Wednesday, 14 November 2012

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor Semakin Kalut - Mak Lampir Zuraida Diarah Jalankan Tugas Pengerusi MAIS!



Dalam ceramahnya di Taman Dagang Fasa 1, Ampang, Ketua Wanita PKR merangkap Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin memberitahu hadirin seolah-olah beliau ialah Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Daerah Gombak.

Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa dalam memantapkan organisasinya, MAIS telah melakukan decentralisation dengan mewujudkan MAIS peringkat daerah. MAIS peringkat daerah dipengerusikan  oleh Orang Besar Daerah, dan Pegawai Daerah sebagai Timbalan Pengerusi, sementara Pegawai Agama Islam Daerah pula secara automatik duduk sebagai Setiausaha MAIS Daerah.

Dibawah Seksyen 103, Enakmen No. 1 Pentadbiran Agama Islam Selangor dengan jelas memperuntukkan:-

"Dalam pelaksanaan tugas-tugas mereka, Pegawai Masjid hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan Majlis."

Istilah 'Majlis' dalam klausa di atas adalah ditafsirkan sebagai Majlis Agama Islam Selangor (rujuk kepada Sekysen 2, enakmen berkenaan).

Tonton dan amati video di bawah, yang memaparkan keangkuhan Zuraida yang takbur, seolah-olah beliau lebih berkuasa dari Orang Besar Daerah yang merupakan Pengerusi MAIS Daerah.



Sumber

No comments:

Post a Comment

Post a Comment