Wednesday, 7 November 2012

Tanding di Pekan Jika Benar Anwar Anak Jantan!


Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di kawasan Parlimen Pekan pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

"Saya cabar Anwar menentang Najib di Pekan, kita nak tengok setakat mana kemampuan dan keberanian beliau membohongi rakyat Pahang dengan pelbagai isu fitnah," katanya.

Dipetik menerusi laman web Umno Cheras, Syed Ali berkata, sepatutnya Anwar sendiri yang mencabar Najib jika beliau benar-benar 'anak jantan' dan bukannya mencadangkan pemimpin pembangkang lain.

Semalam, Anwar mencabar Najib menentang penyandang kerusi Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul hadi Awang yang juga merangkap Presiden Pas.

"Jika Anwar anak jantan dan bukannya pengecut, saya cabar beliau bertanding sama ada di kerusi Parlimen Pekan atau pun di Marang (Terengganu)," ujarnya.

1 comment:

  1. Sebenarnya cabaran untuk Haji Hadi menentang Najib di Pahang adalah strategi Anwar untuk mematikan karier Haji Hadi yang dilihatnya sebagai pencabar untuk menjadi Perdana Menteri jika Pakatan menang PRU13 kelak.Anwar memang licik dan penuh tipu muslihat dalam permainan politik yang menjadi mangsanya kali ini adalah Hadi Hadi jika menolak cabaran Anwar akan kelihatan lemah dan jika menerima cabaran bererti mengali kubur sendiri...

    ReplyDelete