Tuesday 5 March 2013

Lahad Datu : PDRM Dan ATM Mulakan Serangan Ofensif!


Pasukan keselamatan negara yang dianggotai Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memulakan serangan ofensif terhadap kumpulan pengganas yang menceroboh di Lahad Datu sejak jam 7 pagi tadi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, dalam operasi yang masih berlangsung, PDRM dan ATM mendapat tentangan dengan beberapa das tembakan dari pihak musuh.

"Ketika ini, 'moping up' dan penggeledahan di beberapa rumah di kawasan tersebut sedang dijalankan. Demikian itu ketika ini tidak dapat disahkan jumlah kematian ataupun kecederaan dipihak musuh.

Walaubagaimanapun, Alhamdulillah setakat ini tidak ada kehilangan nyawa dari pihak keselamatan iaitu dari pihak PDRM ataupun ATM," katanya dalam sidang media OPS Sulu di Felda Sahabat, Lahad Datu hari ini.
Menurut beliau, serangan tersebut berlaku sekitar 10 kilometer persegi dengan pengkhususan empat kilometer persegi dari Kampung Tanduo.

Tambahnya, rakyat tidak perlu bimbang berikutan operasi ini hanya berlaku di Kampung Tanduo sahaja dan orang ramai perlu memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dengan mematuhi segala arahan yang diberikan.
Beliau turut memberitahu, mana-mana pihak disaran untuk tidak melakukan sebarang spekulasi terhadap kejadian yang berlaku kerana ia bakal menjejaskan operasi yang sedang berjalan.

Sementara itu Panglima ATM menjelaskan, serangan ke atas angkatan tentera Kesultanan Sulu menggunakan beberapa siri letupan tertentu sebelum memasuki sesebuah kawasan bagi memastikan keselamatan pihak berkuasa tempatan.

Beliau walaubagaimanapun enggan mengulas lanjut berikutan operasi tersebut masih berjalan dan tidak boleh mendedahkan kepada umum dan pihak berkuasa telah memastikan tiada orang awam berada di tempat kejadian.

No comments:

Post a Comment