Beberapa pemimpin pembangkang hari ini ternyata tidak dapat menerima hakikat kekalahan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dengan menyatakan kekecewaan masing-masing menerusi laman media sosial.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri menerusi laman twitternya berkata, beliau berada seharian di pejabat hari ini dengan berpakaian serba hitam.
"Hari yang muram untuk demokrasi," katanya.
Anak perempuannya, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan memenangi kerusi Parlimen Lembah Pantai, juga dalam laman twitter berkata:
"Kemenangan moral milik kita berkat usaha rakyat! lawan tetap lawan."
Manakala twitter milik ibunya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pula tidak menyatakan sebarang komen.
Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam blognya, blog.limkitsiang.com mengkritik kenyataan Barisan Nasional (BN) bahawa kemenangan DAP hasil tsunami Cina yang dianggap tidak tepat.
Malah, Kit Siang menganggap hal itu sebagai tsunami Malaysia yang memperlihatkan peningkatkan kerusi Parlimen pakatan pembangkang daripada 82 pada PRU-12 kepada 89 pada PRU-13.
Manakala kerusi Dewan Undangan Negeri telah meningkat daripada 197 buah kerusi pada 2008 kepada 230 pada 2013.
No comments:
Post a Comment