Sunday, 3 March 2013

Kenyataan Kurang Pandai Tian Chua, PM Kutuk Sekerasnya!!!


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengutuk keras kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua yang menuduh insiden tembakan di Lahad Datu Sabah adalah "konspirasi terancang kerajaan Umno".
   
Perdana menteri berkata tuduhan itu adalah mainan politik yang cukup hina oleh pembangkang untuk meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum yang semakin hampir.
   
"Dalam insiden ini mereka tuduh kerajaan bersandiwara. Ini merupakan pembohongan dan pendustaan sangat besar. Sebelum ini dalam isu Memali pun pembangkang tuduh kerajaan sebagai punca.
   
"Kami (kerajaan) tidak berbuat demikian. Dalam soal keselamatan kami tidak sekali-kali mempolitikkannya kerana membabitkan nyawa manusia," kata perdana menteri semasa berucap merasmikan program jelajah 'Janji Di Tepati' peringkat negeri Perlis di sini hari ini.
   
Najib yang melakukan lawatan kerja sehari ke Perlis diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Turut hadir pada pelancaran itu Menteri Besar Datuk Dr Md Isa Sabu.

Perdana menteri berkata manusia yang tiada nilai kemanusiaan dan isi perut sangup melakukan perbuatan keji apatah lagi berdusta dan mereka tidak boleh diterima sebagai pemimpin.
    
"Di Sauk dulu pun dikatakan kita. Di Memali pun kami dimomok. Orang mati di Lahad Datu kita tidak boleh main sandiwara," kata perdana menteri sambil menyatakan bahawa tiada orang sanggup menjadi pelakon untuk mati.
    
"Kita mesti katakan bahawa semua pasukan keselamatan akan dibela kerana mereka menggadai nyawa. Pejuang negara sepatutnya disanjung, bukan dihina dan diperlekeh. Jadi janganlah main politik dalam soal keselamatan," katanya.
    
Najib berkata beliau dan isteri sebak dan sedih apabila berhadapan dengan balu dan anak-anak kedua-dua polis yang syahid dalam berjuang mempertahankan negara itu.
    
"Anak-anak polis yang syahid itu akan membesar tanpa ayah.
    
Sementara itu perdana menteri berkata masanya akan tiba bagi rakyat Malaysia menentukan sebuah kerajaan yang mampu menjaga kepentingan mereka dan menjanjikan masa depan lebih cerah. - Bernama

2 comments:

  1. Ni lah tahap pemikiran pemimpin2 PR. Nampaknya tak da ke pemimpin PAS pun ikut serta atau bagi komen sikit. Sonyap tanda setuju juga la tu.

    ReplyDelete
  2. PAS tak payah nak cakap apa dah, kan tuan2 dia si DAP dah bercakap..darah muslim nampak nya halal utk di persendakan sewenang nya dan PAS sebagai macai mereka hanya boleh mengganguk setuju..

    ReplyDelete