Monday 15 April 2013

Mustafa Ali Patut Letak Jawatan - Mustapa


Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali wajar meletak jawatan dalam parti itu kerana isu video lucah yang dikaitkan dengan beliau membabitkan soal moral dan maruah parti pembangkang itu.
 
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata lazimnya pemimpin politik yang berada dalam situasi serupa akan mengambil keputusan meletak jawatan.
 
"Yang lebih penting ialah perlu menjaga maruah parti," katanya ketika berucap pada program bersama warga peneroka Felda di Chiku Satu dekat sini, hari ini.
 
Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarbangsa dan Industri, berkata sebarang tuduhan mengaitkan Umno dengan isu itu adalah fitnah paling besar.
 
"Memang pemimpin pembangkang sukar menerima hakikat berhubung isu itu walaupun kita (Umno) tidak tahu menahu," katanya.
- Bernama

No comments:

Post a Comment