Menurut sumber perisikan kerajaan Filipina, sama ada waris kesultanan Sulu bertindak sendiri untuk menuntut Sabah atau telah dihasut oleh kuasa luar untuk berbuat demikian, ia perkara yang pasti. Hakikatnya, ia merupakan rancangan di luar keupayaan pihak waris sultan itu.
Menurut sumber tersebut, sememangnya menjadi dasar kerajaan Filipina tidak membangkitkan isu berhubung Sabah.
Tetapi nampaknya sekarang "sesetengah orang" mahu menonjolkan isu berkenaan.
Persoalannya mengapa sekarang? Mengapa pada waktu ini? Itulah yang ingin diketahui oleh pihak perisikan kerajaan.
Menurut sumber tersebut, sememangnya menjadi dasar kerajaan Filipina tidak membangkitkan isu berhubung Sabah.
Tetapi nampaknya sekarang "sesetengah orang" mahu menonjolkan isu berkenaan.
Persoalannya mengapa sekarang? Mengapa pada waktu ini? Itulah yang ingin diketahui oleh pihak perisikan kerajaan.
Sumber-sumber konsisten menyebut tiga kumpulan yang muncul itu telah mengambil kesempatan daripada keputusan kerabat kesultanan Kiram untuk meneruskan tuntutan mereka ke atas Sabah.
"Mereka adalah pihak yang mahu menumpang cita-cita serta tuntutan kesultanan Kiram, berpaksikan kepentingan peribadi tertentu,” kata salah satu sumber.
Sumber lain pula menambah: "Terdapat banyak yang di rasa boleh dimanfaatkan daripada isu ini, bukan sahaja di Filipina, tetapi juga di Malaysia."
Semua ini "faktor luaran," seperti mana sumber-sumber yang diperoleh oleh akhbar ini (Philippine Daily Inquirer) menyifatkan – mereka yang terdiri daripada gabungan kumpulan anti pentadbiran Aquino dan pihak pembangkang politik Malaysia.
“Kerabat kesultanan Kiram telah merancang tuntutan mereka seawal tahun lepas, dan seterusnya bertindak untuk menceroboh di Lahad Datu setelah dipengaruhi kumpulan berkenaan.
"Mereka dikatakan mempengaruhi kerabat kesultanan Kiram supaya menuntut bayaran imbuhan ‘sewa’ yang lebih ke atas Sabah, dan sekiranya Malaysia bersetuju, mereka akan turut memperoleh habuan.
Kumpulan anti-Aquino hanya sekadar ingin memalukan Presiden Aquino, dan sehubungan itu menggunakan proses perdamaian sebagai penyebab kebangkitan sentimen di pihak kerabat kesultanan Kiram.
“Kesemua pihak yang tidak menyukai P-Noy (nama yang sering digunakan terhadap Presiden Aquino oleh rakyat Filipina), telah bergabung tenaga. Ini dilihat sebagai satu cara untuk benar-benar menguji bagaimana pentadbiran beliau memberikan reaksi (terhadap isu seperti ini). Apa jua yang akan berlaku di Malaysia, ia akan memberikan kesan kepada pihak kita,” kata satu sumber.
"Dalam erti kata lain, sesiapa yang mahu mengganggu proses perdamaian atau keuntungan di pihak Presiden Aquino kini setidak-tidaknya telah memperoleh kemenangan," tambah sumber itu lagi.
Kumpulan ketiga didakwa sebagai kumpulan pembangkang politik Malaysia, yang sedang bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum yang mungkin akan dipanggil sebelum Jun.
Pegawai perisikan tersebut berkata bahawa salah seorang ahli politik pembangkang Malaysia yang bersekutu dengan Anwar Ibrahim akan bertanding di Sabah.
"Yang jelas, ahli politik ini adalah salah seorang yang berbincang dengan kerabat kesultanan Kiram. Beliau dikatakan memberi sokongan pembangkang kepada kerabat kesultanan Kiram bagi merealisasikan tuntutan ke atas Sabah, " kata sumber itu.
Mesyuarat November
Sumber itu juga percaya pada mesyuarat mereka November tahun lepas bahawa kerabat kesultanan Kiram telah memutuskan untuk "menuntut Sabah atau sekurang-kurangnya meminta pampasan yang setimpal dengan nilai tanah hari ini, selain supaya keluarga diraja diberikan pengiktirafan yang sewajarnya oleh Malaysia "
Menurut sumber berkenaan, oleh kerana mereka berketurunan Tausug maka mereka terus keras hati, dan berdegil untuk terus menuntut dikembalikan Sabah, walaupun hingga terpaksa ingkar terhadap Presiden Aquino, kata salah satu sumber.
"Ini adalah pendirian terakhir Sultan Jamalul. Sebagai orang Tausug, mereka sudah sebulat hati memutuskan tindakan untuk meneruskan tuntutan mereka. Hakikatnya pada mereka, ini perkara hidup atau mati demi menjaga kehormatan dan berpegang kepada,” sumber yang merupakan seorang pegawai tentera memberitahu Inquirer.
Bagaimana pun, menurut seorang lagi pentadbir keselamatan yang membuat analisis perkembangan sejak tiga minggu lalu, kerabat kesultanan Kiram nampaknya resah sejak kebelakangan ini.
"Mereka keliru. Kerajaan berharap kita boleh membeli lebih banyak masa, mencari satu cara penyelesaian diplomatik,” tambah sumber itu dengan merujuk kepada usaha kerajaan untuk membantu menyelesaikan kebuntuan antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata yang diketuai oleh adik Sultan Jamalul, Agbimuddin Kiram, di Kampung Tanduao, yang telah memasuki minggu ketiga.
Perpaduan Kiram
Sumber The Inquirer diperoleh dari pertubuhan diplomatik dan pertahanan. Mereka meminta supaya dirahsiakan nama mereka kerana tidak dibenarkan bercakap dengan wartawan mengenai analisis perkembangan “penghijrahan pulang kesultanan Kiram ke Sabah.”
Sumber itu berkata kerabat kesultanan Kiram memutuskan untuk bersatu kerana mereka merasakan diri dikecualikan daripada rundingan damai antara pentadbiran Aquino dan Barisan Pembebasan Islam Moro, yang berakhir dengan perjanjian damai awal Oktober lepas.
Menarik perhatian kerajaan
"Pihak Kiram ingin mendapatkan perhatian kerajaan Filipina," kata sumber itu.
"Selama bertahun-tahun, kerabat kesultanan merasakan mereka dieksploitasi dalam politik. Sultan Jamalul didorong untuk bertanding jawatan senator pada 2010, tetapi tewas. Selepas itu pula surat mereka kepada Presiden Aquino (pada 2010 sebelum beliau memegang jawatan) hilang, "kata sumber itu.
Tambah sumber itu lagi, Kiram dan pengikutnya "merancang untuk pergi ke Lahad Datu" pada akhir Januari tahun ini.
"Pada Februari, satu kumpulan kecil pengikut Kiram berlepas ke Lahad Datu, diikuti oleh Raja Muda Agbimuddin," kata sumber itu.
Anggaran 70 senjata api kini di tangan kumpulan yang bertahan di Kampung Tanduao dimiliki oleh penduduk di Lahad Datu, orang Tausug dan Bajau yang memiliki kad pengenalan Malaysia, kata sumber itu.
Pasukan keselamatan Malaysia telah mengepung kumpulan Agbimuddin, tetapi tidak bertindak, malahan melanjutkan tempoh untuk kumpulan Agbimuddin meninggalkan Lahad Datu selama tiga kali, sementara lanjutan tempoh keempat diminta oleh kerajaan Filipina sendiri.
Malaysia Berhati-hati
Menurut sumber yang diperoleh Inquirer, kebuntuan terus berlaku kerana pihak Malaysia begitu berhati-hati berurusan dengan kumpulan Agbimmudin.
"Mereka semua umat Islam dan mereka tahu jika berlaku keganasan, ia akan berlanjutan selama-lamanya. Terdapat 800,000 Filipina di Sabah. Ia akan menjadi satu masalah yang besar di Sabah jika keganasan meletus. Pasukan keselamatan Malaysia mungkin akhirnya terpaksa menghadapi pertentangan dengan gerila atau Rido (antara rumpun), " kata sumber itu, menggunakan istilah Islam untuk perang saudara.
sumber : INQUIRER NEWS
No comments:
Post a Comment