Sunday 31 March 2013

Pakatan Sasar Menang 12 Kerusi Parlimen?? Apa Kata Anda??


Di sebalik kemungkinan pembubaran Parlimen tidak akan menjadi kenyataan dalam waktu terdekat ini, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, peluang bagi Pakatan Rakyat (PR) untuk menguasai 12 lagi kerusi Parlimen "kelihatan cerah."
Perikatan itu mahu menggunakan ruang yang ada untuk mengukuhkan kedudukan menjelang tarikh PRU13.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Kit Siang berkata, pihaknya meletakkan sasaran untuk memperoleh kemenangan di 12 kawasan untuk menang selesa dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Dua belas kerusi marginal yang secara realistik Pakatan boleh menang termasuklah Arau di Perlis; Alor Setar di Kedah; Kuala Nerus di Terengganu; Larut, Kuala Kangsar, Kampar dan Lumut di Perak, Bentong, Raub dan Jerantut di Pahang, Sabak Bernam dan Pandan di Selangor, Rembau di Negeri Sembilan dan Bukit Katil di Melaka," katanya.

Kerusi-kerusi lain termasuklah Dungun di Terengganu; Jerlun di Kedah; Padang Rengas, Tambun, Parit, Tapah, Pasir Salak dan Bagan Datoh di Perak; Temerloh di Pahang; Sepang di Selangor dan Jempol di Negeri Sembilan.

Sebelum ini Kit Siang yang akan bertanding di Gelang Patah kali ini ada mengatakan PR boleh menang sehingga 33 kerusi Parlimen, tambahan kepada 82 yang diperoleh lima tahun lalu.

No comments:

Post a Comment