Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mahu menyaman pemblog kontroversi, Papa Gomo atas alasan telah memfitnah beliau, kononnya pernah dipecat oleh Petronas.
Menurut Rafizi, beliau telah mengarahkan peguamnya, Razlan Jalaluddin untuk mengemukakan surat tuntutan terhadap Papa Gomo secepat mungkin untuk memulakan proses undang-undang.
"Saya percaya Papa Gomo akan mencari pelbagai alasan untuk tidak menerima surat tuntutan tersebut termasuk menafikan Wan Muhanad Azri Wan Deris sebagai Papa Gomo.
"Malah tindakan mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh juga adalah helah beliau untuk meletakkan orang lain yang akan mengaku sebagai dirinya bagi mengelak tindakan saman ini," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.
Pada 11 April lalu, Rafizi mendakwa Papa Gomo telah menyiarkan kembali artikel yang menuduh beliau dipecat dari Petronas kerana pelbagai masalah disiplin, termasuk ponteng kerja dan membuat tuntutan palsu.
Menurut Rafizi, itu bukan kali pertama laman blog tersebut menyiarkan berita-berita memfitnah dirinya tanpa ada sebarang asas.
"Ekoran dari penyiaran berita palsu itu, saya telah menulis di blog saya menerangkan bahawa saya tidak pernah dipecat, sebaliknya meletakkan jawatan dari Petronas untuk bertukar kerjaya.
"Sehingga kini tidak ada sebarang pembetulan yang dibuat oleh Papa Gomo mengenai berita palsu yang direka-rekanya itu," katanya lagi.
Sehubungan itu, Rafizi berkata, dengan menjangkakan akan berlaku pertukaran kerajaan selepas 5 Mei ini, beliau berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memainkan peranan dengan lebih berkesan mengesan individu-individu yang berselindung di sebalik blog untuk menyebarkan fitnah seperti Papa Gomo.
"Sebab itu saya yakin menjelang kes saman ini mula dibicarakan di mahkamah, Wan Muhamad Azri Wan Deris atau Papa Gomo tidak lagi boleh bersembunyi dan terpaksa menerima hukuman atas fitnah-fitnah yang dibuatnya selama ini, termasuklah terhadap diri saya melalui berita palsu yang disiarkan minggu lepas.
"Hanya dengan cara ini kita akan berjaya membendung budaya fitnah yang sudah menjadi amalan harian blogger Umno," dakwanya lagi.

Sumber - Sinar
No comments:
Post a Comment