Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali hari ini
mempersoal surat yang dihantar Presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah
Ismail kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung
calon Menteri Besar.
Azmin, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit
Antarabangsa berkata surat yang dihantar Wan Azizah semalam itu dibuat
tanpa sebarang perbincangan dan persetujuan bersama oleh semua ADUN
parti itu.
"Oleh itu, atas inisiatif rakan-rakan kami telah mengadakan mesyuarat
melibatkan Majlis Pimipinan (PKR) Negeri Selangor petang semalam dan
memutuskan beberapa nama calon yang layak untuk jawatan menteri besar
dan diserahkan kepada Wan Azizah semalam.
"Saya tidak persoalkan keputusan Pas-DAP berhubung calon menteri besar,
tapi saya bimbang tentang keputusan surat yang dihantar ke istana tanpa
terlebih dahulu berbincang dengan Adun PKR lain, yang juga satu
daripada tiga komponen dalam Pakatan Rakyat," katanya pada sidang media
di ibu pejabat PKR di sini.
Azmin berkata, setakat ini semua ADUN PKR yang dipilih oleh rakyat
belum dipanggil bagi mendapatkan pandangan mereka tentang calon menteri
besar, termasuk dirinya.
Beliau juga mengakui konsensus bagi membuat sebarang keputusan dalam
Pakatan Rakyat adalah baik tetapi malangnya perkara itu tidak berlaku di
dalam PKR.
Dalam pada itu, Azmin turut mendesak kepimpinan negeri yang bakal
dipilih melakukan reformasi pentadbiran dengan menggunakan rizab
bernilai RM2.6 bilion dengan bersikap responsif terhadap permasalahan
rakyat seperti isu jalan berlubang, sampah yang tidak dipungut, masalah
bekalan air dan banjir.
Berhubung dakwaan beliau kemaruk jawatan menteri besar, Anggota
Parlimen Gombak itu berkata sekiranya beliau bersikap sedemikian,
jawatan itu telah pun disandangnya sejurus pilihan raya kecil Parlimen
Permatang Pauh pada 2008.
Katanya jawatan itu telah ditawarkan kepada beliau oleh Datuk Seri
Anwar Ibrahim setelah parti sangat tidak berpuas hati dengan kepimpinan
Tan Sri Khalid Ibrahim berikutan amalan demokrasi yang melampau dalam
pentadbiran negeri, namun menolaknya demi menjaga kestabilan parti.
"Saya tegaskan bahawa ini bukan isu Azmin Ali dipilih sebagai menteri
besar, isunya adalah proses pemilihan calon tersebut untuk
dipersembahkan kepada Sultan mestilah melalui perundingan yang telus
seperti dituntut Al-Quran tetapi jelas dalam proses memilih calon
menteri besar, anjuran Al-Quran ini tidak dipatuhi. - Bernama
Benda-benda macam ni biasa berlaku kat opposition! macam DAP EC selection, almost 700 plus indian members were not invited... masalah komputer rupanya... lepas tu propaganda ROS revoke their license... macam orang jahat kat cerita hindustan!
ReplyDeleteKata adil... buat lah pilihan secara adil.. adoyaiii...
ReplyDelete