Sunday, 21 April 2013

BN Mampu Terajui Malaysia Ke Puncak - Tun M

Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin Barisan Nasional (BN) akan mentadbir negara ini dengan lebih baik dan membawa Malaysia ke arah status negara maju menjelang 2020 jika terus diberi mandat baharu untuk menerajui pentadbiran negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Malaysia berada pada tahap seperti sekarang kerana rakyat cekap memilih sebuah kerajaan yang berkemampuan dan mempunyai pemikiran bagaimana untuk memajukan negara ini.

"Apabila rakyat menyokong BN sehingga mendapat kerusi yang banyak, saya yakin BN akan mentadbir negara kita ini dengan cukup baik, adil dan membawa kemajuan kepada setiap seorang kepada kita,"' katanya ketika berucap pada Pentas Pemuda Bersama Calon-calon BN di Bilik Gerakan BN Parlimen Alor Setar di sini malam tadi.
Sumber

No comments:

Post a Comment