Tuesday 9 April 2013

Kempen fitnah Anwar hanya aibkan diri - Hadi Awang


Cubaan segelintir pihak menabur fitnah ke atas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang semakin hebat menjelang pilihan raya umum, dibidas sekutunya dalam Pakatan Rakyat.

Menjawab pertanyaan peserta Bicara Minda dan Sesi Dialog anjuran Sinar Harian hari ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tumpuan sepatutnya diberikan kepada usaha membangunkan negara dan kebajikan rakyat.

"Tidak elok menjadikan kempen ini gelanggang fitnah. Untuk tegakkan kebaikan rakyat, masa depan negara, itu penting. Sangat penting," tegas Hadi.

Bahkan menurut pemimpin utama Pas itu, budaya politik fitnah dalam siri kempen umpama meminggirkan dasar-dasar ekonomi dan pembangunan yang sepatutnya diutamakan.

"Yang fitnah ini hanya memalukan diri," ujar Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang.

Anwar yang juga ketua pembangkang menerima pelbagai tekanan dan dakwaan skandal seks yang dipaparkan menerusi blog pro Umno, Papa Gomo.

Dalam perkembangan terbaru, Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, telah memutuskan untuk bertanding sebagai calon Bebas menentang Anwar di Permatang Pauh.

Difahamkan, Papa Gomo merancang untuk mendedahkan kesemua salah laku Anwar dalam siri kempen beliau seterusnya menamatkan karier politik Anwar.

3 comments:

  1. sepatutnya pertemukan hadi awang ni dgn bekas2 org kuat pkr yg lebih tahu sape anwar ibrahim sebenarnya....jgn memandai cakap semua ni fitnah!!!....kalau anwar ni betul, apasal ramai tinggalkan pkr dan anwar?...sebab mereka ini mulai sedar dan tahu sikap anwar yg suka ikut belakang...

    ReplyDelete
  2. Kalau dah rasa diri tu difitnah kenapa tak bersumpah menafikan tuduhan tu. Kenapa tak bersumpah dalam mahkamah, dalam masjid ke kat Mekah ke, kenapa, kenapa,kenapa,?????? Membela diri dari fitnah besar tu kan wajib. kenapa berdolak dalik, kenapa,??????

    ReplyDelete