Friday, 5 April 2013
Anwar Takut Kalah, Bergelut dalam Pemilihan Kerusi!!!
Pakatan rakyat dilihat masih bergelut untuk mendapat kata sepakat dalam menentukan calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.
Penangguhan tersebut ekoran Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal mengumumkan lokasi pilihan beliau yang dikatakan ingin bertanding di Perak pada pilihan raya kali ini.
Beliau yang dijadualkan untuk mengumumkan perkara tersebut pada ceramahnya di Gerik semalam memberi alasan perkara tersebut masih dalam rundingan.
Perbincangan di saat-saat akhir antara parti komponen PR ekoran DAP dan PAS tidak sebulat suara dengan nama-nama calon yang ditetapkan.
Sebaliknya beliau hanya mengumumkan tiga nama calon di tiga kerusi Parlimen Perak iaitu di Laksamana (B) Imran Abdul Hamid di Lumut, bekas Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub di Pasir Salak dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Perak Meor Ahmad Isharra Ishak di Padang Rengas. Sumber
Labels:
Anwar,
PAKATAN RAKYAT,
PKR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment