Thursday, 2 May 2013

Saya Maafkan Mahathir, Tidak Tun Daim - Anwar

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, beliau sedia memaafkan Tun Dr Mahathir Mohamad, bukannya bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.

"Tuan Daim kata lapan tahun Anwar jadi Timbalan Menteri Kewangan, hari-hari dia beri nasihat," kata Anwar ketika menyampaikan perutusan Hari Pekerja di sini, hari ini. Kedua-dua Anwar dan Daim merupakan anggota Kabinet era Dr Mahathir."

Daim pernah menjadi Menteri Kewangan dua kali. Dalam satu wawancara bersama Berita Harian, Tun Daim memberitahu, sewaktu Anwar menjawat jawatan Timbalan Menteri Kewangan, beliau sering meminta khidmat daripada beliau.

Menurut Daim, Anwar hanyalah graduan berkelulusan pengajian Melayu.
"Anwar sering ke rumah saya untuk meminta nasihat mengenai perkara berkaitan Kementerian Kewangan.

"Beliau juga sering membawa saya ke rumahnya untuk makan tengah hari. Ibu saudaranya memasakkan saya lauk kegemaran saya," katanya ketika diwawancara akhbar itu.

Namun menurut Anwar hari ini "kalau aku dengar nasihat hang Tun Daim, aku pun sudah jadi bilionair macam hang," katanya.

Menurut Anwar lagi, jika kerajaan Pakatan Rakyat (PR) berjaya menumbangkan parti pemerintah, Daim akan menerima natijah setimpal daripada perbuatannya itu.

"Saya hendak beritahu tuan-tuan, kita ambil alih kerajaan, semua harta yang diambil secara haram, harta rakyat, wang rakyat, kita pulangkan semula kepada rakyat.

"Tapi Mahathir saya maafkan, ganggu dia buat apa... jangan... jangan.

"Saya biasa duduk dalam penjara, siapa hendak jaga dia," ujar Anwar lagi.

Namun menurut Anwar, kedua-dua pemimpin itu mula turun berkempen di Putrajaya kerana ketakutan mereka terhadap Pakatan Rakyat.

"Bila Datuk Husam turun, Tun Daim terpaksa datang ke Putrajaya. Maknanya begitu pentingnya Husam.

"Kalau dia tak bertanding, Mahathir dan Daim tak akan turun," tambah beliau.

Walau bagaimanapun katanya, beliau tidak mahu mengambil pendekatan menyerang Dr Mahathir secara peribadi bersangkutan kekayaan yang dimilikinya.

"Saya tak nak serang dia (Mahathir) macam mana yang dia buat. Apa lagi yang saya tak buat.
"... Yahudi sudah, Amerika sudah, Al-Qaeda sudah, Arab sudah, Turki sudah, Sulu pula sekarang ini.

"Jadi kalau kita hendak layan... isunya apa? Isunya saya ulang apa Husam kata, dia takut!," ujar Anwar.

Mengambil pendekatan mahu terus melangkah ke hadapan, Anwar berkata kepada Dr Mahathir "tetapi monopoli kontrak Petronas anak kamu mesti ditamatkan serta-merta".
 Sumber

No comments:

Post a Comment