Thursday, 18 April 2013

TIBAI Cabar Anwar Tidak Bertanding pada PRU13


alt

KUALA LUMPUR 18 April - Pimpinan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) mencabar Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dato Sri Anwar Ibrahim memboikot Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU Ke-13) jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didakwanya tidak berlaku adil.

Mursyidul Am TIBAI, Zahid Mat Arip berkata, Badan Bukan Kerajaan pimpinannya mencabar bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak menyertai PRU13 bagi membuktikan tuduhannya itu adalah benar.

"Saya cabar Anwar Ibrahim supaya boikot PRU Ke-13 ini dan jangan sertai PRU ini, biarkan Barisan Nasional (BN) menang semua kerusi jika SPR tidak berlaku adil.

"Buat apa dia (Anwar Ibrahim) menyertai PRU pada ketika ini?.Dia menuduh SPR tidak berlaku adil, bila dia menyertyai PRU maknanya dia meletakkan dirinya mangsa penginayaan SPR. Buat apa dia meletakkan dirinya dikancah musibah begitu?" katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan manifesto Jing-Gay Papa Gomo di Bandar Baru Sentul malam tadi.
Sumber - KLPOS




No comments:

Post a Comment