Monday, 25 February 2013
Muhyiddin cabar Hadi keluar fatwa BR1M haram
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mencabar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sama ada berani mengeluarkan fatwa mengharamkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno turut mencabar pemimpin tertinggi Pas itu mengeluarkan satu lagi fatwa bahawa mereka yang menerima BR1M juga haram.
"Jika mereka tidak haramkan ini bermakna apa yang dilakukan oleh kerajaan ini adalah kerja amal dan untuk membantu rakyat supaya lebih sejahtera, bahagia, dan boleh gunakan bantuan itu untuk menguruskan keperluan keluarga mereka," katanya. - Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment