Sunday 14 April 2013

Wujud Perebutan Kerusi Pembangkang - Hadi Awang


Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui wujud pertelingkahan dalam pakatan pembangkang berhubung pembahagian kerusi Parlimen untuk ditandingi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
  
Beliau menyifatkan perkara itu adalah biasa kerana menurutnya sedangkan dalam satu-satu parti sendiri terdapat lebih daripada satu calon yang ingin bertanding.
  
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di sini hari ini bagi mengumumkan senarai tujuh calon Pas yang akan bertanding di Sarawak, yang menyaksikan wujud pertindihan antara calon Pas dan PR di dua kerusi Parlimen iaitu Julau dan Kota Samarahan.
  
Mereka ialah Ambrose Labang Jamba (Julau), Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (Kota Samarahan), Robby@Muhammad Zaid Tandang (Sibuti), Mohamad Jolhi (Batang Sadong), Ajiji Fauzan (Igan), Jurina Mut (Tanjung Manis) dan Nani Sahari (Mukah).
  
Pada sidang akhbar baru-baru ini, Pengerusi PR Sarawak Baru Bian mengumumkan calon parti itu Dr Ramblam Rahmat bertanding di Kota Samarahan dan Andy Wong Hong Yu di Julau.
  
Mengenai pertindihan itu, Abdul Hadi berkata ia merupakan keputusan Pas pusat. - Bernama

No comments:

Post a Comment