang memaparkan salah seorang daripada sebahagian model IFF tidak mengenakan pakaian yang sesuai dengan tema festival tersebut pada sidang media diadakan.

 "Mengenai gambar itu, hanya seorang saja yang memakai busana tidak berlengan dan mereka (pembangkang) seharusnya bertanya kepada saya terlebih dahulu.

 Andaikan, wanita itu adalah model saya, dan saya jadikan sebagai konsep untuk menunjukkan perubahan daripada individu yang memakai pakaian terdedah kepada yang menutup aurat.

Tetapi malangnya, dia bukan model saya," katanya. Raja Rezza turut berkata bahawa wanita itu bukanlah tetamu undangannya pada sidang media tersebut tetapi dia datang bersama Persatuan Bencana Negeri Kedah untuk memperagakan selendang pada hari persembahan nanti.

 "Pada sidang media tersebut, terdapat beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang hadir bagi memperjelaskan mengenai kutipan amal yang akan mereka lakukan melalui IFF, dan wanita tersebut hadir bersama salah satu NGO itu.

Saya memang tidak tahu menahu mengenai kehadirannya," ujarnya. Selain itu, Raja Rezza turut difahamkan bahawa wanita tersebut berpakaian begitu (tidak menutup aurat) kerana dia akan melalui proses 'transform' ada hari persembahan fesyen nanti.

 "Inilah, mudah sangat orang kita membuat kesimpulan. Umpama filem yang belum siap, tetapi kita dah cerita mengenai pengakhirannya," katanya.

 Namun begitu, spekulasi yang dimainkan oleh pihak pembangkang itu, bukan perkara yang serius bagi Raja Rezza yang juga merupakan seorang pereka fesyen itu.

 "Saya bersyukur kerana agama kita, Islam ada akhirat menanti. Apa saja fitnah, tuduhan dan sebagainya yang dilemparkan, kita tahu dimana penyudahnya," ujarnya lagi.

 Memiliki kelebihan untuk menarik perhatian negara luar merupakan salah satu faktor Datin Seri Rosmah Mansor dipilih sebagai penaung kepada IFF. Raja Rezza berkata, pemilihan Rosmah sebagai penaung kepada festival yang diasaskan oleh beliau ini merupakan pilihan yang tepat kerana beliau mampu membantu IFF mencapai matlamat yang diinginkan.

 "Saya cakap kepada beliau...fesyen bertudung merupakan platform kepada kita untuk tunjukkan kepada dunia luar bahawa agama Islam ini 'gentle' (lembut).

 Kita boleh gunakan filem, lagu dan bersyarah untuk menyampaikannya, tetapi kami mengambil pendekatan dengan mengadakan persembahan fesyen. Alhamdulillah, beliau setuju untuk menjadi penaung IFF untuk membawa ke tahap yang lebih tinggi," katanya.

 Menurut Raja Rezza, penghargaan perlu diberikan kepada Datin Seri Rosmah kerana walaupun melalui jadual harian yang sibuk, beliau tetap terima pelawaan untuk menjadi penaung IFF. "Saya amat berterima kasih kepada beliau (Rosmah).

Penglibatannya telah memperlihatkan hasil...hasilnya, IFF kini dikenali di serata dunia melalui kenalan dan usaha-usaha yang dilakukan oleh beliau," katanya lagi.



Sumber Dari KLpos