Friday 19 April 2013

PKR tanding 102 kerusi Parlimen 162 Dun - Azmin


PKR akan bertanding di 102 kerusi Parlimen dan 162 kerusi Dun pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, daripada 102 Parlimen, 64 adalah di Semenanjung, 21 (Sabah) dan 17 (Sarawak).

Azmin berkata, senarai calon sudah dimuktamadkan kecuali dua kerusi yang sedang dibincang dengan komponen Pakatan Rakyat (PR).

"Kami jangka baki kerusi akan dimuktamadkan petang ini.

"Kami dalam proses mengadakan perundingan, mahu mencapai penyelesaian terbaik," kata beliau pada sidang media selepas penyerahan watikah pelatikan calon PKR di sini hari ini.

Kira-kira 25 peratus calon berusia bawah 40 tahun. Seramai 30 peratus berumur antara 40 dan 50 tahun.

Menurut Azmin, calon termuda berusia 28 tahun iaitu Siti Aisyah Sheikh Ismail yang akan bertanding di Tambun.

Azmin berkata, calon yang terpilih 'bukan calon biasa' tetapi merupakan ejen perubahan kepada parti tersebut.

Katanya, Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi taklimat kepada calon yang terpilih secara tertutup.

Menurutnya, dalam taklimat tersebut Anwar menyatakan calon terpilih mestilah mencerminkan parti yang mempunyai potensi besar dan mempunyai masa depan pada PRU13.

Beliau berkata, calon yang dipilih tersebut juga telah dimuktamadkan kerana mempunyai semangat reformasi yang dipegang oleh PKR.

"Ketua Umum telah adakan perjumpaan tertutup dengan calon yang dipilih.

"Dan beliau memberi taklimat dan amanat kepada calon bahawa mereka bukan calon biasa tetapi agen perubahan, reformasi.

"Perwatakkan dan tindak tanduk mereka mestilah mencerminkan PKR sebuah parti yang ada potensi besar dan ada masa depan pada PRU13," katanya.

Sumber - SINAR

No comments:

Post a Comment