Wednesday 24 April 2013

Isu Pas Dakwa Calon PKR 'tangkap muat' Selesai - Anwar


Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata isu Pas mendakwa beberapa calon PKR sebagai "calon tangkap muat" sudah selesai.

"Kita telah selesai isu itu (calon) dengan baik. Alhamdulillah sedikit pun tak ada masalah," katanya kepada pemberita selepas berucap pada ceramah PKR di Sungai Udang di sini  petang ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang ada calon PKR yang terlibat dengan penjualan pil kuda serta menjulang  gambar tokoh berfahaman komunis.

PKR bertanding di tiga kawasan Parlimen dan tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri di Melaka pada pilihan raya umum ke-13. - Bernama

1 comment:

  1. Bodoh punya Anuwar. Macam mana isu calun PRU boleh selesai kerana menurut undang undang nama nama calun tidak boleh di tarik balik atau calun calun tidak boleh berundur. Bangang betul konek bengkok ni!

    Kalau pun PAS tidak berkempen di kawasan Sg. Aceh nama binatang PAS dan nama Tokey pil kuda akan tetap ada untuk di pilih oleh pengundi. Oleh itu tetap akan berlaku masalah juga di mana Tokey Pil Kuda akan akhirnya bungkus!

    ReplyDelete